Kosmo Online |
- Polis tahan buruh edar dadah guna pam racun
- Polis Daerah Timur Laut kayuh basikal 30km
- Pekerja warga Indonesia mati ditetak rakan
Polis tahan buruh edar dadah guna pam racun Posted: Polis tahan buruh edar dadah guna pam racun16/05/2012 6:50pm IPOH - Taktik seorang buruh ladang menyorokkan dadah di dalam pam racun yang dibawanya, gagal menyelamatkan suspek pengedar dadah itu daripada ditahan polis dalam satu operasi petang semalam. Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Supt. Fakri Che Sulaiman berkata, lelaki tempatan berusia 48 tahun itu ditahan dalam serbuan di kebun kelapa sawit Jalan Bakar Arang, Jejawi, Parit. Ketika ditahan, polis menemui dadah dipercayai jenis syabu seberat 60 gram, bernilai RM14,400 yang disorokkan di dalam pam racun yang disandangnya, katanya ketika dihubungi, di sini hari ini. - BERNAMA |
Polis Daerah Timur Laut kayuh basikal 30km Posted: Polis Daerah Timur Laut kayuh basikal 30km16/05/2012 6:10pm GEORGETOWN - Lebih 100 anggota polis dari pelbagai cawangan Daerah Timur Laut hari ini berbasikal secara konvoi sejauh 30 kilometer bagi mendekati komuniti setempat di bandar ini. Konvoi yang diketuai Timbalan Ketua Polis Negeri Datuk Abdul Rahim Jaafar itu bermula dari Balai Polis Tanjung Tokong dan meronda sekitar bandar ini. Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata, aktiviti itu bertujuan mengeratkan hubungan polis dengan masyarakat disamping mengubah persepsi orang ramai berhubung tugas kepolisan. "Kami bekerja di mana-mana sahaja dan adalah penting mewujudkan perasaan selamat dalam kalangan masyarakat dengan adanya kehadiran polis di tempat awam. "Antara kawasan yang dilawati adalah seperti bank, premis perniagaan sambil berbual serta menasihati orang ramai berkaitan keselamatan diri dan harta benda," katanya kepada pemberita selepas acara pelepasan konvoi di sini. Beliau berkata, anggota polis yang menyertai konvoi itu juga turut mengedar lebih 5,000 keping risalah berkaitan amalan pencegahan jenayah kepada orang awam. - BERNAMA |
Pekerja warga Indonesia mati ditetak rakan Posted: Pekerja warga Indonesia mati ditetak rakan16/05/2012 6:07pm BELURAN - Seorang pekerja ladang warga Indonesia mati ditetak oleh rakan sekerjanya dalam satu pergaduhan di Ladang Kelapa Sawit Laukin IOI di sini semalam. Ketua Polis Daerah Beluran, DSP V. Sivanathan berkata, mangsa dikenali sebagai Indra yang ditemui mati dengan kesan beberapa tetakan, di tepi jalan ladang itu oleh pekerja ladang kira-kira pukul 9 malam. Katanya, laporan mengenai kejadian itu dibuat oleh Penolong Pengurus Ladang berkenaan kira-kira 11 malam. Menurutnya, polis yang tiba di tempat kejadian selepas menerima laporan menjumpai mayat mangsa dengan kesan beberapa tetakan di bahagian belakang badan, bahu, pipi dan leher. Sivanathan berkata, siasatan di tempat kejadian menemui kesan pergelutan tetapi tidak menemui senjata yang digunakan dalam pergaduhan itu. Beliau berkata, polis sedang memburu rakan sekerja mangsa yang berusia lingkungan 20-an, yang melarikan diri selepas kejadian itu. Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - BERNAMA |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan