Kosmo Online - Negara |
- Budak terkejut lintah masuk dubur
- Hanya tuhan yang boleh ampunkan dosa manusia
- Projek bekalan air, tenaga dipercepat
Budak terkejut lintah masuk dubur Posted: Budak terkejut lintah masuk duburOleh ADHAM SHADAN dan JULIA ISMAIL
KOTA BHARU - Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun di Kampung Paya Rambai, Ketereh di sini melalui pengalaman mengerikan apabila seekor lintah yang saiznya lebih besar daripada ibu jari orang dewasa memasuki duburnya ketika dia menangkap ikan di sawah berdekatan rumahnya tengah hari kelmarin. Bagaimanapun, murid tahun satu Sekolah Kebangsaan Kampung Chengal, Mohd. Farhan Adli Mohd. Alpatah, 7, tetap bernasib baik walaupun duburnya mengalami pendarahan akibat dimasuki lintah. Ini kerana lintah tersebut yang boleh memanjang sehingga 25 sentimeter berjaya dikeluarkan setelah mengamalkan petua orang tua iaitu dengan makan belalang. "Saya dan tiga orang rakan pergi ke sawah (yang terletak kira-kira 500 meter) dari rumah untuk mencari ikan, namun tak sangka pula ada lintah masuk dalam dubur. "Sebaik sahaja pulang ke rumah saya dapati dubur berdarah dan keluarga saya mengesyaki mungkin lintah telah memasuki dubur, lalu nenek menyuruh makan belalang. "Sepuluh minit kemudian saya membuang air besar dan lintah tersebut keluar," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Hanya tuhan yang boleh ampunkan dosa manusia Posted: Hanya tuhan yang boleh ampunkan dosa manusiaOleh NADIA SHAIFUL BAHARI ![]() KUALA LUMPUR - Ritual membakar lilin oleh pengikut Ajaran Ibu Puteri kononnya untuk menghapus dosa dengan hanya membayar sejumlah wang jelas terpesong kerana hanya tuhan yang berhak mengampunkan dosa seseorang. Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria (gambar ) menegaskan, Nabi Muhammad SAW yang merupakan seorang rasul pun tidak berkuasa untuk mengampunkan dosa seseorang manusia, apatah lagi manusia biasa. "Ajaran tersebut ternyata sesat dan hukumnya adalah haram serta perlu ditangani segera supaya tidak terus memperdaya masyarakat. "Pengikut ajaran ini perlu segera bertaubat dan kembali mengucap dua kalimah syahadah bagi mengembalikan akidah mereka kepada ajaran Islam yang sebenar," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Projek bekalan air, tenaga dipercepat Posted: Projek bekalan air, tenaga dipercepat![]() KELULUSAN bagi projek membekalkan air perlu dipercepatkan bagi memudahkan rakyat Sarawak mendapat air bersih. - Gambar hiasan PAKAN - Ahli Parlimen Julau, Datuk Joseph Salang berjanji akan berjumpa dengan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal untuk membantu mempercepatkan kelulusan projek bekalan air dan elektrik luar bandar di Sarawak. Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu berkata, kerajaan sedar bahawa ketiadaan bekalan air bersih dan tenaga elektrik memberi kesulitan kepada penduduk luar bandar. "Masyarakat Dayak di luar bandar khususnya amat mengharapkan dua projek itu dilaksanakan agar mereka boleh menyambut Gawai Dayak kali ini dan pada masa akan datang dengan lebih meriah," katanya pada majlis bersama rakyat di rumah panjang di sini semalam. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan