Khamis, 31 Mei 2012

Kosmo Online

Kosmo Online


Edar dadah: Lelaki selamat hukuman gantung

Posted:

Edar dadah: Lelaki selamat hukuman gantung

Edar dadah: Lelaki selamat hukuman gantung

31/05/2012 7:24pm

SHAH ALAM — Seorang bekas pemandu sebuah syarikat dikenakan hukuman penjara 12 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas tuduhan pilihan dari mengedar kepada memiliki dadah seberat 85.1 gram, 12 tahun lepas.

Bagaimanapun, Ng Chong Wan, 55, mengaku bersalah atas tuduhan pilihan itu sebelum perbicaraan bermula dan Hakim Datuk Siti Matiah Ahmad menjatuhkan hukuman itu berkuatkuasa dari tarikh dia ditangkap pada 9 Mac, 2004.

Pada 2009, Mahkamah Tinggi di sini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas Ng atas tuduhan mengedar dadah mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta yang sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Ng kemudian mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan terhadap sabitan dan hukuman tersebut tetapi rayuannya ditolak.

Tertuduh kemudian mengemukakan rayuan di Mahkamah Persekutuan.

Pada 13 Dis 2011, Mahkamah Persekutuan memutuskan supaya tertuduh dibicarakan semula di Mahkamah Tinggi atas tuduhan pilihan iaitu memiliki dadah.— BERNAMA

Cubaan bunuh anggota polis: 3 lelaki dicari

Posted:

Cubaan bunuh anggota polis: 3 lelaki dicari

Cubaan bunuh anggota polis: 3 lelaki dicari

31/05/2012 7:18pm

BUKIT MERTAJAM — Tiga lelaki dikehendaki polis bagi membantu siasatan kes cubaan membunuh seorang anggota polis 2 Mei lepas, yang dipercayai bermotifkan dendam kerana pernah menahan mereka.

Mereka ialah N.Santhiramogan, 39, beralamat terakhir di No 6044, Pokok Machang, Tasek Gelugor dan M.Kartik Raj, 21, beralamat di No 1357, Pokok Sena serta B.Vijendren, 28, alamat terakhir di 67, Lorong 2/2, Taman Kijang, Lunas, Kedah.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), ACP Azman Abd Lah berkata, dalam kejadian itu, anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim diserang lima lelaki ketika menuju ke keretanya selepas keluar dari sebuah premis dekat Perai.

"Mangsa ditetak dengan parang di kepala dan perut, anggota polis itu masih berehat di rumah," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai ketiga-tiga lelaki itu supaya menghubungi Pegawai Penyiasat, ASP Hasan Mohamad Salih di talian 019-4642952.— BERNAMA

Cuai punca kemalangan bas ragut nyawa jemaah tabligh

Posted:

Cuai punca kemalangan bas ragut nyawa jemaah tabligh

Cuai punca kemalangan bas ragut nyawa jemaah tabligh

31/05/2012 6:51pm

GEORGE TOWN — Polis tidak menolak kemungkinan kemalangan bas yang meragut dua nyawa jemaah tabligh warga Myanmar di Jalan Tun Sardon di sini, Jumaat lepas, berpunca akibat kecuaian pemandu bas berkenaan.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supt. Hatta Md. Zin berkata, ia berikutan laporan awal Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) mendapati bas berkenaan termasuk sistem breknya berada dalam keadaan baik.

"Mungkin pemandu bas itu belum biasa membawa kenderaan itu...beliau masih dalam keadaan koma dan menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP)," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, laporan penuh berhubung kejadian itu hanya akan diperolehi minggu depan.

Dalam kejadian pukul 8.30 malam itu, bas tersebut yang membawa 44 jemaah tabligh warga Myanmar itu hilang kawalan lalu melanggar tiang elektrik sebelum terjunam ke dalam gaung sedalam 10 meter.

Seorang penumpang, Abdul Jatba, 47, maut di tempat kejadian manakala Soe Myint, 26, yang menerima rawatan di HPP, meninggal dunia pada malam Sabtu dan penumpang lain mengalami kecederaan.— BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan