Harian Metro: Setempat |
Pemilik rugi RM700,000 kilang perabot hangus Posted: 15 May 2012 12:23 PM PDT KAJANG: Seorang pemilik kilang perabot mengalami kerugian lebih RM700,000 selepas kilangnya dijilat api dalam kejadian di Taman Industri Selesa, Balakong, dekat sini, semalam. Dalam kejadian jam 4 petang itu, lebih 30 peratus kilang terbabit musnah akibat kebakaran yang berpunca daripada percikan api lampu industri di tempat pemprosesan perabot berkenaan yang menempatkan lebih 20 tong berisi bahan kimia.
"Anggaran kerugian kira-kira RM700,000 membabitkan tiga bahagian kilang iaitu pejabat, bahagian pemasangan dan bahagian bahan kimia," katanya ketika ditemui.
"Api berjaya dikawal jam 5.15 petang dan tindakan pantas bomba dapat menghalang api daripada merebak ke kawasan lain," katanya. ![]() |
Posted: 15 May 2012 12:11 PM PDT PETALING JAYA: Tujuh sekeluarga nyaris terkena tembakan dua perompak yang menyamun kediaman mereka hingga menyebabkan kerugian lebih RM50,000 dalam kejadian di sebuah rumah teres dua tingkat di Seksyen 19/5, di sini, semalam. Kejadian jam 6.30 pagi itu disedari ibu mangsa yang menjemur pakaian di depan rumah sebelum dikejutkan dengan kedatangan dua lelaki berusia 30-an.
Katanya, seorang daripada suspek membawa ibunya ke bilik di tingkat atas bagi memudahkan urusan mereka untuk menggeledah rumah.
Menurutnya, dua penyamun itu menggeledah rumah dan merampas seutas rantai emas dan telefon bimbit serta melarikan sebuah kereta Kia Sephia milik adik perempuannya.
Katanya, pihaknya menjalankan gerakan ops tutup jalan di sekitar Petaling Jaya bagi menjejaki dua lelaki itu.
![]() |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan