Rabu, 30 Mei 2012

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


2 buruh bebas pertuduhan bunuh lelaki di Batu Caves

Posted: 30 May 2012 02:47 AM PDT

Mutakhir

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini melepas dan membebaskan dua buruh daripada pertuduhan membunuh seorang lelaki di Batu Caves, dua tahun lalu.

Hakim Datuk Ahmadi Asnawi membuat keputusan itu selepas berpuas hati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap T Tamil Mani, 29, dan A Lawrence, 20.

Dalam penghakimannya, Ahmadi berkata pembabitan kedua-dua tertuduh hanya bergantung kepada keterangan saksi keempat pendakwaan iaitu adik mangsa, Jagjit Singh yang kredibilitinya sangat lemah kerana sering mengubah keterangan mengikut kesesuaian soalan pendakwaan dan pembelaan. "Selain keterangan saksi keempat, tiada keterangan lain yang boleh mengaitkan kedua-dua tertuduh dengan pertuduhan," katanya.

Kedua-dua lelaki didakwa membunuh Balwant Singh, 53, di Lot 8381, Jalan 5, Kampung Laksamana, Batu Caves antara jam 4 pagi dan 4.30 pagi pada 1 Julai 2010 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Sepanjang perbicaraan, pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwaraya Faradziah Kasah memanggil 12 saksi.

Tamil Mani diwakili peguam James George manakala Lawrence oleh Salim Bashir. - BERNAMA


Mahkamah Agung Britain lulus ekstradisi Assange

Posted: 30 May 2012 02:14 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]LONDON: Mahkamah Agung Britain meluluskan ekstradisi ketua WikiLeaks, Julian Assange, ke Sweden.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan