Ahad, 16 September 2012

Berita Harian: Nasional

Berita Harian: Nasional


Pertahan semangat Malaysia

Posted: 16 Sep 2012 03:55 PM PDT

Bintulu: Datuk Seri Najib Razak mengingatkan rakyat jangan sekali-kali membenarkan Malaysia yang dibentuk 49 tahun lalu berpecah seperti dilakukan penjajah menggunakan dasar pecah dan perintah.

Perdana Menteri turut mengajak rakyat memastikan pembentukan Malaysia yang menggabungkan Semenanjung, Sabah dan Sarawak pada 1963 sentiasa bersama dan kekal kukuh.

"Jangan pisah antara kita sesama kita, kita sudah masak dengan zaman penjajah dulu, pecah perintah, itu zaman dulu. Sekarang ini kita bersama dalam satu keluarga, keluarga 1Malaysia.
Hari esok penuh sinar harapan

"Kalau kita bersikap sedemikian, insya-Allah hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok penuh dengan sinaran harapan untuk rakyat Malaysia. Itu janji besar kita," katanya berucap pada majlis sambutan Hari Malaysia ke-49 di sini, malam tadi.

Bayi maut dicampak dari tingkat 3

Posted: 16 Sep 2012 03:54 PM PDT

Petaling Jaya: Mayat bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemui di tempat letak kereta di Pangsapuri Desa Mentari di sini, semalam, dipercayai dicampak dari tingkat tiga flet itu.

Mayat bayi yang dipercayai baru beberapa jam dilahirkan itu ditemui kira-kira jam 11 pagi oleh seorang penduduk yang berada di kawasan berkenaan sebelum menghubungi polis.

Sempat dimandikan
Di fahamkan, bayi yang ditemui dalam keadaan bogel itu sempat dimandikan terlebih dulu sebelum dicampak sama ada melalui tingkap dapur atau bilik flet berkenaan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, berkata bayi itu disahkan mati akibat kecederaan parah di kepala berikutan hentakan kuat.

Berita lanjut dapatkan akhbar BH hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan