Berita Harian: Nasional |
Malaysia bantu tonjol imej OCIS Posted: 16 May 2012 03:59 PM PDT Nasional NAJIB berbual dengan Putera Charles pada majlis meraikan penganugerahan Piagam Diraja kepada Pusat Pengajian Islam Oxford, London, kelmarin. Perdana Menteri yang diiringi Pesuruhjaya Tinggi Malaysia, Datuk Seri Zakaria Sulong adalah antara 150 tetamu kehormat dalam kalangan negara Islam dunia. Antara tetamu dari Malaysia, Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah dan isteri, Tuanku Zara Salim, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid; Felo OCIS, Datuk Dr Afifi Alkiti dan Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah. Perdana Menteri adalah anggota majlis tertinggi pusat berkenaan, manakala Putera Charles penaung yang aktif serta menggalakkan dialog manakala Raja Nazrin dan Ahmad Sarji masing-masing pemegang amanah OCIS.Majlis berkenaan berlangsung dalam suasana santai tanpa istiadat rasmi tempat piagam itu dipamerkan. Najib yang pernah menyampaikan ucap utama bertajuk 'Gabungan antara Kesederhanaan dan Ketamadunan' di pusat itu tahun lalu berkata, penganugerahan itu adalah satu pengiktirafan dan penghormatan kepada Malaysia. "Kita menyokong OCIS dari segi kewangan dan menyumbang bahan dan tenaga (untuk pembinaan pusat itu) kerana percaya kita perlu menonjolkan imej sebenar Islam dan kejayaan Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang turut mempertahankan hak mereka yang bukan Islam.
Malaysia adalah antara penyumbang utama untuk pembinaan bangunan baru OCIS, tempat auditorium utamanya dihiasi ukiran dari Malaysia. Anugerah Piagam Diraja diberi Raja-Raja negara ini mengikut saranan Dewan Penasihat sejak sejak abad ke-13. Ia disampaikan kepada institusi dan badan yang bekerja demi kepentingan awam dan yang dapat menunjukkan keunggulan, kestabilan dan rekod pencapaian yang kukuh dalam bidang masing-masing. OCIS yang diasaskan pada 1985 adalah pusat bebas yang diiktirafkan di Universiti Oxford. Pusat ini menggalakkan pemahaman yang lebih baik terhadap budaya dan peradaban Islam dan masyarakat Islam menerusi penyelidikan, pengajaran dan penerbitan.
Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komen |
Ahli DAP Melayu patut contohi Tunku Abdul Aziz Posted: 16 May 2012 03:59 PM PDT Nasional BATU PAHAT: Orang Melayu yang memimpin dan menjadi ahli DAP perlu mencontohi bekas Naib Pengerusi parti, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang keluar parti sebelum disisih secara tidak bermaruah.Ahli Majlis Tertinggi, UMNO, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata DAP bukan parti untuk orang Melayu berjuang dalam politik kerana ia bukan parti pelbagai kaum tulen, tidak demokratik dan sanggup melakukan sesuatu di luar jangkaan. "Mereka perlu fikir masak-masak dan menghalusi apa yang dikatakan Tunku Abdul Aziz apabila disisihkan daripada parti hanya kerana berbeza pandangan berkaitan isu perhimpunan "Tunku Abdul Aziz mengambil jalan bijaksana untuk keluar DAP. Ia adalah mesej serta ingatan kepada orang Melayu dalam DAP bahawa parti itu bukan parti pelbagai kaum dan tidak demokratik," katanya semalam.Ditanya mengenai kemungkinan UMNO membuka pintu kepada bekas pemimpin dan ahli DAP, Mohd Puad berkata, UMNO bersifat dinamik, tidak tertutup dan matang. Ia terbukti apabila menerima semula ramai pemimpin Semangat 46 sehingga ada yang dilantik menjadi menteri. Selain itu, kematangan UMNO terbukti apabila berjaya menganjurkan perhimpunan raksasa secara aman di Stadium Bukit Jalil sempena ulang tahun ke-66 parti itu baru-baru ini, berbanding anjuran pembangkang yang mencetuskan huru-hara ketika perhimpunan. "Sebab itu, saya yakin BN dan UMNO akan mendapat sokongan rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kerana perjuangan kita lebih matang dan ke hadapan berbanding pembangkang. Malah, orang Melayu perlu sedar hubungan DAP dengan PAS hanya menguntungkan sebelah pihak, apabila PAS dilihat sering tunduk kepada kehendak DAP," katanya.
Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komen |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan