Berita Harian: Mutakhir |
Permohonan Ambiga soal balas menteri, KPN ditolak Posted: 15 May 2012 03:25 AM PDT Mutakhir KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan anggota Jawatankuasa BERSIH 2.0 dan Pengerusinya, Datuk S Ambiga, untuk menyoal balas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berhubung pengharaman BERSIH 2.0.Hakim Datuk Rohana Yusuf yang membuat keputusan dalam kamar, turut menolak permohonan Ambiga untuk menyoal balas Ketua Polis Negara dan mendapatkan 1,706 laporan polis yang dibuat terhadapnya serta anggota kumpulan itu. Peguam Kanan Persekutuan, Azizan Md Arshad, mewakili Hishammuddin, Ketua Polis Negara dan kerajaan yang dinamakan sebagai responden manakala peguam K Shanmuga mewakili pemohon. Azizan kemudian memberitahu pemberita bahawa hakim membuat keputusan itu selepas mendapati permohonan Ambiga dikemukakam di luar tempoh yang ditetapkan."Sepatutnya Ambiga membuat permohonan dalam tempoh 14 hari selepas mahkamah memberi kebenaran pendengaran permohonan semakan kehakiman, tetapi pihak Ambiga membuat permohonan melebihi tempoh yang mengambil masa lebih daripada empat bulan," katanya. Beliau berkata, mahkamah turut merujuk affidavit lanjutan Hishammuddin yang mengekalkan kenyataan bahawa BERSIH 2.0 adalah haram serta tidak mematuhi undang-undang di bawah Akta Perhimpunan Aman. Katanya, Hakim Rohana menetapkan 26 Jun untuk pendengaran semakan kehakiman Ambiga bagi mencabar keputusan Hishammuddin bahawa kumpulan itu adalah sebuah pergerakan haram. - BERNAMA |
Pilihan rakyat paling penting dalam demokrasi: PM Posted: 15 May 2012 03:21 AM PDT Mutakhir LONDON: Warga Malaysia yang tinggal di bandar raya ini berkesempatan bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, petang semalam dan ramai daripada mereka berebut-rebut menyapa dan bersalaman selepas beliau berucap, sebahagian besarnya mengenai hak dan tanggungjawab mereka dalam sebuah negara demokrasi dan pilihan rakyat melalui pilihan raya.Najib berkata, dalam apa saja demokrasi akan ada mereka yang mengundi menyokong dan menentang, tetapi akhirnya apa yang paling utama ialah pilihan rakyat. "Rakyat Malaysia akan mempunyai pilihan itu. Kita sudah membuktikannya. Anda tidak perlu mengadakan demonstrasi jalanan di Malaysia kerana jika diadakan juga, tidak dapat tidak akan timbul masalah, akan berlaku pertelagahan," katanya jelas merujuk kepada demonstrasi BERSIH 3.0 di Kuala Lumpur bulan lalu. Perdana Menteri berucap kepada kira-kira 1,500 warga Malaysia di sini yang sanggup melalui kesesakan lalu lintas di London untuk hadir pada majlis "Sepetang Bersama Perdana Menteri" yang diadakan di dewan konsert 02 Arena di Greenwich, timur London.Najib berkata, seseorang itu mempunyai hak untuk menyokong kerajaan atau pembangkang tetapi "anda harus melakukannya mengikut lunas undang-undang yang ada". "Jika anda tidak hiraukan peraturan undang-undang, akan berlaku anarki dalam negara. Tidak harus berlaku anarki di negara kita. Kita boleh terima pertentangan pendapat dam pandangan tapi saya tidak akan hormati jika anda melanggar undang-undang negara. Itulah satu-satunya perlindungan yang kita ada untuk masa depan rakyat Malaysia," katanya. Perdana Menteri menarik perhatian bahawa sudah terbukti sejumlah 100,000 orang boleh berkumpul di sebuah stadium dan melakukannya dengan begitu aman sekali.
"Itulah caranya yang betul. Jika BERSIH mahu mengadakan perjumpaan, kita boleh berikan mereka stadium yang sama dan kita akan pastikan keamanan dan keselamatannya. Tiada siapa yang akan dicederakan dan itulah cara yang sebenarnya bagi kita sebagai sebuah negara yang matang. Kita percayakan demokrasi, tetapi demokrasi dengan tangungjawab," katanya. Ucapan Najib yang disampaikan dalam suasana santai, diterima dengan penuh bersemangat oleh warga Malaysia di sini yang berkumpul di dewan konsert itu, dengan sebilangan mereka membawa bersama anak-anak. Ada dua tiga orang yang berbuat bising dalam kalangan audien itu, membuatkan Perdana Menteri berkata: "Ini bukan adab orang Malaysia dan tidak sopan untuk mengganggu". Bagaimanapun, hadirin yang lain amat tekun mendengar ucapan beliau. - BERNAMA |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan