Jumaat, 25 Mei 2012

Harian Metro: BeritaUtama

Harian Metro: BeritaUtama


Panggilan korek mata

Posted: 24 May 2012 03:01 PM PDT

KUALA KUBU BARU: "Jeritan mangsa disedari kakitangan yang bergegas ke tempat kejadian dan terkejut melihat mangsa berlumuran darah," kata Pengetua Asrama Wanita Taman Sinar Harapan, Kuala Kubu Bharu, Saiful Nizam Mohd Nor, di sini.

Beliau menceritakan kejadian seorang wanita orang kelainan upaya (OKU) berusia 40-an meraung apabila mata kanannya dikorek seorang remaja berusia 19 tahun yang mempunyai masalah tekanan jiwa, Selasa lalu.

Menurutnya, lima kakitangan meleraikan genggaman remaja itu dan menyelamatkan mangsa.

"Mangsa dikejarkan ke Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB) untuk menerima rawatan segera sebelum dihantar ke Hospital Selayang dan menjalani pembedahan," katanya.


Insiden ngeri itu menyebabkan mangsa berkemungkinan buta selepas biji mata kanannya hampir terkeluar akibat dikorek remaja terbabit menggunakan jarinya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.


Kepala tersangkut jeriji

Posted: 24 May 2012 03:01 PM PDT

IPOH: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun menempuh saat mencemaskan apabila kepalanya tersangkut pada jeriji pintu pagar rumah hingga menyebabkan mangsa hampir lemas akibat tercekik.

Dalam kejadian jam 2 petang semalam, mangsa, Farah Fitrina Abdullah dikatakan bermain dengan rakan di pekarangan rumah keluarganya di Silibin, di sini, sebelum memasukkan kepalanya menerusi ruang kecil pada besi jeriji berkenaan.

Tindakannya itu menyebabkan leher mangsa tersangkut dan kepalanya gagal ditarik keluar lebih setengah jam.

Mangsa akhirnya berjaya dikeluarkan selepas penduduk menggunakan jek kereta untuk merenggangkan besi jeriji itu.


Kakak mangsa Farah Syahida, 18, ketika ditemui berkata, kejadian berkenaan pertama kali dialami walaupun adik bongsunya itu kerap bermain di pintu pagar rumah berkenaan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan