Sabtu, 26 Mei 2012

Harian Metro: Setempat

Harian Metro: Setempat


Bantu bayar sewa PPR

Posted: 25 May 2012 12:20 PM PDT

KUALA LUMPUR: Golongan miskin khususnya ibu tunggal yang dibelenggu kesukaran menjelaskan bayaran sewa Projek Perumahan Rakyat (PPR) bakal menerima bantuan dalam masa terdekat sebaik saja Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar (KWPKB) meluluskan garis panduan disediakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Pengurus Perancangan Korporat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Dr Ismail Stapa berkata, pihaknya akan menghantar garis panduan lengkap kepada KWPKB untuk diteliti dan disemak sebelum dilaksanakan sepenuhnya.


"Ketika ini, DBKL masih mengesan nama penerima yang layak mendapat bantuan dana khas dan merangka prosedur serta perkara berkaitan bagi memastikan ia dinikmati individu yang berhak.

"Menerusi garis panduan ini juga, tindakan tegas terhadap pihak yang sengaja mengelak bayaran sewa kepada DBKL akan diambil," katanya ketika Hari Bertemu Pelanggan DBKL 2012 di Ruang Legar Menara DBKL 1, di sini, semalam.


Beliau berkata, ia selaras objektif dana khas yang diumumkan Menterinya, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin baru-baru ini, yang mahu dana terbabit digunakan bagi menyelesaikan isu tunggakan sewa PPR.


Dalam perkembangan sama, beliau berkata, bagi menangani aduan terhadap caj parkir yang mahal, pihaknya akan mengadakan perbincangan bersama operator parkir swasta supaya mempertimbangkan mengenai bayaran terbabit.

Katanya, perkara itu dipantau bagi memastikan orang awam tidak dibebani caj yang tidak munasabah.


Pada masa sama, katanya, kawalan terhadap individu yang mengenakan caj parkir kepada orang awam secara haram juga giat dijalankan bagi mengekang aktiviti itu terutama di kawasan tumpuan seperti Masjid Jamek.

Selain itu, DBKL menyarankan orang ramai supaya berhati-hati dengan kegiatan pemalsuan dokumen rasmi yang didalangi pihak tidak bertanggungjawab.


"Orang ramai dinasihatkan lebih berhati-hati sekiranya didekati pihak yang mendakwa diri mereka kakitangan DBKL kerana kemungkinan besar ia taktik penyamaran yang membabitkan dokumen palsu seperti mengeluarkan Notis Kesalahan (kompaun), kepala surat dan logo DBKL," katanya. Ismail berkata, saluran yang disediakan ini tidak digunakan sepenuhnya orang awam kerana hanya 20 orang yang datang berjumpa pegawai daripada 20 jabatan di bawah DBKL setiap kali ia diadakan.


Tak bernyawa dalam kabinet

Posted: 25 May 2012 12:18 PM PDT

BATU PAHAT: Sepasang suami isteri bingung apabila bayi lelaki mereka yang baru berusia dua bulan 'hilang' dari buaian di rumah mereka di Kampung Seri Ladang, Rengit, dekat sini, sebelum ditemui dalam keadaan tidak bernyawa di dalam periuk di kabinet dapur kediaman berkenaan, kira-kira jam 9 pagi Jumaat lalu.

Malah, ini bukan kali pertama pasangan suami isteri berkenaan, Mohd Noor Sallleh, 58, dan Zarinah Dahalan, 42, terpaksa meratap kehilangan anak kerana sebelum ini dua anak perempuan pasangan itu meninggal dunia pada 2003 dan 2010 ketika masih bayi.

Bagaimanapun, kejadian kali ini menimbulkan tanda tanya selepas Asyraful Iskandar Mohd Noor, yang sebelum itu sedang nyenyak tidur di dalam buaian tiba-tiba hilang sebelum ditemui di dalam periuk.

Mohd Noor berkata, dia tidak menyangka kejadian sedih kehilangan dua anak sebelum ini berulang.


"Pada hari kejadian iaitu jam 8 pagi, saya ke Klinik Kesihatan Sri Merlong bagi menjalani ujian tekanan darah dan sebelum bertolak, saya sempat menjenguk Asyraful Iskandar yang ketika itu nyenyak tidur di dalam buaian.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan