Harian Metro: BeritaUtama |
Gadai harta RM3j bayar ceti haram Posted: 13 May 2012 12:40 PM PDT KUALA LUMPUR: Seorang usahawan hartanah kini pasrah apabila hilang projek bernilai RM11 juta sehingga terpaksa pula menggadaikan harta bernilai lebih RM3 juta gara-gara membuat pinjaman dengan along dan kini masih dikejar 58 along setiap hari bagi menuntut baki pinjaman berserta faedah sebanyak RM3 juta. Itu pengajaran paling besar yang diterima usahawan berkenaan selepas memperjudikan nasib keluarga dengan meminjam sejumlah besar wang daripada ceti haram. Lebih malang, lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Ghani, 47, itu turut berdepan kerenah melampau kumpulan terbabit yang meminta bayaran harian RM80,000 dengan nilai faedah mencecah 40 peratus sehari. "Saya mula terjebak dengan along tiga tahun lalu apabila syarikat gagal memperoleh pinjaman bank untuk melaksanakan beberapa projek.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. ![]() |
Posted: 13 May 2012 12:34 PM PDT SUBANG JAYA: Tiga wanita yang banyak menyumbang kepada program kemasyarakatan dan kerja amal dipilih sebagai pemenang utama Ibu-Hati Harian Metro 2012, bersempena meraikan Hari Ibu yang diadakan di Hotel Holiday Villa, Subang di sini semalam. Mereka terdiri dari Pensyarah, Pengasas dan Presiden EcoKnights dan Penasihat Alam Sekitar Yasmin Rasyid, 37; Pengasas, Warden dan Pembantu Tadbir Rumah Anak Yatim dan Miskin Teratak Rahmat, Perlis, Nurulhuda Idris, 32; dan Perunding Kecantikan Azlinda Alias, 37.
Hadiah disampaikan Pengarang Kumpulan Harian Metro, Datuk Mustapa Omar. Turut hadir, Pengarah Pemasaran Colgate-Palmolive Marketing Sdn Bhd, Chris Pikuonis dan Pengurus Pemasaran Colgate-Palmolive Marketing Sdn Bhd, Liew Pooi Wan.
Malah, kemampuannya mewujudkan Festival Filem Eko harus dipuji kerana dapat melahirkan ramai bakat baru dalam industri perfileman serta menggalakkan anak muda menjadi aktivis alam sekitar.
Mengamalkan konsep tinggal di rumah bersama anak yatim dan miskin, dia berharap semoga dengan menjaga mereka, Allah akan menjaga dan melindungi empat anaknya.
![]() |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan