Abang kahwin adik sendiri Posted: 12 May 2012 03:34 PM PDT ULU BARAM: Mungkin pelik bagi kita, tetapi satu kumpulan suku kaum Penan di sebuah perkampungan di sini masih mengamalkan perkahwinan sesama ahli keluarga, termasuk anak dengan ibu, bapa atau sesama saudara kandung. Siasatan dan tinjauan Metro Ahad mendapati, kira-kira 15 keluarga yang mendiami kawasan itu secara berpindah-randah walaupun disediakan rumah panjang, mempunyai pertalian darah, malah 10 pasangan berkahwin dengan darah daging sendiri.
Ia dipercayai menjadi antara faktor kebanyakan remaja dan kanak-kanak di situ tidak memiliki kad pengenalan kerana mereka biasanya tidak mendaftarkan kelahiran hasil perkahwinan cacamarba itu, selain tidak sempat ke klinik. Bagi masyarakat tempatan, terutama pada zaman dulu, ia perkara biasa kerana mereka yang hidup nomad dalam jumlah kecil tidak banyak pilihan untuk mencari pasangan hidup, namun ia janggal bagi masyarakat luar. Walaupun perkahwinan sesama mahram, termasuk antara dua beranak, semakin terhakis selepas mereka mula mendiami rumah panjang, komuniti yang mendiami kediaman itu sebenarnya masih adik-beradik. Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
|
Asap penuhi bas Posted: 12 May 2012 03:34 PM PDT LENGGONG: "Saya menjerit berulang kali supaya pintu dibuka segera kerana tidak dapat bernafas akibat asap yang mula memasuki ruang dalam bas," kata Jamaliah Kassim, 54, penumpang bas yang menceritakan detik cemas ketika terbabit dalam kemalangan sebuah bas yang bertembung dengan lori di Kilometer 45.2, Jalan Kuala Kangsar - Gerik di sini. Dalam kejadian jam 6 pagi itu, bas dinaiki 38 penumpang Wanita Umno Bahagian Gerik bertembung dengan sebuah lori ketika dalam perjalanan pulang daripada perhimpunan di Stadium Nasional Bukit Jalil sempena Ulang Tahun Umno ke-66, malam kelmarin.
Menurut Jamaliah, dia yang berada di tempat duduk penumpang bas terkandas hampir sejam akibat kemalangan itu. Namun, dia bersyukur kerana terselamat. "Saya dan penumpang lain tidak boleh keluar kerana pintu bas tertutup tetapi dalam keadaan kelam kabut itu, beberapa wanita nekad terjun melalui bahagian cermin depan bas yang pecah. "Tidak lama kemudian, beberapa penduduk kampung datang dan cuba memecahkan cermin tingkap bas dengan batu, tetapi gagal," katanya. Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan