Harian Metro: Setempat |
Posted: 16 May 2012 01:21 PM PDT YAN: "Kira-kira dua minggu lalu, arwah ayah memberitahu rakannya yang dia bermimpi akan mati dan saya tidak sangka mimpi itu menjadi kenyataan. "Lebih menyedihkan kematian ayah begitu tragis," kata Muhammad Faiz, 21, anak sulung kepada Azizan Abu, 50, yang terbunuh akibat disambar petir dalam kejadian di Kampung Setar, di sini, kelmarin.
Mangsa dipercayai disambar petir ketika menunggang motosikal sebelum terjatuh di tepi sawah, kira-kira empat kilometer dari rumahnya. Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan parah termasuk melecur di muka, badan, kepala dan kedua-dua betis. Sebelum itu, hujan lebat kira-kira 15 minit disusuli petir melanda kawasan berkenaan.
"Ketika itu, saya sudah melihat perubahan pada arwah ayah apabila tidak banyak cakap dan bertukar pendiam.
Menurutnya, arwah bapanya ialah Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan guru (PIBG) SK Kampung Setar selain aktif sebagai Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) kawasan Jerai serta amil zakat di daerah itu.
![]() |
Tuntut 50 bulan subsidi RM11.40 Posted: 16 May 2012 12:43 PM PDT KLANG: Tidak berpuas hati dengan janji kerajaan negeri berhubung pengagihan air percuma, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) daerah Klang, semalam, menuntut kerajaan negeri mengembalikan bayaran 50 bulan subsidi air kepada penduduk dalam tempoh 10 hari. NGO berkenaan mewakili 4,000 penduduk flat dan pangsapuri di Kota Raja, di sini, yang tidak menerima subsidi air seperti dijanjikan kerajaan negeri selepas mengambil alih pentadbiran.
Presiden Badan Prihatin Rakyat Selangor (BPRS), Saarah Ali Bashah yang mewakili penduduk terbabit berkata, kerajaan negeri perlu membayar subsidi RM11.40 untuk setiap isi rumah yang masih menggunakan meter pukal di flat dan pangsapuri dalam tempoh itu hingga kini.
"Sekiranya janji tidak ditunaikan, NGO dan penduduk akan terus membuat demonstrasi bagi menuntut janji berkenaan ditunaikan," katanya dalam sidang media di sini, semalam. Sementara itu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang ditemui selepas menghadiri Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Shah Alam, berkata, kerajaan negeri tidak akan membayar sebarang tuntutan yang dikemukakan penduduk berhubung isu air.
"Kerajaan negeri tidak akan membayar tuntutan yang dikemukakan penduduk kerana harga yang mereka (penduduk) bayar air melebihi daripada apa yang sepatutnya," katanya. ![]() |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan