Berita Harian: MukaDepan |
Posted: 14 May 2012 03:46 PM PDT MukaDepan KUALA LUMPUR: Pemimpin kanan Melayu dalam DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim (atas), malam tadi mengumumkan keluar daripada parti yang didominasi kaum Cina itu.Tunku Abdul Aziz yang dilantik Naib Pengerusi sebaik menyertai DAP pada Ogos 2008, berkata beliau tiada pilihan kecuali berundur secara terhormat berikutan tiada persefahaman dengan kepemimpinan parti. Dalam program wawancara Chat Time terbitan ntv7, Tunku Abdul Aziz berkata, sebelum ini beliau pernah diingatkan oleh teman dan rakan seperjuangan supaya bersedia untuk dipecat berikutan tindakannya membantah perhimpunan BERSIH 3.0 yang disokong pembangkang, termasuk DAP."Saya tidak ada masalah untuk itu, tetapi sehingga kini tiada petunjuk daripada pucuk pimpinan bahawa ini akan menjadi takdir saya. "Anda bertanya adakah saya akan meletak jawatan... saya rasa sudah tiba masanya saya melihat secara serius kedudukan saya dalam lingkungan budaya dan sistem parti. Saya menerima banyak nasihat daripada keluarga dan rakan dalam membuat keputusan. "Berdasarkan perbezaan pendapat yang tidak boleh dipulihkan, saya tiada pilihan kecuali berundur secara bermaruah. Maka dengan ini, saya akan keluar daripada DAP," katanya dalam program dihoskan Norzie Pak Wan Teh dan Charles Mohan. Beliau berkata, tidak semua ahli parti pakatan pembangkang bersetuju dengan perhimpunan itu kerana tidak ada jaminan ia akan berakhir dengan aman. Tunku Abdul Aziz juga menegaskan penganjur BERSIH dan parti politik yang menyokong perhimpunan itu sepatutnya sedar bahawa selepas tiga kali perhimpunan diadakan, kerajaan mendengar permintaan mereka dan telah melakukan banyak perubahan untuk manfaat negara. "Kita sudah menyampaikan bantahan kepada pengetahuan mereka (kerajaan) tetapi jangan lupa mereka adalah kerajaan yang dipilih secara sah. Pergi bercakap dengan mereka. Sudah tiga bantahan BERSIH dilakukan. Adakah anda fikir kita perlukan lagi? "Kerajaan sedang mendengar. Walaupun saya dari parti pembangkang, saya dapat melihat merit apa yang mereka lakukan. Saya dapat melihat apa yang mereka lakukan kerana mereka mendengar. "Kerajaan yang tidak mendengar tidak akan membuat semua perkara ini. Kita selalu ingat yang kita boleh melakukan yang baik... beri mereka peluang untuk menunjukkan bahawa mereka melakukan (sesuatu) yang akan memberi manfaat kepada negara," katanya. Mengenai perancangan masa depannya, Tunku Abdul Aziz berkata, beliau tidak mempunyai cita-cita besar yang khusus tetapi berhasrat untuk menyumbang kepada negara. "Saya harap dalam tempoh waktu yang tinggal ini, saya boleh berbuat demikian," katanya. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenmohd.zaidi syabas tunku,yg manis tidak semestinya baik dan yg pahit tidak semestinya buruk...byk pengajaran negara lain kita dah tengok angkara perhimpunan jalanan...hasilnya huru hara...bersyukurlah kita tinggal di msia noriah Alhamdulillah...dan syabas buat Tunku Aziz itulah jalan yg terbaek yg Tunku pilih...doa dan harapan agar biar ramai org melayu sedar dan dapat membantu menyelamatkan negara ini...aminn!!! Harif Fathilah Saad Tahniah YM Tunku Aziz! Kepimpinan yang boleh dicontohi... Roney Hai Alhamdulillah....... Tunku cepat sedar.... mudah-mudahan lebih ramai ahli DAP akan sedar. Mohd. Khairol M Tahniah atas keberanian utk menegakkan kebenaran. Negara kita menikmati keamanan dan tlh diiktraf diperingkat antarabangsa. Kita patut bersyukur hidup di tanah air kita yg tercinta ini. Tahniah Tunku dan slmt berjuang utk negara. suharulpazillah che nordin Ini lah yg dikatakan berfikiran rasional.betul cakap betul dan.salah cakap salah. RakyatPrihatin Pemimpin macam ni la yang kita cari. Tidak kira latar belakang parti, pemimpin yang mendengar dan memikirkan kebajikan negara adalah pemimpin yang diagungkan. Selamat berjuang! puan rohaya tahniah tunku!
