Isnin, 21 Mei 2012

Kosmo Online

Kosmo Online


Polis serbu 11 premis judi siber, 2 lelaki ditahan

Posted:

Polis serbu 11 premis judi siber, 2 lelaki ditahan

Polis serbu 11 premis judi siber, 2 lelaki ditahan

21/05/2012 8:49pm

KUALA LUMPUR - Polis menahan dua lelaki dan merampas 240 komputer yang digunakan untuk aktiviti perjudian siber dalam serbuan terhadap 11 premis di sebuah bangunan rumah kedai dua tingkat di Taman Seri Sentosa, Sri Petaling, dekat sini hari ini.

Pegawai Turus Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, DSP Azman Mohd Isa berkata, serbuan pada pukul 4.30 petang itu dipercayai dapat dihidu pemiliknya berikutan kebanyakan premis berkenaan ditutup.

"Kami mulanya menyerbu enam premis perjudian tetapi tidak menemui pelanggan, kecuali dua lelaki berusia lingkungan 40-an yang menjaga premis itu. Kami kemudian terpaksa memecahkan lima premis lain yang ditutup pemiliknya," kata beliau kepada pemberita ketika ditemui di lokasi serbuan itu.

Beliau berkata, serbuan itu yang dijalankan bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mendapati kesemua premis yang terletak bersebelahan satu sama lain itu, telah lama beroperasi secara haram .

"Siasatan awal mendapati premis judi ini menetapkan wang pertaruhan serendah RM20 bagi menarik pelanggan. Ia turut memasang sistem kamera litar tertutup untuk memudahkannya mengesan kehadiran polis," katanya.

Azman berkata, kedua-dua lelaki itu akan disiasat mengikut Seksyen 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka. - BERNAMA

Tiga lelaki ditahan kerana curi kabel

Posted:

Tiga lelaki ditahan kerana curi kabel

Tiga lelaki ditahan kerana curi kabel

21/05/2012 8:36pm

KANGAR — Polis menahan tiga lelaki berumur lewat dua puluhan kerana mencuri kabel milik Syarikat Telekom Malaysia di Alor Kabong dekat sini Rabu lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perlis, Supt. Nashir Ya berkata, tiga lelaki itu ditahan kira-kira pukul 8.30 malam dan siasatan awal mendapati dua daripada mereka mempunyai rekod jenayah.

Bercakap kepada para pemberita di pejabatnya hari ini, beliau berkata, hasil ujian saringan awal air kencing mendapati seorang daripada mereka positif dadah.

Hasil tangkapan itu, polis merampas beberapa peralatan mencuri kabel termasuk alat pemotong, sebilah gergaji, sebilah parang, satu guni tembaga kabel seberat 33 kilogram, sebuah tong mengandungi minyak petrol, sebuah tong besi tempat membakar, satu gulung kulit kabel dan sebuah jengkaut.

Katanya, ketiga-tiga suspek tersebut kini ditahan reman sehingga esok dan disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri, serta Seksyen 414 Kanun Keseksaan kerana menolong menyembunyikan harta curi.

Beliau berkata, nilai rampasan kabel itu dianggarkan kira-kira RM6,000.

Menurut Nashir, sejak Januari lalu sehingga kini, sebanyak 23 kes kecurian kabel milik syarikat utiliti awam direkodkan di Perlis membabitkan kerugian RM128,711. — BERNAMA

Bunuh tukang urut: Penghantar gas kekal bebas

Posted:

Bunuh tukang urut: Penghantar gas kekal bebas

Bunuh tukang urut: Penghantar gas kekal bebas

21/05/2012 8:32pm

PUTRAJAYA — Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi melepas serta membebaskan seorang penghantar gas daripada pertuduhan membunuh seorang tukang urut tradisional, yang cuba meliwat dan mencederakannya, lapan tahun lepas.

Panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Abdul Malik Ishak sebulat suara menolak rayuan pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 25 Jun 2010, yang melepas serta membebaskan Mohd. Hairi Sabdin, 31.

Dalam penghakimannya, Abdul Malik berkata panel itu bersetuju dengan dapatan Mahkamah Tinggi bahawa tindakan Mohd. Hairi membunuh Abdul Rahman Hussain adalah untuk mempertahankan diri dan mengelak maruahnya tercemar akibat perbuatan si mati.

Beliau berkata polis juga tidak menyiasat dengan teliti kes itu kerana tidak mengambil sampel daripada bahagian sulit Mohd. Hairi dan si mati, yang mungkin akan menyokong keterangan tertuduh bahawa mangsa telah melakukan serangan seksual terhadapnya.

Panel itu turut dianggotai Hakim Datuk Clement Allan Skinner dan Datuk Seri Mohamed Apandi Mohamed Ali.

Mohd. Hairi, yang berusia 22 tahun ketika kejadian, dituduh membunuh Abdul Rahman dengan gunting di rumah si mati di Kampung Makam, Jalan Datuk Keramat, Pulau Pinang pada 4.30 pagi, 25 Sept 2003.

Dalam pembelaannya, Mohd. Hairi berkata Abdul Rahman menawarkan untuk mengurut bahu, pinggul dan kakinya yang sakit namun melakukan serangan seksual ketika dia datang untuk mendapatkan rawatan.

Satu pergelutan berlaku antara mereka, yang berakhir dengan Mohd. Hairi menikam Abdul Rahman beberapa kali di leher serta badan, dan tertuduh mendakwa tindakannya itu hanyalah untuk mencederakan si mati.

Keterangan patologi pula menunjukkan Abdul Rahman mengalami 63 kecederaan akibat tikaman bertalu-talu. — BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan