Khamis, 17 Mei 2012

Harian Metro: BeritaUtama

Harian Metro: BeritaUtama


‘Saya nak Rita’

Posted: 16 May 2012 01:11 PM PDT

PETALING JAYA: "Saya masih sayangkannya. Kalau boleh saya nak kembali bersama Rita dan anak-anak," kata pemain bola sepak kebangsaan, Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak ketika ditemui di luar Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam.

Dia yang mesra dengan panggilan Aidil ditemui selepas menarik balik permohonan bercerai dengan isterinya, aktres popular, Rita Rudaini Mohamad@Mokhtar.

Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad membenarkan permohonan Aidil, 25, namun memerintahkannya selaku plaintif membayar kos kerugian RM250 kepada Rita, 36, kerana menarik balik kes itu di saat akhir iaitu kelmarin, sehari sebelum sebutan kes.

Ketika ditemui di luar mahkamah, Aidil berkata, dia berharap dengan penarikan balik permohonan cerai itu, hubungan dia dan Rita pulih.


"Kalau Rita setuju dengan permohonan kembali taat (yang difailkannya semalam), perkara ini selesai. Saya nak dia dan anak-anak balik ke rumah saya di USJ1 (Subang). Sekarang dia menetap di rumah sewa di Damansara," katanya yang hadir di mahkamah memakai kemeja dan seluar hitam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.




Tebusan RM5j jadi RM100,000

Posted: 16 May 2012 01:10 PM PDT

KUALA LUMPUR: Bermula dengan tuntutan RM5 juta, sekumpulan empat penculik bersenjatakan pistol akhirnya terpaksa berpuas hati dengan bayaran tebusan RM100,000 saja sebelum melepaskan seorang mangsa culik yang ditahan mereka sembilan jam, kelmarin.

Insiden penculikan membabitkan seorang lelaki berusia 40-an itu bermula apabila mangsa diculik ketika makan di sebuah restoran di Rawang, dekat sini, jam 1 petang kelmarin.

Sumber polis berkata, ketika kejadian, mangsa yang makan bersama tiga rakannya dihampiri empat lelaki bersenjatakan pistol yang memaksanya masuk ke dalam Proton Gen.2 kumpulan penjenayah itu.

Menurutnya, mata mangsa ditutup dengan kain dan dia dibawa ke satu tempat yang tidak diketahui sebelum kumpulan penculik itu menghubungi keluarganya dan meminta bayaran wang tebusan RM5 juta.


"Mangsa memberitahu tidak mempunyai wang sebanyak itu dan meminta jumlah berkenaan dikurangkan. Suspek pada mulanya enggan, namun mangsa bertegas, malah mengarahkan suspek menembaknya sehingga mati," katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan