Berita Harian: Nasional |
Sokong atau bantah patuh undang-undang Posted: 15 May 2012 01:12 PM PDT Nasional NAJIB dan Rosmah dikerumuni warga Malaysia pada program Sepetang Bersama Perdana Menteri, di 02 Arena, timur London, malam kelmarin. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata beliau boleh menghargai perbezaan pendapat dan pandangan, tetapi tidak akan menghormatinya jika pihak tertentu melanggar undang-undang yang menjadi satu-satunya perlindungan untuk masa depan Malaysia. Katanya, dalam mana-mana demokrasi akan ada golongan mengundi untuk menyokong dan yang menentang (kerajaan), namun paling utama pada akhirnya adalah pilihan rakyat. "Kita tidak memerlukan demonstrasi jalanan di Malaysia kerana jika dilakukan, tidak dapat tidak, akan timbul masalah dan berlaku pertelagahan. Mengapa anda tidak boleh berhimpun secara aman? Kita percaya kepada demokrasi tetapi demokrasi dengan tanggungjawab."Anda boleh ada kebebasan individu tetapi mestilah tidak menjejaskan kepentingan majoriti," katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 1,000 rakyat Malaysia yang menghadiri program Sepetang Bersama Perdana Menteri, di 02 Arena di timur London, malam kelmarin. Selepas ucapan dalam suasana santai itu, warga Malaysia di United Kingdom, termasuk pekerja, keluarga serta pelajar, berpusu-pusu untuk beramah mesra dan bersalaman dengan Perdana Menteri dan Datin Seri Rosmah Mansor. Hadir sama Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom, Datuk Seri Zakaria Sulong yang menganjurkan majlis itu dan isterinya, Datin Seri Hazizah Ahmad.
Dalam pada itu, Najib berkata, kerajaan sedang mengusahakan yang terbaik untuk mentransformasi Malaysia menjadi negara maju sepenuhnya menjelang 2020. Katanya, kini adalah detik penting dalam sejarah negara kerana ini kali pertama transformasi dilakukan secara besar-besaran yang bukan hanya dari segi ekonomi, malah sosial dan politik. Beliau berkata, Malaysia kini menjadi negara berpendapatan sederhana dan memiliki pelbagai infrastruktur terbaik, berbanding suatu ketika dulu sebagai negara tidak dikenali, berasaskan pertanian dan agak miskin. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenOSMAN DOL Mereka yang membuat gangguan itu adalah mangsa-mangsa yang telah diperbodohkan oleh ketuanya. inginkan kemakmuran negara Semoga Allah SWT merahmati usaha PM dan mencetuskan kejayaan kemakmuran kepada Malaysia dan rakyat sekalian. |
Posted: 15 May 2012 01:11 PM PDT LONDON: Program Sepetang Bersama Perdana Menteri di sini malam kelmarin cuba diganggu oleh dua tiga individu yang melaungkan perkataan BERSIH ketika Datuk Seri Najib Razak memulakan ucapan kepada kira-kira 1,000 hadirin. Bagaimanapun, Perdana Menteri dengan tenang meminta mereka menghentikan gangguan itu dan boleh berjumpa dengannya kemudian. Mereka kemudian diam dan Najib meneruskan ucapan dengan lancar. "Anda boleh menyampaikan pandangan anda. Anda mahu bercakap mengenai pengundi... saya akan beramah mesra dengan orang ramai selepas ini. Bercakaplah dengan saya dalam cara yang bertamadun. "Jangan mengganggu dalam orang ramai kerana ia bertentangan adab orang Malaysia, malah sangat biadab. Kita tidak mengajar nilai-nilai sebegini di Malaysia. Saya berbangga dengan semua rakyat Malaysia yang mematuhi undang-undang dan mereka menghormati kita. "Anda adalah minoriti. Jangan memaksa pandangan anda ke atas majoriti. Majoriti dalam dewan ini cintakan keamanan dan menghormati orang lain. Anda berilah ruang kepada saya dan hormatilah saya sebagai Perdana Menteri anda kerana saya adalah pemimpin yang sah di sisi undang-undang untuk negara," katanya. Dalam sidang media kemudian , Najib berkata, perbuatan itu tidak mencemari majlis dan dapat dikawal kerana ia sudah diduga berikutan perhimpunan BERSIH 3.0 baru-baru ini, sebaliknya sebahagian besar hadirin begitu mesra dan memberikan galakan kepadanya. "Kita akan tayang video keseluruhan majlis itu sebab mungkin ada pihak cuba memberi persepsi berlainan. Jadi, kita nak betulkan hakikat yang berlaku. Saya percaya sebahagian besar suka keamanan dan tidak suka kekacauan.
Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenpianmansor Syukur ke atas allah taala yang memberi hidayat dan kekuatan pada DSN dalam menhadapi golongan yg tidak tahu bershuykur..... azman Tahniah PM. Jangan bagi muka dan saya rasa PM tegur dgn cara yang sangat berhemah. Biar mereka malu sendiri. mereka tidak berpijak dibumi yang nyata. Warno parmin salam DS. apabila kita menyampaikannya dengan kata-kata berhikmah pastilah kebaikkan yang menjelma. syafiq tahniah PM kami menyokong anda dari belakang.. Maramin Abd. Labin Teruskan perjuangan YAB PM Datuk Seri Najib Tun Razak. 1Malaysia, Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan.... Malaysia Boleh...!!! mohd yusuf rambat syabas pm.bukan salah ibu mengandung.bukan salah ayah memelihara tapi anak msia yg berada di perantauan mudah terpengaruh dengan kata2 syaitan yg bertopengkan anak adam.darah dia orang dah penuh dengan anak cucu iblis.tak payah minum minuman keras pun kalau bangun tidur cerita buruk orang.maka hati dia orang dah tercemar. razali abdul wahab Alhmdlillah,moga DSN dirahmati Allah.
Syed satu perkataan untuk PM... "TERBAIK!!!" zainalabidinshaikdaki@gmail.com PM anda hebat Orang Banjar Amat memalukan. Orang yang merosakkan majlis itu sungguh tiada adab malah biadap. Sudah la di tanahair sendiri berperangai buruk, di tempat orang pun nak tunjuk perangai tak elok tu. Harap kerajaan ambil tindakan kepada mereka yang memalukan Perdana Menteri, kerajaan dan rakyat Malaysia tu. DINO Syabas Pak Najib seorang Pemimpin yang berhemah dan bijaksana semoga Allah melindungi dan Petunjuk untuk terus memimpin Rakyat Malaysia. ummi rashad tahniah Dato Sri dpt mengatasi bebudak nakal tu.. saya rasa mrk akan respect tindakan Dato' Sri tu malahan mrk akan malu sendiri pd perbuatan mrk. Teruskan perjuangan demi agama, bangsa n negara. Hj Awang Semalam saya dengar dalam TV suara kecuh ketika PM nak memulakan ucapan di majlis Sepetang Bersama Perdana Menteri di London.Terkejut saya. Pagi ini sempat pula saya membaca BH.Baru jelas ceritanya. Komen saya :
Inikah bukti acuan tarbiyah PAS ?
Ya Rabbi !! Selamatkan Malaysia dalam PRU 13 ini. KHAIRUL AZLI BIN KASIM tahniah Dato seri najib kerana dpat menangani pengacau yang tidak berguna ini.......kasi ajar sikit orang yang biadap ni.... Tah sape yang ajar ntah sikap mcm tu zakaria Tahniah...Tan Sri...sikap sabar anda patut dicontohi. zakaria Tahniah...Tan Sri...sikap sabar anda patut dicontohi. m.riz Ini lah penyakit taksub ,penyakit ini tidak dapat membezakan yang mana intan dengan kaca. Jangan lah perbezaaan pendapat menjadi alasan untuk melakukan pekara yang tidak bertemaddun.Cintai lah Malaysia. johny jo apa lagi yang di cari oleh rakyat malaysia....yang aman makmur ini...rakyat yang tidak bersyukur tinggal di negara malaysia dibawah pimpinan pm..kita sekarang ini...isi borang untuk pindah di negara yang suka berperang...baru tau.....negara makmur rakyat pun senang .. Ariff Saya setuju dengan YB PM, majoriti rakyat Malaysia menyokong kepimpinan sedia ada...
|
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan