Berita Harian: MukaDepan |
Posted: 12 May 2012 03:59 PM PDT MukaDepan Senarai pendek akan diserah kepada PMKUALA LUMPUR: Lebih 1,000 nama calon UMNO dan parti komponen Barisan Nasional (BN) sedang disenarai pendek untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). Senarai yang diserahkan oleh Pengerusi Perhubungan Negeri dan Presiden parti komponen itu akan ditapis ketat oleh sumber parti dan agensi sedia ada sebelum dihantar kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak dalam masa terdekat. Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata senarai nama itu adalah calon bagi bertanding di 505 Dewan Undangan Negeri dan 222 Parlimen seluruh negara. Tengku Adnan yang enggan mengulas lanjut sumber berkenaan, berkata apa yang penting calon yang dipilih kali ini adalah mereka yang benar-benar disukai rakyat."Bukan semua nama disenaraikan itu akan menjadi calon, ia perlu ditapis terlebih dulu termasuk oleh sumber agensi sedia ada. "Saya tidak boleh dedahkan agensi itu, tapi kita akan buat pertimbangan berdasarkan sumber yang diperoleh bagi menentu dan memastikan calon yang terpilih bertanding pada PRU-13 diterima rakyat akar umbi," katanya pada sidang media selepas melawat Karnival Kerjaya Pemuda BN 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini, semalam sempena sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-66. Lebih 20,000 mengunjungi karnival itu yang menawarkan lebih 20,000 jawatan kosong pada peringkat agensi kerajaan dan swasta. "Tidak kira tua atau muda, mereka pilih pemimpin yang bijaksana, mereka mahu pemimpin yang boleh meletakkan harapan dan dapat memajukan kawasan masing-masing. "Mereka juga yakin UMNO dan BN adalah parti yang sesuai sebab janji kita tepati, bukan seperti pembangkang yang menjanjikan 'bulan dan bintang'" katanya. Ditanya desas-desus Najib menemui Yang di-Pertuan Agong bagi mendapatkan perkenan pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada proses pilihan raya, beliau berkata ia hanya spekulasi pihak tertentu. "Itu semua spekulasi, Perdana Menteri ada urusan, nak pergi majlis kenduri kahwin di Johor dan kemudian menghadiri majlis konvokesyen anaknya, namun kita bersedia bila-bila masa untuk mengadakan pilihan raya," katanya. Mengenai sambutan penyokong UMNO dan rakyat pada Perhimpunan Ulang Tahun Ke-66 UMNO malam kelmarin, Tengku Adnan yakin PRU-13 menjanjikan kemenangan besar pada parti berikutan sokongan yang ditunjukkan termasuk generasi muda. "Dengan sambutan begitu ramai, menunjukkan mereka masih percaya dan yakin kepada perjuangan UMNO. Saya yakin rakyat dapat melihat sendiri kemajuan yang dicapai menerusi parti ini dan kita sebagai ahli patut rasa bangga," katanya. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komen |
Datuk, bayi 10 bulan maut ditimbus tanah Posted: 12 May 2012 03:56 PM PDT MukaDepan BATU PAHAT: Seorang bayi 10 bulan dan datuknya maut selepas kereta mereka dihempap dan ditimbus tanah yang dibawa sebuah lori dalam kemalangan yang turut membabitkan dua lagi kereta di persimpangan lampu isyarat Kilometer 1 Jalan Labis-Yong Peng, dekat sini, petang kelmarin.Dalam kejadian jam 4.30 petang itu, kereta yang membawa bayi, Guan Wei Sheng dan lima ahli keluarga termasuk datuknya dan dua lagi kereta itu dalam perjalanan ke Segamat. Ketua Polis Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad, berkata lori tanah dari arah Segamat itu seda ngmembelok ke kiri menghala Paloh setibanya di persimpangan lampu isyarat apabila pemandunya hilang kawalan dan terbabas menyebabkan tanah yang dibawa menghempap tiga kereta dari arah bertentangan. "Semua sembilan pemandu dan penumpang tiga kereta dikejarkan ke Hospital Batu Pahat," katanya.Bagaimanapun, bayi yang dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru meninggal jam 11 pagi semalam manakala datuknya meninggal jam 1 pagi semalam. Ahli keluarga bayi termasuk bapa, ibu, nenek serta abangnya berusia lima tahun masih dirawat di Hospital Batu Pahat bersama empat lagi mangsa. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenmak bedah salam takziah.... |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: MukaDepan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan