Berita Harian: Nasional |
Posted: 14 May 2012 07:54 PM PDT Nasional NAJIB berucap pada majlis pelancaran FBNUK di London, semalam dalam rangka lawatan kerja dua hari ke UK. Perdana Menteri berkata, sumbangan itu boleh dibuat sama ada pulang ke Malaysia atau berkongsi pengalaman dan kepakaran dengan institusi kebangsaan dari pangkalan mereka di Britain. "Malaysia masih mempunyai ruang untuk rakyat kita yang menetap di luar negara, tidak kira siapa mereka dan walau apa cara sekali pun mereka mahu menyumbang. Setiap orang ada peranan masing-masing, setiap orang ada peranan untuk melakukan perubahan dan setiap orang boleh maju serta makmur. "Sebagai negara muda, perjalanan kita ke masa depan pasti amat menyeronokkan. Jadi, saya menggesa rakyat kita sentiasa berhubung rapat dengan Malaysia, ikuti setiap perkembangan yang berlaku di negara dan bersedialah untuk memainkan peranan anda," katanya dalam ucap utama pada majlis pelancaran Rakan Barisan Nasional UK (FBNUK) di Dewan Negara di sini, semalam.Turut hadir Presiden FBNUK yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Institut Strategi dan Kepemimpinan Asia (ASLI), Datuk Michael Yeoh; bekas Pengerusi Penerbangan Malaysia (MAS), Tan Sri Munir Majid; Pengerusi Kelab Bola Sepak Cardiff City, Datuk Chan Tien Ghee dan Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia Bhd, Tan Sri Tony Fernandes. Perdana Menteri tiba di sini pagi semalam dalam rangka lawatan kerja dua hari ke UK. Selain melancarkan FBNUK, Najib akan menghadiri majlis resepsi yang dihoskan Putera Wales, Putera Charles sempena penganugerahan Piagam Diraja kepada Pusat Pengajian Islam Oxford (OCIS) dengan Perdana Menteri adalah ahli majlis tertingginya. Penganugerahan Piagam Diraja itu kepada OCIS adalah signifikan kerana menandakan kali pertama sebuah institusi Islam di UK dianugerahkan dengan status berprestij itu. "Saya teruja kerana ada ramai sahabat BN di UK (FBNUK. Seperti semua persahabatan, ia perlu dipupuk dan diperkukuhkan. Saya ingin mengajak FBNUK menyertai perjalanan kami menjadikan Malaysia satu kejayaan. "Saya juga berharap FBNUK menyebarkan cerita benar mengenai Malaysia, keadaan sebenar negara. Ketika ini banyak maklumat tidak benar disebarkan sehingga menjejaskan imej Malaysia," katanya. Mengimbas hubungan Malaysia-Britain, beliau berkata, sejak Syarikat Hindia Timur membuka cawangannya di Pulau Pinang lebih 200 tahun, Malaysia mempunyai jaringan dagangan kukuh dengan UK dan diperkukuhkan lagi dengan lawatan Perdana Menterinya, David Cameron ke Malaysia, bulan lalu. Perdana Menteri juga menghargai sokongan rakyat UK kepada Ashraf Haziq, pelajar Malaysia yang cedera dan dirompak ketika rusuhan di England, tahun lalu, Sementara itu, Yeoh berkata, objektif penubuhan FBNUK adalah mengelak salah tafsir terhadap Kerajaan Malaysia dan mempromosi inisiatif transformasi Perdana Menteri, selain mewujudkan hubungan lebih erat antara kedua negara dalam perniagaan dan ekonomi. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komen |
Individu terbabit rusuhan diburu Posted: 14 May 2012 07:54 PM PDT Nasional KUALA LUMPUR: Polis akan melancarkan gerakan besar-besaran mulai esok untuk memburu individu yang terbabit dalam rusuhan ketika perhimpunan BERSIH 3.0 di sini, pada 28 April lalu.Operasi mencari rumah ke rumah itu dilakukan selepas amaran terakhir yang diberikan sebelum ini supaya mereka menyerah diri secara sukarela berakhir hari ini. Sehingga semalam, hanya 21 daripada 141 individu yang gambar mereka disiarkan media cetak dan elektronik menyerah diri atau ditangkap. Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar, berkata polis terpaksa mengambil tindakan tegas kerana 120 individu belum menyerah diri dalam tempoh yang ditetapkan walaupun banyak peringatan sudah diberikan."Memandangkan esok (hari ini) tamat tempoh amaran, polis akan melancarkan gerakan memburu mereka di rumah masing-masing kerana kita sudah mengenal pasti identiti semua mereka yang disyaki terbabit," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Derma Darah sempena Sambutan Hari Polis di Plaza Sungai Wang di sini, semalam. Rabu lalu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin mengeluarkan amaran supaya individu yang dikehendaki berhubung rusuhan itu supaya menyerah diri dalam masa seminggu. Mengulas lanjut, Khalid berkata, kesalahan itu tidak memerlukan polis memohon waran tangkap, sebaliknya boleh ditahan di masa saja dan bila-bila masa. Dalam perkembangan berkaitan, Khalid berkata polis memiliki satu klip rakaman video peserta Bersih 3.0 yang mengatakan mahu sekurang-kurangnya lima orang mati ketika perhimpunan itu. Katanya, klip rakaman peserta itu mendakwa 'lima mati hari ini pun tak apa' jelas membuktikan ada pihak yang menginginkan berlaku kematian ketika perhimpunan itu. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan