Harian Metro: Setempat |
Posted: 14 May 2012 12:42 PM PDT KUALA LUMPUR: Rungutan 1,500 penduduk Blok 28, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Loke Yew, Jalan Loke Yew, di sini, berhubung masalah kerosakan lif yang berlanjutan sejak beberapa bulan lalu selesai apabila Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berjanji mengatasi masalah berkenaan. Pegawai Media DBKL, Zurida Hashim berkata, pihaknya memandang serius aduan dibuat penghuni dan DBKL memastikan semua penghuni PPR di Lembah Klang dapat menikmati kemudahan asas dengan lebih baik.
"Masalah ini (kerosakan lif) dua pintunya rosak akibat vandalisme dan kami sudah baikinya pagi tadi (semalam) dan kini boleh digunakan. "Dua pintu lif ini kami akan ganti dalam minggu ini dan meminta penghuni menjaganya," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
"Hari ini (semalam) semua lif ini berfungsi baik. Tetapi, tunggu beberapa hari kemudian, pasti masalah sama berulang. "Bila aduan diajukan kepada pejabat zon, mereka lambat bertindak," katanya.
"Lif di sini selalu rosak. Dalam sebulan mesti rosak dua atau tiga kali. Tiap kali ia berlaku, ia menyusahkan kami. Kami seramai 1,500 orang berebut-rebut menggunakan lif pada awal pagi dan lewat petang," katanya.
![]() |
100 projek sakit pulih dengan dana RM40j Posted: 14 May 2012 11:43 AM PDT KUALA LUMPUR: Lebih separuh daripada keseluruhan projek perumahan yang disahkan terbengkalai sejak 2009 sudah dipulihkan dengan suntikan dana kerajaan berjumlah RM40 juta. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung berkata, skim perumahan itu kebanyakannya kos rendah dipulihkan dengan kerjasama pemilik tanah selain pembeli dan pihak likuidasi. "Rekod kami menunjukkan 177 skim perumahan terbengkalai, tetapi sehingga kini kami berjaya menyelesaikan 100 daripadanya, manakala baki 77 masih dalam pelbagai peringkat penyelesaian.
"Mereka tidak lagi boleh menabur pelbagai janji ketika mahu tandatangani perjanjian (mohon pembangunan), tapi bila bermasalah, mereke lepas tangan. Tak boleh lagi," katanya pada sidang media selepas melawat tapak projek Pangsapuri Li Garden, Kepong, di sini, semalam.
![]() |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan