Harian Metro: Setempat |
Posted: 13 May 2012 12:23 PM PDT KUALA LUMPUR: Walaupun pelbagai langkah dilaksanakan bagi mengatasi sepenuhnya kegiatan ulat tiket selepas projek menaik taraf Hentian Puduraya yang kini dikenali sebagai Pudu Sentral, di sini, namun ia belum menjadi kenyataan. Tinjauan Harian Metro mendapati, kegiatan ulat tiket di situ bergerak aktif, tetapi dengan modus operandi lebih berhati-hati dan mendapati lebih enam ulat tiket lengkap dengan walkie-talkie cuba berurusan dengan orang ramai.
Razali berkata, beliau tertarik membeli tiket selepas mengetahui tidak perlu ke TBS yang dikhususkan bagi pelepasan bas ke selatan, sebaliknya boleh menaiki bas ditawarkan ulat di Jalan Pudu.
Pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi awasta (IPTS) itu berkata, kebiasaannya dia terus menuju ke kaunter jualan tiket di situ, namun entah bagaimana dia melayan desakan ulat terbabit.
Sementara itu, Ketua Penguat kuasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Datuk Che Hasni Che Ahmad berkata, usaha dilaksana pihaknya tidak mampu membasmi aktiviti haram ulat tiket jika tiada kerjasama semua pihak terutama syarikat bas dan penumpang.
![]() |
Ganjaran RM10,000 tahan pembunuh ejen hartanah Posted: 13 May 2012 12:19 PM PDT KUALA LUMPUR: Wang tunai RM10,000 ditawarkan kepada mana-mana individu yang boleh menyalurkan maklumat tepat hingga tertangkapnya pembunuh seorang ejen hartanah wanita, Cheng Choi Mooi. Ketua Pasukan Petugas MCA Kepong, Tan Kok Eng berkata, tawaran itu bagi menyatakan rasa simpati dan marah dengan kematian tragis yang menimpa wanita berusia 39 tahun itu dan berharap polis menjalankan siasatan terperinci hingga menemui pembunuh mangsa.
Sementara itu, Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah memberitahu setakat ini tiada sebarang perkembangan mengenai kes itu dan belum ada individu tampil menyalurkan maklumat.
![]() |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan