Kosmo Online |
- MOM tunggu maklum balas IWF, IAAF
- AADK kenalpasti lokasi untuk wujudkan CCSC
- TEKUN: Lebih RM1.1b bayaran balik diterima
MOM tunggu maklum balas IWF, IAAF Posted: MOM tunggu maklum balas IWF, IAAF15/05/2012 8:33pm KUALA LUMPUR — Majlis Olimpik Malaysia (MOM) masih menunggu maklum balas daripada dua badan induk sukan dunia mengenai kewajaran hukuman ringan dikenakan ke atas beberapa atlet negara yang gagal dalam ujian anti-doping ketika menyertai kejohanan tempatan dan antarabangsa tahun lepas. Setiausaha Kehormat MOM, Datuk Sieh Kok Chi berkata, beliau telah menghantar surat kepada Persekutuan Angkat Berat Antarabangsa (IWF) dan Persekutuan Olahraga Amatur Malaysia (IAAF) pada 6 April lepas namun tidak mendapat sebarang jawapan sehingga kini. "Saya akan menghantar surat peringatan kepada mereka dalam masa terdekat ini bagi memastikan kita (MOM) mendapat jawapan sesuai mengenai tindakan tatatertib ke atas atlet terlibat," katanya ketika ditemui pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara MOM dan Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (MySihat) di sini hari ini. "Kita bukan mempersoalkan hukuman yang dikenakan tetapi apa yang kita tekankan ialah kewajaran hukuman tersebut (amaran keras) kerana ia melibatkan pengambilan bahan terlarang di kalangan atlet kita," kata Kok Chi. Berdasarkan peraturan Agensi Anti-Doping Dunia (WADA), atlet yang gagal dalam ujian anti-doping boleh dikenakan hukuman penggantungan selama dua tahun daripada menyertai sebarang kejohanan. — BERNAMA |
AADK kenalpasti lokasi untuk wujudkan CCSC Posted:
|
TEKUN: Lebih RM1.1b bayaran balik diterima Posted: TEKUN: Lebih RM1.1b bayaran balik diterima15/05/2012 8:31pm KUALA LUMPUR — Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) Nasional berjaya mengumpul lebih RM1.1 bilion bayaran balik daripada RM2.07 bilion pinjaman yang diagihkannya, sehingga bulan lepas. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Abdul Rahim Hassan berkata, Tekun Nasional kini mengumpul RM20 juta bayaran balik pinjamannya sebulan dan berharap jumlah itu meningkat kepada RM25 juta sebulan menjelang akhir tahun ini. "Tahun lepas kita agihkan RM311 juta dan daripada jumlah itu RM190 juta merupakan bayaran balik pinjaman yang kita agihkan kembali manakala bakinya pinjaman yang diberikan kerajaan kepada Tekun Nasional. "Tahun ini kerajaan beri RM300 juta dan kami sasar agih lebih RM400 juta, malah jika pembayaran balik lancar kami harap capai RM500 juta," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perjumpaan Usahawan Tekun Cheras bersama Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee di sini, hari ini. Abdul Rahim berkata, Tekun Nasional sentiasa berusaha mempermudah dan mempercepat proses permohonan pinjaman itu bagi mengelakkan usahawan terutamanya usahawan bumiputera meminjam dengan pihak ceti haram atau ah long. — BERNAMA |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan