Harian Metro: Mutakhir |
Tingkat tujuh sebuah bangunan dalam pembinaan terbakar Posted: 14 May 2012 04:16 AM PDT KUALA LUMPUR: Tingkat tujuh sebuah bangunan dalam pembinaan berdekatan Institut Penyelidikan Perubatan Kementerian Kesihatan terbakar, di sini hari ini. Penolong Pengarah Operasi Bomba Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, kebakaran pukul 12.43 tengah hari itu bagaimanapun tidak melibatkan kemalangan jiwa.
"Siasatan awal mendapati ia (kebakaran) mungkin berpunca daripada kebakaran mekanikal yang terdapat dalam ruang siling. Namun, kita masih menyiasat punca kebakaran sebenar," katanya kepada Bernama di sini hari ini. Azizan berkata pemeriksaan juga mendapati beberapa sistem penyembur air automatik di bahagian dalam siling tingkat itu juga pecah sehingga menyukarkan proses pemadaman.
![]() |
Pesara didakwa tipu dua peniaga RM53,450 Posted: 14 May 2012 03:13 AM PDT KLANG: Seorang pesara dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap dua pertuduhan menipu dua peniaga RM53,450 bagi mendapatkan projek yang tidak wujud di sebuah syarikat penyelenggaraan kapal terbang. Azmir Shakri Ab Hamid, 59, dari Petaling Jaya, mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Ho Kwong Chin.
Tertuduh didakwa menipu Zubir Azarai, 49, dengan memperdaya bahawa dia boleh mendapatkan projek membuat 'step aircraft' di Syarikat Sepang Aircraft Engineering Sdn Bhd untuk Zubir dengan kadar bayaran tertentu dan dengan itu mendorong Zubir menyerahkan RM30,560 dengan cara memasukkan wang secara berperingkat ke dalam akaun bank milik tertuduh. Azmir Shakri didakwa melakukan kesalahan itu di beberapa cawangan CIMB Bank di sini antara 8 Sept 2011 dan 23 Feb 2012.
![]() |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan