Rabu, 16 Mei 2012

Harian Metro: BeritaUtama

Harian Metro: BeritaUtama


Tetak tuntut hutang

Posted: 15 May 2012 12:38 PM PDT

KANGAR: "Selepas ditetak di kepala dan bahu, isteri saya cuba melawan menyebabkan tangannya hampir putus apabila menepis tetakan yang dihalakan ke mukanya," kata Arufullah Dirladhusdan, 26, menceritakan kejadian isterinya diserang seorang lelaki dengan parang di rumah mereka di Kampung Pida 8, Kodiang, Kedah, kelmarin.

Dalam kejadian jam 11 pagi itu, isteri Arufullah, Hasina Mogul Ahmad, 28, yang baru habis berpantang anak sulung parah di kepala, bahu dan lengan kiri selepas ditetak lebih lima kali oleh penyerangnya dipercayai berpunca daripada masalah hutang.

Arufullah dan Hasina, kedua-duanya warga Myanmar. Ketika kejadian hanya Hasina berada di rumah bersama bayi lelaki mereka berusia tiga bulan manakala Arufullah bekerja di sawah berhampiran.

Menurut Arufullah, sebaik dimaklumkan kejadian itu, dia bergegas pulang dan mendapati isterinya telentang tidak sedarkan diri dalam keadaan berlumuran darah.


"Ketika cuba membantu isteri, baju saya turut dibasahi darah yang keluar membuak-buak daripada kepalanya yang ditetak dengan parang, malah darah masih mengalir walaupun sudah tiba di hospital," katanya ketika ditemui di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.




Along lontar bom tangan

Posted: 15 May 2012 12:36 PM PDT

IPOH: Berpantang maut sebelum ajal. Itu gambaran paling sesuai untuk seorang lelaki yang terselamat daripada maut apabila sebutir bom tangan yang dilemparkan ke arah keretanya tidak meletup.

Kejadian berlaku depan rumah mangsa, seorang lelaki berusia 40-an, di Taman Bemban Jaya, Batu Gajah, dekat sini, jam 11.30 pagi semalam.

Sumber polis berkata, sebelum kejadian itu, kumpulan empat lelaki dipercayai anggota kumpulan ceti haram atau along pergi ke rumah mangsa dan mengugut mangsa membayar hutang lama berjumlah RM30,000.

Menurutnya, mangsa yang tidak mampu membayar hutang itu bertengkar dengan suspek yang enggan beredar dari pekarangan rumahnya.


"Kumpulan suspek yang berang tiba-tiba mengeluarkan sebutir bom tangan dan melontar bahan letupan itu ke bawah kereta mangsa sebelum melarikan diri. Namun, mangsa bernasib baik kerana bom itu tidak meledak," katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan