Kosmo Online - Negara |
- Nursuhaila didakwa pernah ditampar ibu
- Penculik bebaskan Nazarrudin
- Peranan pusat sumber sekolah perlu dipertingkat
Nursuhaila didakwa pernah ditampar ibu Posted: Nursuhaila didakwa pernah ditampar ibuOleh NORHAYATI YAHAYA
SHAH ALAM – Pengacara Jimmy Shanley semalam mendakwa isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy pernah ditampar oleh ibu kandungnya pada 1 Oktober 2010 sehingga memaksa wanita itu (ibu mertua) menghubungi Jimmy untuk tumpang bermalam di rumahnya. Jimmy, 31, yang memberi keterangan di Mahkamah Rendah Syariah di sini, di hadapan Hakim Syarie, Saharuddin Selamat juga mendakwa, Nursuhaila, 26, pernah datang ke rumahnya tiga hari selepas itu bagi memujuk ibunya pulang serta meminta cerai daripadanya. "Pada 4 Oktober 2010, defendan (Nursuhaila) datang ke rumah, dia minta maaf pada saya dan minta cerai serta tidak mahu kes ini berpanjangan. "Saya hanya mendengar penjelasannya dan ibu mertua saya kemudian balik mengikut defendan," katanya semasa disoal balas peguam syarie yang mewakili Nursuhaila, Saadiah Din. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Posted: Penculik bebaskan NazarrudinOleh JUNHAIRI ALYASA KUALA LUMPUR – Selepas setahun menjadi mangsa penculikan kumpulan serpihan Abu Sayyaf, seorang rakyat Malaysia, Nazarrudin Saidin, 39, akhirnya dibebaskan. Pembebasan pemuda yang berasal dari Kampung Merbau Sempak, Sungai Buloh, Selangor itu telah disahkan oleh Kelab Putera 1Malaysia menerusi khidmat pesanan ringkas kepada Kosmo!. Proses rundingan untuk membebaskan Nazarrudin telah dibuat sejak beberapa bulan lalu dan lelaki itu selamat dibawa pulang ke ibu negara semalam. Nazarrudin dijangka dipertemukan dengan ahli keluarganya hari ini dalam satu majlis khas yang diadakan di ibu negara. Adik mangsa, Mohamad Lukman Saidin, 27, ketika dihubungi Kosmo! petang semalam turut mengesahkan mengenai kepulangan abangnya yang merupakan anak sulung daripada lima beradik. "Saya tidak sangka dia (Nazarrudin) akan dibebaskan juga akhirnya. Saya bersyukur kerana dia selamat. "Saya baru terima berita ini dan tidak tahu butiran lanjut mengenai pembebasan tersebut," katanya. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Peranan pusat sumber sekolah perlu dipertingkat Posted: Peranan pusat sumber sekolah perlu dipertingkatOleh NOR IDAYU BOSRO ![]() MUHYIDDIN (tengah) melancarkan Kempen Nilai-Nilai Murni 1Malaysia sambil diperhatikan Mahathir (kanan) dan Rais di Kuala Lumpur semalam. KUALA LUMPUR – Kementerian Pelajaran dan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan akan merangka satu strategi bersama yang komprehensif untuk meningkatkan fungsi dan peranan pusat sumber sekolah. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, peranan pusat sumber sekolah sebagai nadi budaya membaca dalam kalangan generasi muda wajar diperkasakan selaras dengan usaha menambah baik sistem pendidikan negara. Menurutnya, sehingga kini terdapat 12,382 buah perpustakaan di seluruh negara dengan 9,721 buah daripadanya merupakan pusat sumber sekolah. "Berdasarkan perangkaan itu, saya melihat pusat sumber sekolah mempunyai potensi yang cukup besar untuk dipertingkatkan dari segi mutu dan capaian perkhidmatannya. "Penggunaan perpustakaan digital juga perlu diperluas bagi membolehkan pengguna membaca buku dan pelbagai bahan ilmiah dalam bentuk digital secara atas talian," katanya. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan