Kosmo Online - Negara |
Posted: Budak diculik 12 jam ditemuiOleh RIZAM ZAKARIYA
BUKIT MERTAJAM - Seorang ibu mengalami detik mencemaskan apabila anak perempuannya yang berusia sembilan tahun diculik seorang kenalan wanitanya selama hampir 12 jam. Dalam kejadian tengah hari kelmarin, V. Kareda, 32, menyedari anaknya, T. Purani tidak pulang ke rumah selepas tamat waktu persekolahan. Kareda yang ditemui semalam berkata, anaknya yang merupakan murid Sekolah Kebangsaan Khir Johari di sini, sepatutnya pulang ke rumah menaiki sebuah van sekolah tetapi sehingga pukul 3 petang hari kejadian, Purani masih belum tiba. "Selepas ibu saya beritahu yang Purani belum lagi pulang, saya pergi bertanya pemandu van berkenaan dan diberitahu anak saya telah dijemput seorang wanita yang menaiki kereta jenis Proton Saga berwarna hitam di hadapan sekolah. "Saya percaya anak saya telah dilarikan oleh seorang rakan yang saya kenali," katanya dengan memberitahu Purani merupakan anak keempat daripada lima beradik. Jelasnya, dia percaya rakannya itu melarikan anaknya disebabkan dendam kerana dia pernah memarahi wanita itu sebelum ini. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | ||
Nombor 'WWW' terima 18,243 bidaan Posted: Nombor 'WWW' terima 18,243 bidaan![]() SELEPAS tempoh bidaan ditutup tengah hari kelmarin, kakitangan JPJ kini sibuk memproses kesemua permohonan sebelum keputusannya diumumkan pada 24 Mei ini. PUTRAJAYA - Populariti nombor pendaftaran kenderaan siri 'WWW' terserlah apabila ia mencatat rekod baharu apabila menerima 18,243 bidaan sehingga tarikh tutup pada 12 tengah hari kelmarin. Jumlah itu meningkat hampir empat kali ganda berbanding rekod 4,750 bidaan tertinggi sebelum ini untuk nombor pendaftaran kenderaan siri 'WVW'. Kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) difahamkan masih bertungkus-lumus memproses serta menganalisis kesemua bidaan yang diterima berdasarkan empat kategori iaitu nombor bernilai utama, nombor menarik, nombor popular dan nombor semasa. Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha mengakui jumlah bidaan itu di luar jangkaan serta mengejutkan mereka. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | ||
Elak guna minyak masak berulang kali Posted: Elak guna minyak masak berulang kaliOleh FAHAMI AHMAD
SERDANG – Tindakan segelintir peniaga mahu berjimat dengan menggunakan minyak masak yang sama berulang kali diibaratkan pembunuh senyap kepada pembeli. Pengarah Pusat Pengembangan Keusahawanan dan Pemajuan Profesional, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Nordin Abdul Rahman berkata, penggunaan minyak terpakai menyebabkan peningkatan kadar lemak tepu yang berbahaya kepada kesihatan. Menurutnya, kecenderungan peniaga menggunakan semula minyak terpakai itu dikesan apabila beberapa orang penyelidik UPM yang sedang melakukan kajian biodiesel mendapati bahan itu begitu sukar ditemui. "Penyelidik kami tidak dapat bekalan minyak masak tersebut kerana mendapati peniaga tidak akan membuangnya selepas digunakan, malah ia dicampur dengan minyak masak baharu. "Minyak yang diguna semula menyebabkan peningkatan kolesterol serta serangan penyakit jantung," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Kesedaran dan Pembangunan Halal Negeri Selangor 2012 di sini semalam. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan