Kosmo Online - Negara |
| Posted: Sukat dosa guna lilinOleh HISHAM IDRIS dan NOOR SYAHIDATOOL AQMA MOHD. NOOR
SHAH ALAM – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kini memantau penyebaran satu ajaran sesat yang dipercayai mengenakan bayaran kepada para pengikut untuk mengukur tahap keimanan masing-masing serta menghapuskan dosa dengan sekadar membakar lilin. Ajaran sesat ini yang dipanggil Ajaran Ibu Puteri dipercayai didalangi oleh seorang individu bergelar Datuk sejak tahun 2007. Lelaki itu bagaimanapun telah meninggal dunia tahun lalu, namun ajarannya terus berkembang. Pihak berkuasa setakat ini mengesan kewujudan ajaran tersebut di beberapa kawasan sekitar Lembah Klang seperti Shah Alam, Puchong dan Petaling Jaya. Apa yang mengejutkan, ajaran sesat ini turut disertai imam, jemaah haji dan umrah. Seorang bekas pengikut ajaran itu yang dikenali sebagai Pak Ungku, 50, menceritakan, mereka kebiasaannya membakar lilin di dalam pinggan berisi air. Katanya, jika kesan cairan lilin itu banyak, maka individu tersebut didakwa mempunyai banyak dosa. Seterusnya, nama individu itu akan dimasukkan dalam satu senarai untuk upacara berasingan bagi menghapuskan dosa dan sesi pengampunan yang dilakukan oleh pengikut kanan ajaran berkenaan. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
| Posted: 3 maut dalam nahas awal pagi![]() SEBAHAGIAN daripada mangsa menunggu rawatan selepas terlibat dalam kemalangan di Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Seremban semalam. SEREMBAN - Sepasang suami isteri antara tiga korban nahas jalan raya membabitkan tiga buah bas ekspres serta dua buah lori dalam kejadian berasingan di Kilometer 258.8, Lebuh Raya Utara- Selatan dekat sini serta Jalan Kuala Kangsar-Gerik awal pagi semalam. Kedua-dua nahas itu juga mengakibatkan 94 orang yang menaiki ketiga-tiga bas tersebut cedera, termasuk dua mangsa mengalami cedera parah. Kejadian pertama berlaku kira- kira pukul 2.58 pagi semalam apabila sebuah bas yang membawa 44 penumpang menuju ke Batu Pahat, terlanggar belakang sebuah treler di lebuh raya berkenaan. Ia disusuli dengan bas itu dilanggar pula dari belakang oleh sebuah lagi bas yang mengekorinya dengan membawa 40 penumpang menuju ke Melaka. Nahas tersebut menyebabkan seorang warga emas, Roha Dol, 79, dari Batu Pahat yang duduk di kerusi barisan empat belakang pemandu cedera parah di kepala sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di sini. Seorang mangsa, Samika Salim, 55, berkata, mereka dalam perjalanan pulang ke Batu Pahat selepas menghadiri perhimpunan raksasa sambutan ulang tahun UMNO ke-66 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur malam kelmarin. "Saya dan ramai penumpang lain sedang tidur sebelum terdengar bunyi dentuman kuat. "Ada yang menjerit, melaungkan Allahuakbar! manakala beberapa orang penumpang panik cuba keluar daripada bas," ceritanya ketika ditemui di Hospital Tuanku Ja'afar di sini semalam. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
| Tidak perlu campur tangan tentera Posted: Tidak perlu campur tangan tenteraBAGAN DATOH - Masalah tuntutan bertindih di Laut China Selatan yang dihadapi oleh negara penuntut tidak memerlukan campur tangan pasukan tentera dari mana-mana negara sekalipun, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (gambar). Beliau berkata, ia boleh diselesaikan melalui kementerian luar masing-masing dan negara berkenaan boleh membawa perkara itu sebagai antara agenda pada Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN di Phnom Penh pada 27 Mei ini. "Saya harap negara-negara yang ada tuntutan bertindih seperti Malaysia, Brunei, Filipina, Vietnam dan Thailand agar membawa perkara ini sebagai salah satu agenda dalam mesyuarat itu. "Perkara ini boleh diselesaikan dan kita tidak mahu ada nota bantahan diplomatik kerana ia akan mengakibatkan hubungan tidak baik," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sang Moo Do (Rakan Muda) melibatkan 11 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Parlimen Bagan Datoh di sini semalam. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
| You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


Tiada ulasan:
Catat Ulasan