Sabtu, 26 Mei 2012

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


Sepanduk N.A.J.I.B diarak sempena Himpunan Jutaan Belia

Posted: 26 May 2012 03:19 AM PDT

Mutakhir

PUTRAJAYA: N.A.J.I.B, Najib Adalah Jaguh Inspirasi Belia, itulah sepanduk yang diarak 250 belia dari Majlis Belia Pulau Pinang (MBPP) sebagai tanda sokongan padu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sempena Himpunan Jutaan Belia.

Wakil MBPP, Mohd Rashwan Klawan berkata, belia Pulau Pinang itu turut membawa sepanduk memaparkan kata-kata keramat Najib yang mereka kumpul.

"Kami membuat persiapan mengumpul dan menghiasi mutiara kata Perdana Menteri sejak minggu lepas lagi. Kata-kata ini diambil dalam surat khabar. Ini adalah tanda sokongan belia Pulau Pinang kepada PM. "Kami berterima kasih pada kerajaan kerana memberi peluang kami di seluruh Malaysia berkumpul di sini, dan ini menunjukkan kerajaan prihatin dengan kegiatan sosial kami," katanya di sini, hari ini.

Tinjauan mendapati beberapa kumpulan belia membawa sepanduk yang tertulis kata-kata seperti "Kami sokong dasar kerajaan", berarak sejauh 6 kilometer sambil melaungkan 1 Malaysia walaupun cuaca panas terik kerana semangat cintakan negara mengatasi segala-galanya.

Turut kelihatan Majlis Belia Sabah yang membawa bendera gergasi tanda menyokong perhimpunan ini, dan rata-rata mereka menuntut golongan itu diberi lebih peluang mendekati serta terbabit dalam program kerajaan.

Kementerian Belia dan Sukan mensasarkan kira-kira dua juta belia menghadiri edisi kali ini, dan terdapat 500 aktiviti serta 1,000 persembahan sepanjang lima hari program itu berlangsung. - BERNAMA


China muncul juara Piala Uber

Posted: 26 May 2012 02:50 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]WUHAN: China merampas semula Piala Uber selepas mengalahkan juara bertahan Korea Selatan 3-0 pada perlawanan akhir di Gimnasium Pusat Sukan Wuhan di sini, sebentar tadi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan