Rabu, 23 Mei 2012

Kosmo Online

Kosmo Online


Pengusaha premis judi ubah taktik

Posted:

Pengusaha premis judi ubah taktik

Pengusaha premis judi ubah taktik

23/05/2012 10:25pm

KUALA LUMPUR — Taktik pengusaha yang berselindung disebalik kedai makan bagi menjalankan aktiviti judi siber di Cheras terbongkar dalam operasi oleh pihak polis malam tadi.

Taktik itu berjaya dikesan oleh anggota polis dari Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras apabila mereka sekali lagi menyerbu tiga premis di Taman Dahlia, Cheras, yang pernah diserbu sebanyak lima kali sebelum ini.

Ketua Operasi, Inspektor Zaili Zakaria berkata, dalam serbuan pukul 9 malam itu polis berjaya membongkar taktik terbaru pemilik premis yang menutup pintu di bahagian hadapan dan mempunyai pintu rahsia di belakang kedai.

"Mereka berselindung disebalik gerai makan dan menutup pintu utama kedai tetapi hasil risikan kita mendapati ada pintu rahsia di belakang kedai bagi memudahkan pelanggan masuk untuk berjudi," katanya kepada pemberita di lokasi serbuan.

Beliau berkata, pasukan yang sama juga telah membuat serbuan ke atas dua lagi premis judi siber di Taman Miharja Cheras dua jam kemudian. — BERNAMA

Ahli perniagaan disaman kerana memfitnah

Posted:

Ahli perniagaan disaman kerana memfitnah

Ahli perniagaan disaman kerana memfitnah

23/05/2012 10:24pm

KUALA LUMPUR — Setiausaha Agung Majlis Jaksa Pendamai Malaysia, Datuk M. Yalumallai @ Ramalingam hari ini memfailkan saman fitnah terhadap seorang ahli perniagaan Datuk Tan Chin Woh atas dakwaan memfitnah beliau dalam satu laporan polis lima tahun lepas.

Saman itu difailkan melalui firma guaman Tetuan A S Dhaliwal di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini.

Dalam pernyataan tuntutannya, Yalumallai, 72, mendakwa Tan membuat laporan polis bertarikh 10 Jan 2007 dan memfitnahnya dengan pelbagai tuduhan, antaranya Yalumallai akan menembak seorang hakim ekoran kekalahannya dalam satu kes sivil bersama defendan.

Yalumallai, yang juga pesara guru, mendakwa laporan polis itu telah memfitnahnya sehingga beliau berasa dihina dan malu.

Beliau mendakwa dipanggil oleh polis untuk siasatan berhubung laporan itu selama hampir empat tahun.

Bagaimanapun, polis mengeluarkan surat bertarikh 27 Okt 2010 yang menyatakan tiada tindakan lanjut akan diambil terhadapnya.

Yalumallai menuntut ganti rugi am, teruk dan teladan selain memohon perintah injunksi bagi menghalang defendan daripada mengulangi atau menerbitkan laporan fitnah berkenaan dirinya. — BERNAMA

RM500j untuk pinjaman PTPK setiap tahun

Posted:

RM500j untuk pinjaman PTPK setiap tahun

RM500j untuk pinjaman PTPK setiap tahun

23/05/2012 10:22pm

KUALA LUMPUR — Kementerian Sumber Manusia memperuntukkan RM500 juta setiap tahun kepada Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) bagi membiayai latihan kemahiran belia dan pekerja, kata Timbalan Menterinya, Datuk Maznah Mazlan.

Beliau berkata, RM300 juta adalah pinjaman latihan kemahiran PTPK khusus bagi lepasan sekolah yang mengikuti Sijil Kemahiran Malaysia, Diploma Kemahiran Malaysia dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia manakala RM100 juta untuk golongan pekerja meningkatkan kemahiran.

"Selebihnya, RM100 juta lagi PTPK salurkan kepada Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri dalam bentuk geran bagi melaksanakan pelbagai program kemahiran untuk golongan belia di negeri masing-masing," katanya pada majlis penyerahan zakat berjumlah RM200,000 kepada Pusat Pungutan Zakat dan penyampaian cek kepada penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang PTPK 2011 di sini, hari ini.

Sejak tabung itu diperkenal pada 2001, lebih 200,000 orang mendapat manfaat pembiayaan, iaitu antara RM750 dan RM24,000 bagi golongan pekerja dan antara RM4,000 dan RM24,000 bagi lepasan sekolah, bergantung kepada program serta tahap latihan diikuti.

Kira-kira 58 peratus daripada peminjam membayar balik pinjaman mereka setiap tahun dan setakat ini, tindakan saman dikenakan terhadap kira-kira 300 peminjam kerana tidak membayar semula pinjaman mereka," kata Maznah. — BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan