Berita Harian: Nasional |
| Najib jamin kebajikan pekerja terbela Posted: 12 May 2012 03:54 PM PDT Nasional SERDANG: Datuk Seri Najib Razak memberi jaminan akan terus menjaga kebajikan pekerja semua sektor di negara ini.Keprihatinan kerajaan terhadap kebajikan rakyat, kata Perdana Menteri, bukan saja dapat menambah keuntungan syarikat, malah membantu memajukan negara ini. Sehubungan itu, beliau berkata, hubung kait antara pekerja, majikan dan kerajaan penting, malah menerusi kerjasama erat itu ia dapat meningkatkan produktiviti dan memastikan usaha mentransformasi negara ini berjalan lancar. "Saya yakin kerjasama ketiga-tiga pihak antara pekerja, majikan dan kerajaan, kita akan terus kukuh membentuk persefahaman dan kesepakatan jitu ke arah mewujudkan suasana serta perhubungan harmoni dan kondusif."Pekerja juga mampu berperanan sebagai nadi utama dalam menyuburkan konsep situasi menang-menang antara ketiga-tiga pihak terbabit tanpa menjejaskan kepentingan mana-mana pihak," katanya pada perhimpunan Hari Pekerja 2012 di Dewan Serbaguna, Taman Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS) di sini, semalam. Sambutan peringkat kebangsaan dengan tema, 'Pekerja Berinovatif Penggerak Transformasi' itu dihadiri kira-kira 12,000 pekerja pelbagai sektor. Turut diadakan Karnival Pekerjaan dan Latihan Kemahiran yang menawarkan 3,826 jawatan kosong membabitkan 35 syarikat. Hadir sama, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S Subramaniam; Timbalan Menteri, Senator Datuk Maznah Mazlan; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan; Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah; Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman; Presiden Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia, Datuk Azman Shah Haron dan Presiden MTUC, Mohd Khalid Atan.
"Pencapaian ini membawa kepada peningkatan pendapatan kepada pekerja apabila penjawat awam memperoleh kenaikan antara tujuh hingga 13 peratus, diikuti mutu hidup lebih baik, kemudahan kesihatan serta prasarana dan projek perumahan yang bertambah. "Jika sektor awam dapat ganjaran, oleh itu pekerja sektor swasta perlu juga mengecapi kesejahteraan dengan kos hidup yang meningkat dan kita mulakan dengan pelbagai inisiatif seperti menggalakkan sektor swasta meningkatkan nilai tambah supaya lebih berdaya saing," katanya. Beliau berkata, mengikut definisi sejagat, Malaysia yang mempunyai hanya tiga peratus kadar pengangguran sudah mencapai tahap guna tenaga sepenuhnya. Penggunaan teknologi tinggi, kata Perdana Menteri dapat memastikan peluang baru di luar negara di kenal pasti, sekali gus menjadi kekuatan untuk bersaing kerana mampu mencapai tahap produktiviti tinggi dan meningkatkan pendapatan pekerja. Najib menamakan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang mencatat prestasi luar biasa dengan mengumpul hasil negara lebih RM23 bilion pada 2011 sebagai contoh terbaik untuk diteladani dari segi peningkatan produktiviti.
|
| ‘Polis, tentera juga manusia biasa’ Posted: 12 May 2012 03:54 PM PDT Nasional KUANTAN: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, semalam, mempertahankan anggota keselamatan, termasuk polis dan tentera dan meminta rakyat tidak terus menyalahkan golongan ini yang juga manusia biasa.Beliau berkata, rakyat perlu sentiasa menghormati dan menyanjung tinggi kedaulatan undang-undang dalam apa jua keadaan dan elakkan diri daripada melakukan kerosakan serta mencederakan anggota keselamatan itu. "Jika kita cederakan mereka, apa perasaan anak, isteri serta anggota keluarga mereka? Seolah-olah orang yang menyerang pihak keselamatan ini seperti lupa yang mereka ini juga rakyat Malaysia," katanya. Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Tengah hari dan Penyampaian Sumbangan oleh Yayasan Rahah sempena Kejohanan Golf Amal Parlimen Pekan di Markas 4 Briged Mekanize, Kem Batu 10 di sini, semalam.Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Panglima Kem 4 Briged Mekanize, Brig Jen Datuk Abdul Rahim Abdul Mutalib. Pada majlis sama, beliau meluluskan peruntukan RM3 juta bagi pembinaan sebuah pusat komuniti di kem berkenaan bagi dimanfaatkan kira-kira 5,000 anggota keluarga di Briged Mekanize dan Kem Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Kuantan. Selain itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Pekan turut menyampaikan sumbangan Yayasan Rahah kepada 300 pelajar cemerlang Sekolah Menengah Seri Mahkota dan Sekolah Kebangsaan Seri Wira, di sini.
Menerusi program transformasi yang dilaksanakan kerajaan, kerajaan dapat menyediakan banyak peluang pekerjaan baru untuk golongan itu. Generasi muda ada daya kreativiti dan mereka harus gunakan kemampuan secara kreatif untuk mencari peluang dan jadikan ia sebagai kerjaya, dengan cara ini belia akan terus maju ke depan. "Berbeza belia di Eropah contohnya di Sepanyol yang mana berlaku kira-kira 50 peratus pengangguran membabitkan golongan muda manakala di negara timur tengah yang terbabit dengan 'Arab Springs', nasib generasi muda langsung tidak dipedulikan kerajaan. "Tetapi di Malaysia kerajaan sangat mengambil berat nasib belia, sebab itu belia kita sangat memahami perkara ini cuma ada segelintir saja yang bertindak liar," katanya.
|
| You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan