Jumaat, 25 Mei 2012

Kosmo Online

Kosmo Online


Amah larikan barang kemas dipenjara 18 bulan

Posted:

Amah larikan barang kemas dipenjara 18 bulan

Amah larikan barang kemas dipenjara 18 bulan

25/05/2012 8:35pm

PETALING JAYA – Pembantu rumah warga Indonesia yang melarikan diri bersama dua set barang kemas milik anak perempuan Ketua Wanita UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Azizah Abd Samad Isnin lalu, hari ini dihukum penjara 18 bulan oleh Mahkamah Majistret.

Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Sulismawati, 30, selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa.

Ahmad Solihin memerintahkan Sulismawati menjalani hukuman tersebut bermula dari tarikh dia ditangkap pada 22 Mei lalu.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa mencuri barang kemas milik Zalilawati Osman, 33, yang bernilai kira-kira RM50,000 di No. 44, Jalan SS 7/4, Kelana Jaya di sini pada pukul 3.15 petang, 21 Mei lalu.

Bagi pertuduhan tersebut, Sulismawati yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Skuad Muda KDN gembleng usaha kesukarelaan

Posted:

Skuad Muda KDN gembleng usaha kesukarelaan

Skuad Muda KDN gembleng usaha kesukarelaan

25/05/2012 8:33pm

PUTRAJAYA – Skuad Muda Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang akan dilancar esok oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, merupakan usaha kementerian untuk menggembleng semangat kesukarelaan di kalangan generasi muda dan memberi peluang kepada mereka untuk menyumbang bakti kepada masyarakat.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, skuad yang diterajui generasi pewaris dari seluruh negara itu akan menjadi pemangkin kepada gelombang kesukarelaan di kalangan rakyat yang berbilang kaum, agama dan bangsa.

Katanya, pembabitan dalam skuad itu akan membolehkan generasi muda mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti yang berfaedah serta bersifat membina negara bangsa yang maju daripada segala aspek kehidupan.

"Adalah menjadi hasrat kementerian agar Skuad Muda KDN ini menjadi pendinding kepada golongan muda daripada terjebak di dalam gejala-gejala yang mampu meruntuhkan negara bangsa kita," katanya pada majlis pelancaran Y-Avenue sempena Himpunan Jutaan Belia di sini hari ini.

Hishammuddin berkata, inisiatif penubuhan skuad itu sekali gus menangkis cubaan pihak tertentu untuk menidakkan aspirasi majoriti golongan muda yang cintakan keamanan dan keharmonian.

"Kita kini berhadapan dengan pelbagai budaya serta gejala negatif seperti kecenderungan segelintir pihak yang mempergunakan golongan belia untuk kepentingan politik sempit mereka," katanya. – BERNAMA

Cadangan wajibkan sertai PLKN perlu diteliti

Posted:

Cadangan wajibkan sertai PLKN perlu diteliti

Cadangan wajibkan sertai PLKN perlu diteliti

25/05/2012 6:20pm

BAGAN DATOH – Cadangan mewajibkan semua pelajar lepasan sekolah menengah menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) perlu diteliti sebaik mungkin kerana ia membabitkan kos hampir RM1 billion setiap tahun.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ketika ini kerajaan membelanjakan kira-kira RM260 juta bagi melatih 120,000 pelatih setiap tahun.

"Kalau kita bersetuju dengan cadangan Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN) ini, ertinya kita akan membelanjakan empat kali ganda untuk melatih 500,000 pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di PLKN," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (Kar1sm) Parlimen Bagan Datoh di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Pengerusi MLKN, Datuk Dr Tiki Lafe supaya pelajar lepasan sekolah menengah menyertai PLKN.

Selain itu, Ahmad Zahid berkata antara perkara yang perlu diteliti ialah adakah kem sedia ada mampu menampung pertambahan jumlah peserta. – BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan