Rabu, 19 September 2012

Berita Harian: Mutakhir

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Berita Harian: Mutakhir


Muhyiddin terima kunjungan hormat Timbalan Perdana Menteri Turki

Posted: 19 Sep 2012 01:56 AM PDT

PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menerima kunjungan hormat Timbalan Perdana Menteri Turki, Ali Babacan di pejabatnya di bangunan Perdana Putra di sini.

Turut hadir ialah Ketua Kabinet Turki, Enes Fatih Comez, Pemangku Ketua Pengarah Setiausaha Bahagian Perbendaraan Turki, Evren Dilekli, Duta Besar Mutlak dan Istimewa di Kedutaan Turki di Kuala Lumpur, Seraap Atay dan Timbalan Ketua Perwakilan, Kedutaan Turki di Kuala Lumpur, Gunay Babadongan Ertan.

Ali Babacan adalah dalam rangka lawatan dua hari ke Malaysia bermula semalam.
Terdahulu itu, beliau menyampaikan syarahan awam mengenai kewangan Islam dalam era baru perubahan ekonomi global sempena Forum Kewangan Islam Global (GIFF) yang dihoskan oleh Bank Negara di Kuala Lumpur.

Timbalan Perdana Menteri Turki itu akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni di Kementerian Kewangan di sini sebelum berlepas pulang malam ini. - BERNAMA

PM lancar buku dalami maksud 1Malaysia daripada pelbagai perspektif

Posted: 19 Sep 2012 01:47 AM PDT

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini melancarkan tiga buku yang membicarakan soal 1Malaysia daripada pelbagai perspektif dengan lebih mendalam.

Tiga buku itu ialah 'Menjana Negara Sejahtera dan Bahagia Menjelang 2020' yang dihasilkan oleh Datuk Sahlan Ismail; 'Kreativiti dan Inovasi Penjanaan Peradaban Gemilang' hasil karya Mohd Yusof Othman dan 'Budaya Ilmu dan Gagasan 1Malaysia' oleh Prof Wan Mohd Nor Wan Daud.

Najib berkata, selepas Gagasan 1Malaysia diilhamkan beliau kira-kira tiga tahun lalu, fasa berikutnya adalah untuk menyatukan semua idea bagi merumuskan maksud bagi maksud, tafsiran, asas, serta prinsip-prinsip yang didasari oleh gagasan berkenaan.
Katanya, beliau menganggap sumbangan ilmuan menerusi penulisan masing-masing dalam buku-buku itu, sebagai satu usaha memberi tafsiran kepada Gagasan 1Malaysia secara lebih intelekual dan mendalam.

"Melalui usaha sebegini, maka gagasan itu akan lebih mudah dihayati, di samping dapat mengelak daripada timbulnya tafsiran-tafsiran yang bertentangan dengan tujuan konsep gagasan itu dibangunkan," katanya semasa berucap pada majlis pelancaran buku itu di Aras Tiga, Pejabat Perdana Menteri di sini.

Antara artikel yang terkandung dalam buku-buku itu ialah 'Gagasan 1Malaysia Dari Perspektif Islam' oleh Datuk Dr Ismail Ibrahim, 'Perpaduan Teras Pembinaan Sebuah Negara Maju' oleh Prof Madya Mohd Ridhuan Tee Abdulah, serta '1Malaysia Konsep Wasatiyah dan Keadilan Sosial' oleh Datuk Seri Dr Abdullah Mohd Zain.

Turut menyumbang karya dalam naskhah-naskhah itu ialah Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim yang menulis artikel bertajuk 'Nilai-nilai Murni Dalam Gagasan 1Malaysia' dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar yang menulis artikel bertajuk 'Keamanan dan Keselamatan Kearah Pembentukan Negara Maju'.
Sahlan ketika ditemui berkata buku itu dihasilkan sebagai bahan bacaan asas bagi memudahkan orang ramai memahami Gagasan 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri.

Katanya, pelbagai artikel yang terkandung dalam buku-buku itu menerangkan dengan lebih terperinci konsep gagasan 1Malaysia dalam pelbagai perspektif.

Sementara itu, Wan Mohd Nor pula berkata, hasil karya beliau yang turut diterjemahkan ke bahasa Inggeris, Mandarin dan Turki, kini dalam proses untuk diterjemah ke bahasa Tamil dan Arab pula.

Difahamkan buku-buku itu akan diedar oleh Biro Tatanegara kepada peserta seminar-seminar anjurannya yang terdiri daripada kalangan para intelektual, pegawai-pegawai kerajaan, golongan belia dan sebagainya, sebagai teks bagi memudahkan mereka memahami konsep Gagasan 1Malaysia dengan lebih mendalam.

Acara pelancaran buku-buku itu kemudiannya disusuli dengan majlis makan tengah hari Perdana Menteri bersama dengan kumpulan Focus Group Sosial di bilik jamuan. - BERNAMA

0 ulasan:

Catat Ulasan