kuhilmy Syabas inilah prinsip warga Malaysia yang kita perlukan. Macam juga Lee Lam Thye yang terus berkhidmat dan sentiasa memikirkan kesejahteraan rakyat walaupun dalam parti pembangkang. inilah pemimpin pembangkang yang kita perlukan. hairizan Tahniah Tunku. Disini secara peribadi saya dapat membuat kesimpulan. Sekiranya DAP memerintah maka setiap AHLI yang menentang atau tidak bersetuju dengan PANDANGAN parti akan ditentang malahan mungkin akan DIPECAT. Inikah DEMOKRASI yang di laungkan oleh DAP dan PAKATAN RAKYAT amnya. Begitu juga nasib Dato' Hasan Ali. Dengan adanya petanda ini ADAKAH MUNGKIN SEKIRANYA PAKATAN MEMERINTAH mereka akan mengamalkan DEMOKRASI? - sedikit pandangan peribadi saya. Dolla Isha SALAM 1MALAYSIA.SYABAS DAN TAHNIAH TUNKU AZIZ,PILIHAN YG TEPAT.PENDAPAT PERIBADI SAYA,,,,,,,,,SAYA BANGSA MELAYU,BERDAULAT,ORANG MELAYU WARGANEGARA MALAYSIA WAJIB MENPERTAHANKAN KUASA PEMETINTAH HARI INI TKASEH. roslan abdul rashid tahniah.. Inilah nilai nilai pemimpin sejati, walaupun dari pihak pembangkang, kebenaran tetap kebenaran. ewan syabass tunku abd aziz atas keputusan yg paling sukar untuk anda lepaskan!!! Luqman Saya fikir semua pemimpin-pemimpin baik dalam pembangkang satu persatu meninggalkan PR, saya tak fikir pati pembangkang boleh terus bersatu. mrazzn Tunku berpendirian seperti Datuk Zaid ibrahim,
Abdul Manan Saadon Saya sangat yakin Tunku adalah seorang pemimpin yang sangat tulus dan ikhlas menyumbang pendapat dan buah fikiran untuk kemakmuran dan kebaikan negara. Tunku mempunyai banyak persamaan dengan Tan Sri Lee Lam Thye. Saya doakan Tunku terus diberi kekuatan olih Allah untuk terus berbakti kapada negara yang tercinta ini. DINO Syabas dan Tahniah Tunku Aziz ketegasan kepada menegakkan kebenaran yang mahal harganya.Selamat berjuang Tunku selagi hayat dikandung badan. HJ SHARI Syabas. Tunku mempunyai perinsip jelas terhadap Negara tercinta ini. Kesejahteraan perlu dinikmati semua rakyat. ummi rashad alhamdullillah.. kembali ke panggal jalan di landasan yg betul.. selamat berkhidmat utk negara Tunku Abd Kadir Tahniah Tunku Aziz. Tunku tidak berselindung dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan di bawah pimpinan PM Najib Tun Razak bahawa Datuk Najib tidak pernah menolak 100 peratus cadangan pembangkang. Tahniah sekali lagi. Berani kerana benar dan takut kerana salah. shukri Syabas kepada Tunku Abdul Aziz kerana yakin bahawa tindakan gabungan parti pembangkang dalam menjayakan demonstrasi dan menumbangkan kerajaan yang dipilih secara sah adalah bertentangan dengan amalan masyarakat madani. Tindakan beliau meletakkan jawatan sepatutnya menjadi titik tolak kepada lain-lain pemimpin islam/melayu untuk memberhentikan semua bentuk kerjasama dengan parti ini kerana amalan tidak telus dan tidak demoktratik yang diamalkan oleh parti tersebut. m.riz Shabas....kpd Tunku Abdul Aziz yang memepunyai sifat leadership yang tinggi. abangaji BP Tahniah, Tunku telah membuat keputusan yang tepat.Kesian kepada Pemimpin Islam daripada pembangkang masih belum dapat hidayah lagi........Ingat, kerajaan yang ada adalah dipilih oleh rakyat, so jangan ingat kami akan sokong semua yang pembangkang rancangkan.Kerjaan telah terlalu berlembut dengan anda pembangkang...jangan nak pijak kepala pula..... |
Lolos selepas setahun kena culik di Pulau Jolo Posted: 14 May 2012 03:44 PM PDT [unable to retrieve full-text content]SUNGAI BULOH: Selepas setahun ditahan kumpulan penculik di Pulau Jolo, selatan Filipina, peniaga cicak tokek, Mohd Nazarrudin Saidin, 39, akhirnya berjaya meloloskan diri, Sabtu lalu. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: MukaDepan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan