Ahad, 27 Mei 2012

Harian Metro: BeritaUtama

Harian Metro: BeritaUtama


Khidmat model 3 dalam 1

Posted: 26 May 2012 03:53 PM PDT

KUALA LUMPUR: Mereka didakwa model yang memperagakan pelbagai fesyen pakaian di pentas tempatan. Masih muda, cantik dan seksi, 'model' terbabit juga didakwa boleh diupah sebagai gadis pengiring untuk menemani lelaki tempatan atau pelancong asing dengan bayaran RM450 sejam.

Khidmat gadis pengiring terbabit diuar-uarkan melalui e-mel yang dihantar secara rawak dan dikirim berulang kali kepada sesiapa saja.

Kebanyakan lelaki, terutama pelancong dan ahli perniagaan asing yang memerlukan teman sepanjang berada di negara ini pasti tertarik dengan tawaran itu, terutama apabila diberitahu gadis terbabit sebenarnya 'serba guna' — boleh dibawa ke mana saja, sama ada sekadar peneman ke pusat hiburan dan pelancongan atau terus ke bilik tidur.

Khidmat 'tiga dalam satu' ditawarkan sindiket yang beroperasi di beberapa bandar raya di seluruh negara terbongkar hasil siasatan wartawan Metro Ahad selepas didedahkan seorang pembaca yang hanya mahu dikenali sebagai Razmi, 30.


Razmi berkata, sindiket itu terlebih dulu mengumpan lelaki hidung belang dengan menghantar e-mel yang turut memaparkan gambar gadis cantik dan seksi yang didakwa model dengan aksi mengghairahkan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.


‘Saya bukan cucu sultan’

Posted: 26 May 2012 03:53 PM PDT

KUALA LUMPUR: "Saya tak pernah mengaku saya cucu sultan. Saya cuma beritahu mereka, saya adalah kerabat diraja."

Demikian penjelasan Raja Mohamad Syazni Raja Mohamad Rashid, 24, yang namanya tiba-tiba menjadi topik hangat di kalangan media Indonesia berikutan hubungan cintanya dengan penyanyi terkenal negara itu, Syahrini atau nama sebenarnya Fatimah Syahrini Zailani, 29.

Dalam pertemuan dengan Metro Ahad di sini, malam kelmarin, Syazni yang mesra disapa dengan nama Bubu oleh kekasihnya mendakwa, media negara terbabit memutar belitkan kenyataannya ketika dia bersama Syahrini mengadakan sidang akhbar di sebuah hotel di Jakarta pada 13 Mei lalu.

Metro Ahad minggu lalu menyiarkan kenyataan bapa Syazni, Raja Mohamad Rashid Raja Salehuddin yang merestui hubungan anak keempat daripada lima beradik itu dengan Syahrini, selain turut mengesahkan mereka berketurunan kerabat diraja.


Syazni turut ditemani ibunya, Shamim Khanam, 50, dan serta dua kakaknya iaitu Raja Nor Shakerah, 27, dan Raja Nor Zafirah, 26.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan