Jumaat, 1 April 2011

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


Korek kubur cari bijih

Posted: 31 Mar 2011 01:58 PM PDT

IPOH: Sebuah syarikat dikesan menceroboh dan melombong secara haram di kawasan tanah perkuburan Islam semata-mata untuk mendapatkan bijih besi.

Lebih biadab, syarikat berkenaan juga tidak gentar dan mempedulikan bantahan Jawatankuasa Tanah Perkuburan Rapat Setia (JTPRS) di sini dan sudah melakukan kegiatan berkenaan sejak Ogos tahun lalu.


Perkara itu didedahkan Pengerusi JTPRS, Mohd Mokhtar Saidin yang kesal dengan tindakan tidak bertanggungjawab syarikat berkenaan.

"Biarpun kegiatan dilakukan jauh dari kubur, ia tetap satu perbuatan tidak bermoral dan bertanggungjawab kerana kawasan yang diceroboh itu masih dalam kawasan tanah perkuburan yang seluas 6.9 hektar.


"JTPRS pernah membantah tindakan syarikat terbabit tapi mereka hanya berhenti sementara sebelum menyambung aktivitinya kembali," katanya, semalam.


Selepas lama bersabar, beliau berkata, JTPRS dan lebih 200 penduduk berhampiran sepakat mengusir syarikat berkenaan dari tanah perkuburan itu, semalam.

Operasi pengusiran itu turut dihadiri wakil Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) dan beberapa anggota polis bagi mengelak berlaku sebarang kejadian tidak diingini.


Bagaimanapun, apabila diminta mengulas lebih lanjut, wakil syarikat terbabit mendakwa berani bertindak kerana mendapat 'lampu hijau' daripada Jaip.

Mohd Mokhtar berkata, masalah timbul apabila syarikat berkenaan tidak menepati perjanjian asal dibuat iaitu menjalankan kegiatan pertanian dan penternakan ikan.


"Jaip dan JTPRS sebelum ini pernah mengadakan perjanjian dengan sebuah syarikat untuk mengusahakan aktiviti pertanian dan penternakan.


"Tapi terdapat kesilapan dalam surat perjanjian itu dan perlu diperbetulkan semula menyebabkan ia terpaksa ditangguhkan. Namun, tanpa pengetahuan kami, syarikat itu melalui anak syarikatnya menjalankan kerja di tanah perkuburan sedangkan perjanjian belum ditandatangani," katanya.


Katanya, syarikat berkenaan turut memperdaya Setiausaha JTPRS dengan memintanya mengeluarkan surat sokongan bagi mendapatkan permit mengusahakan tanah berkenaan bagi tujuan pertanian.


Menurutnya, ia alasan semata-mata kerana syarikat berkenaan tidak pernah melakukan kegiatan pertanian dan selepas permit berakhir pada Oktober lalu, sebaliknya mereka masih meneruskan kerja menggali bijih besi.


"Perjuangan JTPRS bersama penduduk untuk mengusir pihak syarikat terbabit sejak lima bulan lalu akhirnya berjaya dilakukan hari ini (semalam) tanpa sebarang kejadian tidak diingini.


"Kami berharap kejadian ini tidak berulang dan meminta pihak berkuasa supaya memandang serius apabila menerima aduan mengenai perkara seumpamanya pada masa depan kelak," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

2 kali nikah dalam 24 jam

Posted: 31 Mar 2011 01:58 PM PDT

KOTA BHARU: Sepuluh tahun lalu, hatinya disakiti apabila anak perempuannya yang diberi didikan agama sebaik mungkin, malah dihantar ke sekolah tahfiz, kahwin lari. Kini luka di hatinya bertambah parah apabila mendapati anaknya itu menipu dengan mencipta 'perkahwinan ajaib'.

Ayah yang mahu dikenali sebagai Manaf, 66, itu mendakwa dia mengesan keanehan pada tarikh perkahwinan anak perempuannya seolah-olah wanita berusia 30 tahun itu bernikah dua kali dalam tempoh selang sehari.


Menurut pesara kerajaan itu, selepas membuat pemeriksaan dia mendapati ada dua tarikh pernikahan pada kad daftar perkahwinan dikeluarkan dua jabatan agama berbeza iaitu Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan Majlis Agama Islam Wilayah Pattani, Thailand.

"Walaupun hati saya disakiti apabila anak yang bergelar 'hafizah' itu kahwin lari 10 tahun lalu, saya tetap menyayanginya. Sebab itulah saya sentiasa memantau perkembangannya sehinggalah dapat membuktikan ada sesuatu tidak kena dengan perkahwinannya.


"Saya terkejut apabila mendapati tarikh nikah dicatatkan pada kad pengesahan perkahwinan Jawi dan surat keterangan nikah Majlis Agama Islam Wilayah Pattani berbeza. Pada kad berkenaan tercatat tarikh 21 Ogos 2000, tetapi pada surat itu pula 22 Ogos 2000," katanya.


Manaf berkata, dia memperoleh satu lagi kejutan apabila Jawi mengesahkan kad perakuan nikah itu palsu kerana nama anaknya dan pasangannya berusia 40 tahun itu tidak tercatat dalam rekod pendaftaran nikah Jawi. "Menerusi bantuan Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik), Jawi menghantar satu surat mengesahkan nombor daftar kad perakuan nikah anak saya dan pasangannya milik pasangan lain. "Pada masa sama, surat keterangan nikah Majlis Agama Islam Wilayah Pattani pula meragukan kerana tiada tandatangan jurunikah dan dua saksi," katanya.

Naluri Manaf kuat mengatakan anaknya terbabit dengan nikah sindiket selepas membaca laporan muka depan Harian Metro 28 Januari lalu bertajuk VIP Nikah Tanpa Rekod yang mendedahkan mengenai pembabitan sindiket nikah tidak bertauliah yang menyediakan pakej lengkap termasuk kad perakuan nikah kononnya dikeluarkan Jawi untuk berpoligami secara diam-diam. "Saya yakin, kes anak saya itu ada persamaan dengan pendedahan dibuat Harian Metro. Walaupun pasangan anak saya bukan orang kenamaan, tetapi berdasarkan kad perakuan nikah palsu yang dibuktikan, tidak mustahil ia ada kaitan dengan sindiket berkenaan.


"Pada masa sama, pasangan anak saya yang pernah menguruskan pusat tahfiz mengahwini anak saya ketika masih mempunyai isteri, sekali gus mengukuhkan lagi keyakinan saya," katanya Menurut Manaf, dia bukan mahu memburukkan anaknya sebaliknya kerana kasih sayang mendalam, dia rela mendedahkan kisah peribadinya.

"Selepas keluar kisah nikah sindiket di Harian Metro, saya berasakan perlu untuk berkongsi pengalaman dengan masyarakat. Hati saya juga tidak tenteram selepas terbongkar segala rahsia perkahwinan anak saya itu. "Jika kad perakuan nikah palsu dan surat keterangan nikah pula meragukan, bagaimana status perkahwinan mereka? Mereka mempunyai tiga anak, bagaimana pula nasib anak mereka?" katanya.


Manaf membuat laporan polis 26 Februari lalu di Balai Polis Pengkalan Chepa berhubung hal itu dan berharap pihak berkaitan terutama Jawi dan Maik bertindak.


"Sudah terbukti berlaku penipuan. Lakukanlah sesuatu supaya kemungkaran itu diperbetulkan. Pada masa sama, saya berharap anak saya insaf dan segera melakukan sesuatu untuk memperbetulkan status perkahwinannya," katanya. Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jawi, Tuan Asmawi Tuan Umar berkata, berdasarkan surat dikeluarkan Jawi yang mengesahkan kad perakuan nikah berkenaan adalah palsu membuktikan berlakunya penipuan.


Katanya, sikap pasangan berkenaan memilih jalan mudah tanpa mengikut prosedur undang-undang mengundang masalah pada masa depan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online

Kosmo Online


Reman pegawai kanan kastam dilanjut

Posted:

Reman pegawai kanan kastam dilanjut

Reman pegawai kanan kastam dilanjut

01/04/2011 8:19pm

KUANTAN – Tempoh reman pegawai kanan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) bergelar Datuk dilanjutkan selama empat hari sehingga Isnin depan.

Tempoh reman itu dilanjutkan bagi membolehkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat berhubung kes pengisytiharan nilai sebenar cukai kastam, pengelakan cukai pendapatan dan aktiviti pengubahan wang haram.

Perintah tahanan reman dikeluarkan Majistret Nordiana Abdul Aziz selepas tempoh reman pegawai KDRM terbabit berakhir hari ini.

Isteri pegawai tersebut bagaimanapun dilepaskan tanpa syarat selepas pihak SPRM selesai menjalankan siasatan terhadapnya.

Pasangan suami isteri itu ditahan dalam serbuan besar-besaran oleh satu Pasukan Tindakan Khas yang diketuai SPRM pada 28 Mac lepas yang turut menyerbu 84 agen penghantaran, sebuah syarikat induk serta 24 anak syarikat berkaitan dan 25 premis KDRM di seluruh negara.

Pengarah Siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali sebelum ini berkata dalam serbuan itu, ratusan ribu ringgit turut dijumpai di rumah pasangan berkenaan.

Mustafar berkata, semua entiti yang diserbu dipercayai terbabit dalam pengisytiharan di bawah nilai sebenar cukai kastam, pengelakan cukai pendapatan dan aktiviti pengubahan wang haram.

Katanya semua aktiviti itu adalah kesalahan di bawah Akta Kastam 1967, Akta Cukai Pendapatan 1967, Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Pengganasan 2001 dan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kasanova perdaya wanita ditangkap

Posted:

Kasanova perdaya wanita ditangkap

Kasanova perdaya wanita ditangkap

01/04/2011 6:37pm

LAHAD DATU – Polis menangkap seorang lelaki yang menyamar sebagai pegawai perubatan di sebuah hospital pakar di Kota Kinabalu selepas disyaki memperdaya seorang wanita untuk menyerahkan wang lebih RM100,000 kepadanya.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu Supt Shamsudin Mat berkata lelaki berumur 28 tahun itu ditangkap di Jalan Lintas, Kota Kinabalu, pada 25 Mac lalu selepas salah seorang mangsanya membuat aduan polis.

Bercakap kepada pemberita di sini, hari ini beliau berkata, wanita itu mengenali lelaki itu pada 10 Januari lalu sebelum jatuh cinta selepas beberapa kali berhubungan melalui telefon.

Sejak perkenalan itu sehingga 15 Februari lalu, suspek dikatakan sering meminta wang daripada mangsa kononnya untuk membiayai pembedahan ibunya yang didakwa menghidap sakit kanser tulang belakang dan memerlukan pembedahan segera.

Shamsudin berkata mangsa juga mendakwa telah diperdaya lelaki itu untuk membuat pinjaman bank sebanyak RM105,000 dan semua wang berkenaan telah diserahkan kepada suspek yang berjanji akan membayar balik.

Bagaimanapun, pada pertengahan Feb lalu, mangsa mendapat tahu bahawa teman lelakinya itu ialah teman lelaki rakannya yang turut diperdaya suspek dengan menggunakan taktik yang sama.

"Saya meminta mana-mana anggota masyarakat yang pernah diperdaya suspek supaya tampil membuat aduan polis. Saya juga ingin menasihatkan golongan wanita supaya lebih waspada apabila dihampiri orang yang tidak dikenali," katanya. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Dua ditahan bersama dadah RM360,000

Posted:

Dua ditahan bersama dadah RM360,000

Dua ditahan bersama dadah RM360,000

01/04/2011 6:35pm

KUANTAN – Dua lelaki ditahan dalam dua kejadian di kawasan peranginan Genting Highlands di sini bersama beberapa jenis dadah yang dianggarkan bernilai RM360,000 baru-baru ini.

Timbalan Ketua Polis Pahang Datuk Fatimah Ghazali berkata seorang pemandu kereta sewa berusia 58 tahun ditahan di kawasan sebuah hotel pada 5 petang Rabu lepas.

"Hasil daripada penahanan lelaki itu polis menemui empat paket lutsinar dengan setiap paket berisi serbuk dan ketulan syabu seberat 235 gram yang harga runcitnya bernilai RM235,000," katanya kepada pemberita hari ini.

Dalam kes lain, seorang lelaki berusia 57 tahun ditahan ketika memandu kereta di kawasan peranginan itu pada 10.45 malam tadi.

"Selepas kita memperkenalkan diri sebagai polis, suspek enggan keluar dari kereta dan kita terpaksa bertindak agresif mengeluarkannya kerana dia tidak mahu bekerjasama," katanya.

Fatimah berkata polis merampas sebuah beg silang yang mengandungi sepaket syabu dan menemui 300 biji pil Eramin 5, 800 pil "Do", wang tunai RM5,841, tiga telefon bimbit serta mata wang Thailand 1,000 bath.

Beliau berkata harga runcit dadah yang dirampas dari suspek kedua bernilai RM125,000 dan kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 iaitu mengedar dadah yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Dalam Negeri

Utusan Online - Dalam Negeri


BN guna pendekatan berhemah

Posted:

BN guna pendekatan berhemah

BN guna pendekatan berhemah

MUAR 31 Mac - Barisan Nasional (BN) akan menggunakan pendekatan berhemah dan strategi kerja yang berkesan bagi meraih sokongan rakyat pada Pilihan Raya Umum Negeri Sarawak 16 April ini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perkara asas yang perlu dilakukan adalah untuk mempertahankan kuasa di negeri itu dan memperluaskan lagi agenda pembangunan bagi manfaat masyarakat secara menyeluruh.

Menurutnya, bagi menghadapi pilihan raya tersebut, beberapa calon muka baru turut akan ditonjolkan dan semestinya mereka memenuhi ciri-ciri 'boleh menang' seperti diterima pengundi, berkelulusan dan bersopan.

"Saya tidak mahu buat andaian awal yang mendahului keputusan pilihan raya, kita perlu bekerja keras kerana ini bukan perkara yang boleh dipandang remeh. Strategi mesti baik, kita mesti merendah diri dan kerja mesti berkesan," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Penyampaian Wang Ihsan Mangsa Banjir Parlimen Pagoh di Kompleks Sukan Pagoh di sini hari.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Interlok: keputusan kerajaan muktamad

Posted:

Interlok: keputusan kerajaan muktamad

Interlok: keputusan kerajaan muktamad

MUAR 31 Mac - Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan kerajaan telah membuat keputusan muktamad mengenai isu novel Interlok.

Oleh itu tegas Timbalan Perdana Menteri kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terus mendesak novel itu dipinda atau ditarik balik sebagai teks Komponen Sastera (Komsas) dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu bagi Tingkatan Lima.

Muhyiddin berkata, novel karya Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussein itu akan tetap digunakan bagi pelajar tingkatan lima seperti yang dipersetujui di peringkat Kabinet dan Parlimen.

Menurutnya, isu novel tersebut sengaja dibangkitkan sekali lagi oleh parti pembangkang melalui pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tertentu untuk dipolitikkan pada Pilihan Raya Negeri Sarawak.

"Saya fikir kita tidak akan berkompromi dalam soal ini kerana ia membabitkan soal keselamatan. Ia adalah bertujuan meraih sokongan politik dan mereka gunakan Interlok sebagai alat. Bagi saya, ini sikap yang tidak bertanggungjawab, berniat jahat dan bukannya membantu meredakan keadaan.

"Dia (parti pembangkang) kalau boleh memang tidak mahu isu ini selesai, kalau tidak selesai, lagi semarak benci kerajaan. Kalau tidak selesai akan bangkit lagi, saya tahu muslihat mereka, kita tidak akan tunduk," katanya selepas menyampaikan wang ihsan kepada mangsa banjir di Parlimen Pagoh di Kompleks Sukan Pagoh di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan sebuah portal berita mengenai beberapa NGO Cina yang mahu novel Interlok digugurkan sebagai bahan pembelajaran di sekolah kerana kononnya ia berbaur perkauman dan membawa perpecahan dalam masyarakat.

Muhyiddin berkata, isu penggunaan novel Interlok sudah selesai dan mana-mana pihak yang membangkitkan lagi perkara itu akan hanya mengeruhkan lagi keadaan.

"Proses pembelajaran akan berjalan seperti biasa dengan penambahbaikan yang telah dibincangkan dengan dapatan ahli panel telah kita terima dan akan dilaksanakan," katanya.

Dalam sidang Dewan Rakyat pada 24 Mac lalu, Muhyiddin mengumumkan isu novel Interlok selesai dengan pindaan diputuskan pada novel berkenaan pada mana-mana bahagian yang boleh dianggap menyentuh sensitiviti masyarakat India.

Kerajaan bersetuju dengan dapatan Panel Bebas Mengkaji Pindaan Novel Interlok (Panel Bebas) yang mendapati hanya 19 perkara daripada 106 bentuk cadangan pindaan boleh dianggap menyentuh sensitiviti kaum berkenaan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Akta baru pantau peniaga

Posted:

Akta baru pantau peniaga

Akta baru pantau peniaga

KUALA LUMPUR 31 Mac - Akta Kawalan dan Anti Pencatutan 2010 akan dikuatkuasakan bermula esok untuk melindungi kepentingan pengguna.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dengan pelaksanaan undang-undang itu, ia akan dapat menghalang peniaga daripada menaikkan harga sesuatu barangan tanpa sebab.

Katanya, dengan adanya akta baru itu ia akan membatalkan akta lama, Akta Kawalan Harga 1946, membolehkan kementerian bertindak dengan segera terhadap peniaga yang mengaut keuntungan secara berlebihan.

Ismail Sabri menyebut tentang tindakan peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga penutup mulut dan hidung berikutan penularan wabak Influenza A (H1N1). Dengan penguatkuasaan akta itu, 10 anggota Majlis Penasihat Harga Barang yang akan diketuai Ketua Setiausaha kementerian itu, Datuk Mohd. Zain Mohd. Dom akan ditubuhkan.

Majlis itu akan dianggotai enam wakil terdiri daripada orang awam, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan industri serta empat pegawai kerajaan, yang akan menentukan sama ada peniaga melakukan pencatutan atau mengaut keuntungan secara berlebihan.Ia akan turut menimbangkan kos operasi yang ditanggung oleh peniaga seperti cukai, kos pembekal, syarat permintaan dan penawaran serta lokasi geografi atau keadaan pasaran keluaran.

Syarikat korporat yang melakukan kesalahan di bawah akta itu boleh dikenakan denda sehingga RM500,000, manakala bagi kesalahan kedua atau berikutnya boleh didenda sehingga RM1 juta.

Bagi individu pula, akan berdepan dengan hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan kedua atau seterusnya, boleh dikenakan denda sehingga RM250,000 atau lima tahun penjara atau kedua-duanya. Sebarang pertanyaan berhubung akta baru itu boleh hubungi talian bebas tol kementerian 1800-88-6800. - BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


Video seks: NGO Melayu minta polis dedah identiti pelaku

Posted: 01 Apr 2011 03:14 AM PDT

Mutakhir

KUALA LUMPUR: Pihak polis yang sudah mengesahkan ketulenan sebuah rakaman video perlakuan seksual yang dikaitkan dengan seorang pemimpin pembangkang perlu berterus-terang dan mendedahkan identiti orang terbabit.

Presiden Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu Malaysia (PPPMM), Datuk Dr Kamarudin Kachar, berkata Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, telah mengesahkan ketulenan video tersebut menerusi siasatan pakar namun enggan mendedahkan identiti pelaku dalam video itu.

"Persoalan siapakah pemilik identiti lelaki yang dalam video berkenaan hanya boleh dirungkai oleh pihak polis kerana polis terbabit dalam siasatan video tersebut dari A hingga Z. "Kita sebagai orang awam meminta supaya pihak polis berbuat demikian bagi mengakhiri segala kekalutan yang berlaku akibat terlalu banyak sangat spekulasi yang timbul disebabkan orang masih berteka-teki siapa sebenarnya lelaki berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai pengumuman Ismail hari ini bahawa rakaman video seks, yang didedahkan oleh "Datuk T" kepada sekumpulan editor media awal minggu lalu, bukan sesuatu yang direka atau dipalsukan.

Menjawab mengenai terdapat cadangan bagi meminta isteri pemimpin pembangkang yang dituduh melakukan seks dalam video tersebut supaya menonton rakaman itu bagi mengesahkan sama ada benar suaminya beraksi dalam adegan itu atau bukan, Kamarudin berkata perkara itu tertakluk kepada arahan polis.

"Kita serahkan kepada pihak polis, biarlah mereka yang menjalankan kerja mereka sama ada mahu meminta beliau untuk tonton atau tidak," katanya.
Sementara itu, Ketua Umum Badan Bertindak Perpaduan Melayu, Osman Abu Bakar, turut menyokong supaya polis mendedahkan identiti pelaku dalam video itu dan mahu pemimpin terbabit meletakkan jawatan sekiranya apa yang dituduh terbukti benar. - BERNAMA


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kestabilan di Malaysia untuk jangka panjang: PM

Posted: 01 Apr 2011 02:40 AM PDT

Mutakhir

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak memberi jaminan kepada masyarakat antarabangsa bahawa terdapat kestabilan di Malaysia dan ia akan berkekalan untuk jangka masa yang lama.

"Apa yang berlaku di Timur Tengah hanya berkisar di sana dan tidak mendatangkan kesan kepada Malaysia kerana kita mempunyai demokrasi yang segar, kerana kita ada dasar-dasar yang selaras dengan kehendak rakyat, kerana kita ada pertumbuhan ekonomi yang kukuh, kita ada pekerjaan," kata Perdana Menteri dalam satu temubual dengan stesen televisyen Bloomberg yang disiarkan hari ini.

Beliau ditanya sama ada tunjuk perasaan membantah kepimpinan di beberapa negara di Timur Tengah dan Afrika Utara boleh merebak ke Malaysia kerana negara ini sudah diperintah selama lima dekad oleh Barisan Nasional. Najib berkata, Malaysia mempunyai 2.2 juta pekerja asing selain mengamalkan dasar yang melindungi golongan berpendapatan rendah.

"Kita sentiasa memenuhi keperluan sosial rakyat," katanya dalam temubual mengenai pencapaian beliau selepas dua tahun menjadi Perdana Menteri. - BERNAMA


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Selatan

Utusan Online - Selatan


Taman Alam Liar Lembah Jemaloi

Posted:

Taman Alam Liar Lembah Jemaloi

Taman Alam Liar Lembah Jemaloi

Oleh SAJIDA ASARULAH KHAN
utusanN9@utusan.com.my


Sebahagian Peserta program Perkhemahan Bersama Media melakukan aktiviti water tubing di Taman Alam Liar Lembah Jemaloi, Jelebu, baru-baru ini.


JELEBU 31 Mac – Perjalanan hampir tiga jam dari Pejabat Daerah Jelebu ke Taman Alam Liar Lembah Jemaloi di sini baru-baru ini sempena program Perkhemahan Bersama Media ternyata penuh dengan cabaran dan rintangan.

Laluan yang kecil serta tidak rata dari Simpang Kampung Chennah dekat sini ke lokasi perkhemahan bertambah 'menggerunkan' apabila 15 buah kenderaan pacuan empat roda terpaksa mengharungi sungai.

Konvoi yang disertai oleh 50 orang wakil dari pelbagai agensi kerajaan negeri dibahagikan kepada empat kumpulan dengan setiap kumpulan diwakili oleh seorang pengamal media.

Tepat pukul 4 petang, aktiviti pertama ialah mengoca iaitu menangkap ikan dalam sungai dengan menggunakan tangan bermula dan tamat pada 6.30 petang. Seterusnya peserta dikehendaki membuat ikon yang melambangkan kumpulan mereka.

Pada sebelah malamnya pula, peserta dikehendaki menunjukkan ikon kumpulan yang dibuat menggunakan bahan daripada alam semula jadi. Setelah itu, mereka dihiburkan dengan persembahan sewang daripada masyarakat Orang Asli dari kaum Temuan.

Pada hari terakhir perkhemahan tersebut, peserta dikehendaki melakukan senamrobik dan poco-poco sebelum menikmati sarapan pagi.

Selepas itu, aktiviti terakhir iaitu water tubing diadakan.

Majlis penutup disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan Adat Istiadat Melayu negeri, Datuk Mohamad Razi Kail.

Mohamad Razi berkata, program itu diadakan bagi memperkenalkan produk baru pelancongan kepada umum.

"Program perkhemahan bersama media yang diadakan oleh Lembaga Pelancongan negeri turut melibatkan 13 agensi kerajaan.

"Melalui penglibatan media di dalam program ini, ia diharap dapat menjadi saluran bagi mempromosikan kawasan tersebut," katanya.

Antara agensi kerajaan yang terlibat dalam program dua hari satu malam itu ialah Unit Perancang Ekonomi negeri, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), Pejabat Daerah Jelebu, Majlis Daerah Jelebu, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Perikanan dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara.

Turut terlibat, Pejabat Kementerian Pelancongan negeri, Jabatan Kemajuan Orang Asli, Jabatan Pertahanan Awam negeri, Tourism Malaysia negeri, Jabatan Penerangan daerah dan Lembaga Pelancongan negeri.

Menurut Mohamad Razi, pengalaman yang menyeronokkan di situ seharusnya di kongsi agar masyarakat tahu masih terdapat lokasi di negeri ini yang kaya dengan keindahan alam semula jadi.

Beliau juga berharap masyarakat Orang Asli dapat sama-sama menjaga bumi ini agar dapat dikongsi bersama generasi yang akan datang.

"Sebagai penduduk di sini, mereka perlu memainkan peranan dengan memelihara dan menjaga kawasan ini," katanya.

Sementara itu, Pengurus Besar Lembaga Pelancongan negeri, Shaharudin Itam menyarankan masyarakat datang ke Taman Alam Liar Lembah Jemaloi yang kaya dengan keindahan alam semula jadi.

"Setelah penat bekerja inilah masa yang sesuai untuk menenangkan fikiran. Di sini masih ada hutan tropika yang kaya dengan flora dan fauna," katanya.

Menurutnya, penglibatan pelbagai agensi kerajaan dalam program itu amat baik dan dapat mengeratkan hubungan antara mereka.

"Jika sebelum ini mereka hanya berjumpa atas faktor kerja namun melalui aktiviti yang diadakan mereka lebih dekat apabila bekerjasama dalam aktiviti yang dijalankan," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Peserta konvoi tidak dapat lupa pengalaman menarik

Posted:

Peserta konvoi tidak dapat lupa pengalaman menarik

Peserta konvoi tidak dapat lupa pengalaman menarik


Para peserta program Perkhemahan Bersama Media bergambar kenangan di Taman Alam Liar Lembah Jemaloi, Jelebu, baru-baru ini.


JELEBU 31 Mac - Peluang menyertai program Perkhemahan Bersama Media ke Taman Alam Liar Lembah Jemaloi di sini baru-baru ini adalah pengalaman yang tidak mungkin dapat dilupakan oleh lebih 50 orang pesertanya.

Perjalanan yang penuh dengan rintangan akhirnya berbaloi apabila tiba di lokasi perkhemahan. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sehingga para peserta terlupa seketika mengenai dunia luar.

Bagi Norkiah Zainal dari Majlis Daerah Jelebu, walaupun program tersebut hanya diadakan selama dua hari satu malam, ia sangat menggembirakan.

"Sejak bekerja saya jarang mengikuti sebarang aktiviti perkhemahan. Saya amat gembira apabila diberi peluang untuk menyertai perkhemahan ini.

"Tempat ini sangat cantik dan masih mengekalkan keindahan alam semula jadi. Saya rasa amat sukar untuk menemui tempat yang indah seperti ini pada masa ini.

Sementara itu, Farah Izedah Safiai, 25, berharap program seperti itu akan diadakan lagi selepas ini.

"Saya seperti tidak percaya masih ada lagi kawasan yang cantik seperti ini di sini. Sebelum ini jika terdengar saja mengenai sesebuah kawasan perkhemahan, saya rasa ia tidaklah seindah seperti yang disangkakan.

"Tetapi saya amat terkejut apabila tiba di sini, pemandangannya begitu indah dan sungainya sangat bersih," katanya.

Siti Hajar Mat Hassan, 24, pula berkata, beliau tidak akan melupakan saat yang mendebarkan iaitu ketika menuju ke kawasan tapak perkhemahan.

Katanya, keadaan jalan yang dilalui sangat kecil hingga membuatkan perjalanan mereka terpaksa berhenti beberapa kali bagi memberi laluan kepada kenderaan dari laluan bertentangan.

"Sebaik tiba di sungai, perasaan takut akhirnya bertukar gembira apabila kenderaan yang saya naiki berjaya mengharungi sungai. Seperti tidak percaya apabila kenderaan itu bergerak di atas air sungai," katanya.

Noor Adznabila Mohd. Adlan, 20, sangat teruja apabila melakukan aktiviti water tubing.

Katanya, walaupun pernah melakukan aktiviti itu sebelum ini, keadaan di situ lebih mencabar.

"Kami terpaksa mengharungi air yang sangat deras dan menghadapi pelbagai rintangan seperti batu-batu besar di kawasan tersebut," ujarnya.

Rakannya, Siti Nabila Abu Bakar, 20, melahirkan rasa bangga apabila berpeluang mengalami sendiri pengalaman itu.

"Saya sangat sedih apabila terpaksa meninggalkan kawasan ini. Kenangan dan pengalaman yang diperoleh amat bermakna dan sukar dilupakan. Penglibatan pelbagai agensi juga membuatkan kami dapat mengenali mereka dan bertukar-tukar cerita.

"Jika diberi peluang untuk datang ke sini lagi, pastinya saya teringin untuk pergi ke Jeram Berungut dan melihat perkampungan Orang Asli," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

MPS perkenal aplikasi ‘mySMS’

Posted:

MPS perkenal aplikasi 'mySMS'

MPS perkenal aplikasi 'mySMS'

Oleh MOHAMMAD YASIR JAAFAR
utusanN9@utusan.com.my

SEREMBAN 31 Mac – Majlis Perbandaran Seremban (MPS) hari ini memperkenalkan aplikasi 'mySMS' bagi memudahkan warga bandar ini menyemak status cukai taksiran dan kompaun letak kereta.

Yang Dipertuanya, Datuk Abd. Halim Abd. Latif berkata, langkah itu selaras dengan dasar kerajaan di bawah Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 3 Tahun 2008 yang menghendaki setiap agensi kerajaan menyediakan sistem penyampaian perkhidmatan yang mudah dicapai rakyat.

"Sistem interaktif ini disediakan khusus bagi pelanggan di sekitar bandar ini yang membolehkan mereka mendapatkan maklumat berkaitan secara pantas dan efisien pada bila-bila masa sahaja.

"Kewujudan perkhidmatan ini juga membolehkan pelanggan membuat sebarang aduan berkaitan MPS sekali gus menggantikan talian aduan 019-6550160 yang diguna pakai sebelum ini," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Jelasnya lagi, pengguna hanya perlu memasukkan butir semakan maklumat atau aduan seterusnya mengirimkan ke nombor 15888.

"Di samping itu, pengguna juga boleh membuat permohonan borang berkaitan 36 jenis urusan yang berkaitan dengan MPS melalui perkhidmatan baru ini.

"Pelanggan tidak perlu lagi hadir ke pejabat MPS semata-mata untuk mendapatkan borang, sebaliknya hanya perlu memuat turun dari e-mel masing-masing menggunakan mySMS," ujarnya.

Tambah Abd. Halim, pelanggan juga boleh melayari laman web rasmi MPS iaitu www.mpsns.gov.my untuk menyemak kod borang permohonan perkhidmatan yang diperlukan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Utara

Utusan Online - Utara


AIM bantu 20 keluarga miskin

Posted:

AIM bantu 20 keluarga miskin

AIM bantu 20 keluarga miskin

Oleh AZELI ALI
azeli.ali@utusan.com.my


L. Krishnan (kanan) menyampaikan sumbangan kepada 20 penerima pada program sumbangan AIM di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, semalam.


BUKIT MERTAJAM 31 Mac - Nasib 20 keluarga miskin sekitar Perai, di sini bakal berubah apabila Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) menyalurkan bantuan pinjaman modal keseluruhan sebanyak RM60,000 bagi membolehkan golongan itu memulakan perniagaan.

Menerusi program anjuran bersama Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Perai itu, golongan tersebut akan dibimbing bagi memulakan perniagaan berskala kecil untuk meningkatkan pendapatan keluarga masing-masing.

Pengurus Cawangan AIM Bukit Mertajam, Tuan Norazlina Tuan Lah berkata, pihaknya mula menggerakkan operasi mendapatkan peserta sejak November 2010 sebelum menyelia latihan kepada mereka di bawah Pusat Srikandi Manis di Perai sejak Januari lalu.

''AIM telah memberi pelbagai bentuk latihan, termasuk cara memilih perniagaan, pengurusan kewangan, pengurusan personel, kaedah bayaran balik pinjaman serta kepimpinan dalam perniagaan.

''Antara perniagaan yang diceburi termasuklah menjual nasi lemak, kuih-muih, capati, kain dan makanan ringan selain perusahaan jahitan, kedai runcit serta andaman pengantin dengan modal sehingga RM3,000," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyampaian sumbangan modal kepada peserta program tersebut yang disempurnakan oleh Pengerusi Barisan Nasional Parlimen Batu Kawan, Ng Siew Lai di sini hari ini.

Turut hadir Penyelaras DUN Perai, L. Krishnan.

Tambah Norazlina, semua peserta diminta membuat bayaran balik pinjaman dalam masa 50 minggu dan apabila berjaya, mereka boleh membuat pinjaman tambahan sehingga RM50,000 daripada AIM.

Sementara itu Krishnan berkata, semua peserta yang terpilih mesti memanfaatkan sepenuhnya peluang yang diberi memulakan perniagaan sekali gus mengubah nasib keluarga.

''Peserta mesti menggunakan gunakan dana yang diberikan oleh AIM ini sebaik mungkin untuk mengembangkan perniagaan serta mencari peluang bagi menambahkan pendapatan.

''Pihak AIM akan memantau perjalanan peserta melalui mesyuarat mingguan agar tidak timbul sebarang masalah dan setiap peserta digalakkan untuk membantu antara satu sama lain," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada laporan pecah rumah ketika banjir - Tajudin

Posted:

Tiada laporan pecah rumah ketika banjir - Tajudin

Tiada laporan pecah rumah ketika banjir - Tajudin


Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil (tengah) berkenan memberi gula-gula kepada kanak-kanak yang mendiami Pusat Pemindahan Bencana Banjir di Sekolah Kebangsaan Panggau, Kangar, semalam.


KANGAR 31 Mac - Polis tidak menerima sebarang aduan berhubung kes pecah rumah yang melibatkan mangsa banjir sejak bencana itu melanda Perlis kelmarin.

Ketua Polis Negeri, Datuk Tajudin Md. Isa memberitahu, pihaknya sentiasa memantau perkembangan banjir di negeri ini, termasuk mengadakan kawalan ke kawasan rumah penduduk yang terlibat dalam bencana tersebut.

"Sejak banjir tiga hari lalu (kelmarin), polis sentiasa meningkatkan kawalan bagi mengelakkan pihak tertentu mengambil kesempatan ke atas mangsa banjir, terutama ketika mereka meninggalkan rumah kerana berpindah ke pusat pemindahan," kata beliau.

Beliau berkata demikian ketika mengiringi lawatan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil ke pusat-pusat pemindahan banjir di sini hari ini.

Sementara itu, kata beliau, cuti kesemua anggota polis di negeri ini dibekukan sementara sejak banjir melanda Perlis kelmarin.

"Semua anggota dikerahkan berjaga-jaga menghadapi banjir sehingga keadaan pulih seperti biasa," tambah beliau.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tourism Malaysia rai media Perak

Posted:

Tourism Malaysia rai media Perak

Tourism Malaysia rai media Perak

IPOH 31 Mac - Kira-kira 100 warga media cetak dan elektronik serta penggiat industri pelancongan tempatan diraikan oleh Tourism Malaysia Negeri Perak dalam satu majlis ramah mesra di Hotel Heritage di Ipoh, kelmarin.

Majlis yang bertujuan mendekatkan pihak Tourism Malaysia negeri dengan media dan penggiat industri pelancongan di negeri itu turut diadakan bagi memperkenalkan Pengarah Tourism Malaysia yang baru, Norshamshida Abdul Rahman.

Norshamshida dalam ucapannya berkata, jalinan rapat antara Tourism Malaysia dengan pihak media memudahkan segala urusan yang melibatkan kedua-dua belah pihak.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: Setempat

Harian Metro: Setempat


Bunga RM20 pancing GR0

Posted: 31 Mar 2011 01:15 PM PDT

PETALING JAYA: Hanya dengan membeli kalungan bunga berharga RM20, pelanggan sebuah kelab malam di Sunway Mentari, di sini, layak memilih seorang pelayan pelanggan (GRO) disukai yang akan melayan mereka, malah boleh melakukan seks jika menerima bayaran tambahan.

Wanita terbabit pula beratur dan menunggu giliran untuk beraksi ghairah menari di atas pentas.


Jika ada GRO yang menepati cita rasa pelanggan, mereka perlu pergi kepada wanita terbabit dan menyerahkan kalungan bunga.

Sekiranya wanita itu menerima bunga berkenaan dan bersetuju mengikut pelanggan terbabit, terpulang kepada pelanggan itu sama ada untuk mendapatkan khidmat tambahan termasuk mengadakan hubungan seks dengan syarat memberi bayaran tambahan.


Kelab terbabit juga dipercayai menjadi sarang popular sindiket pelacuran wanita warga asing dari China, Vietnam, Myanmar dan Thailand, malah turut memperdagangkan gadis bawah umur.


Kebanyakan wanita warga asing itu yang masuk ke negara ini menggunakan pasport dan visa lawatan sementara dipercayai turut bekerja sambilan sebagai GRO di kelab karaoke itu. Bagaimanapun, kegiatan itu dihidu pihak berkuasa, apabila Unit Cawangan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman melakukan serbuan mengejut ke premis terbabit malam kelmarin.

Serbuan yang dilakukan kira-kira jam 12.10 tengah malam itu menahan 18 wanita warga asing terdiri daripada lapan rakyat China, Vietnam (lapan) dan masing-masing Myanmar dan Thailand.


Ketua Unit D7 Bukit Aman, Asisten Superintendan, Shahrul Nizam Jaafar, berkata serbuan dilakukan pihaknya selepas menerima maklumat kelab malam itu mengambil khidmat pekerja warga asing yang menyalahgunakan pas lawatan sosial.

Menurutnya, seramai 10 anggota D7 Bukit Aman dibantu 10 anggota narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor menyerbu kelab terbabit dan hasil pemeriksaan menahan 18 wanita GRO warga asing.


"Kami juga menahan seorang gadis bawah umur dari Vietnam yang akan disiasat mengikut Akta Anti Pemedagangan Orang 2007.


"Kelab malam terbabit turut menjual kalungan bunga berharga RM20 bertujuan untuk memilih GRO yang diingini pelanggan," katanya pada sidang media selepas operasi berkenaan.


Shahrul Nizam berkata, wanita terbabit menerima bayaran mengikut tip dan jika pandai melayan lebih banyak wang akan diterima mereka.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Ditipu kekasih siber sengkek

Posted: 31 Mar 2011 01:13 PM PDT

KUALA LUMPUR: Demi cinta dan sayang kepada kekasih hati yang baru dikenali melalui laman sembang, seorang wanita berusia 37 tahun berputih mata selepas kerugian lebih RM30,000 apabila diperdaya lelaki terbabit kononnya mengalami kesempitan wang.

Tanpa menyedari ia helah teman lelakinya yang dipercayai warga Afrika, mangsa mempercayainya lalu memberinya wang.


Menurut sumber, mangsa yang bekerja sebagai pembantu tadbir itu mengenali lelaki terbabit melalui laman sembang tidak sampai sebulan, namun dia terpedaya dengan rayuan dan rintihan lelaki terbabit kononnya kesusahan.

"Mangsa mendakwa ketika bersembang dengan teman lelakinya yang dikenali sebagai Dennis di Internet, lelaki itu menyatakan hasrat untuk meminjam wang.


"Pada mulanya, mangsa pelik dengan permintaan teman lelakinya itu, namun selepas lelaki terbabit menyatakan berada dalam kesusahan, mangsa akur dengan permintaan itu," katanya.


Menurutnya, mangsa tidak mengesyaki sesuatu kerana teman lelakinya masih berhubung dengannya selepas menerima RM1,000 yang dimasukkan ke dalam akaunnya.

"Mangsa kemudian menerima panggilan seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Dr Frank kononnya rakan perniagaan teman lelakinya itu dan mengucapkan terima kasih.


"Dalam perbualan itu, lelaki terbabit mendakwa teman lelakinya mahu mengirimkan wang AS$ 2.5 juta (RM7.5 juta) dan beberapa botol kimia untuk mencuci wang," katanya.

Namun, kegembiraan wanita itu bertahan sementara waktu apabila teman lelakinya gagal dihubungi, malah wang yang dijanjikan itu tidak kunjung tiba.


Berikutan itu, mangsa membuat laporan polis Isnin lalu.


Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Izany Abdul Ghany ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan memberitahu siasatan lanjut dilakukan.


Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 402 Kanun Keseksaan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Wilayah

Berita Harian: Wilayah


Johor: Peluang kedua

Posted: 31 Mar 2011 01:02 PM PDT

Wilayah

 DUA  tahanan  mengikuti program parol  bekerja  di ladang ternakan lembu.

DUA tahanan mengikuti program parol bekerja di ladang ternakan lembu.

Program parol bantu disiplinkan tahanan sebelum dibebas

KLUANG: Walaupun kini terpaksa bangun seawal jam 5.30 pagi untuk memulakan hari kerja yang agak membebankan, namun tahanan yang berpeluang mengikuti program parol di sini, bersyukur kerana pelaksanaan sistem itu membantu mendisiplinkan mereka.

Orang yang diparol selepas 17 tahun menjalani hukuman penjara kerana kesalahan dadah, Wai Kiong, 53, berkata program yang diikuti sejak empat bulan lalu itu mempunyai peraturan agak ketat, namun beliau menerima cabaran itu kerana bertekad untuk berubah sepenuhnya. Katanya, beliau berharap baki lagi sembilan bulan untuk dihabiskan dalam program berkenaan dapat dicapai tanpa sebarang halangan sebelum memulakan kehidupan baru bersama isteri dan anak perempuannya yang kini berada di Ipoh, Perak.

"Saya amat merindui mereka dan berharap dapat bertemu dengan keluarga, walaupun kini sudah terputus hubungan sejak lebih setahun lalu. Untuk itu, saya berjanji pada diri sendiri tidak akan kembali kepada perbuatan lama lagi (menagih dadah).

"Selama terbabit dengan dadah, saya sudah keluar masuk penjara sebanyak lima kali, kira-kira 17 tahun jumlahnya. Saya menghargai kesabaran serta keikhlasan pihak parol menjaga kami dengan baik sepanjang program ini," katanya yang mengakui mula mengambil dadah seawal usia 11 tahun.

Beliau ditemui Berita Harian ketika menjalani parol secara bekerja di sebuah ladang ternakan lembu di sini. Antara lain rutin hariannya mereka termasuk mandi, memberi makan serta memastikan kawasan ternakan terbabit berada dalam keadaan baik. Di ladang itu, kedua-duanya diamanah bersama enam lagi pekerja untuk menguruskan lebih 200 lembu tenusu setiap hari.
Meskipun tidak lagi berada dalam penjara, namun menerusi program parol yang sedang dijalani, mereka tetap diawasi pegawai parol menerusi lawatan ke kediaman dan tempat kerja, selain diberi kaunseling dan menjalani ujian kencing secara mengejut bagi mengelak kembali terbabit dengan pengambilan dadah.

Orang yang diparol, Kim Heng, 53, berkata pengalaman bergelumang dengan dadah selama 11 tahun sejak berusia 25 tahun nyata memberi kesan mendalam terhadap dirinya.

"Seluruh hidup saya mungkin sudah musnah akibat dadah, namun saya bersyukur kerana dengan mengikuti program parol menjadikan kehidupan saya semakin pulih dengan bantuan dan bimbingan kakitangan parol yang sentiasa membantu ketika diperlukan.

"Saya hanya mampu berdoa supaya kehidupan saya selepas ini lebih terjamin apabila bebas sepenuhnya nanti dan berharap tidak akan terjebak lagi dengan najis dadah kerana ia bukan saja merosakkan diri, malah boleh membunuh," katanya yang gembira mempunyai majikan yang baik hati.

Penolong Pegawai Parol Daerah Kluang, Ibrahim Abdul Rahman, berkata dua lelaki terbabit adalah antara 16 tahanan yang diberi peluang menjalani parol di seluruh Johor sejak awal tahun ini sehingga 29 Mac lalu, dalam usaha menyesuaikan diri mereka untuk kembali ke pangkuan masyarakat selepas menamatkan hukuman kelak.

Beliau berkata, masyarakat tidak harus sesekali memandang rendah terhadap tahanan parol yang kini menjalani kehidupan di kalangan mereka, sebaliknya memberikan mereka peluang menjalani kehidupan biasa.

"Dalam menjayakan parol, kita tidak dapat lari daripada berdepan dengan persepsi masyarakat yang menghakimi pesalah terbabit meskipun hakikatnya mereka sudah insaf terhadap kesalahan yang dilakukan serta ingin kembali ke pangkuan masyarakat.

"Penolakan ini juga menyebabkan kebanyakan bekas tahanan kembali melakukan kesalahan lampau kerana tekanan daripada masyarakat yang sukar menerima kehadiran mereka," katanya.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sentral: Simpang maut

Posted: 31 Mar 2011 01:01 PM PDT

Wilayah

SIMPANG empat kawasan perumahan dekat Jalan Ayer Molek-Jasin sentiasa sibuk.

SIMPANG empat kawasan perumahan dekat Jalan Ayer Molek-Jasin sentiasa sibuk.

Laluan masuk taman perumahan tiada lampu isyarat

MELAKA: Penduduk di Rumah Awam Ayer Molek dan Taman Desa Molek dekat sini, berdepan risiko kemalangan setiap hari kerana persimpangan masuk ke taman itu sering sibuk dengan kenderaan tanpa kemudahan lampu isyarat.

Keadaan bertambah bahaya apabila laluan itu dilalui semua jenis kenderaan berat termasuk lori yang menghala ke Jalan Ayer Molek-Jasin, tidak jauh dari simpang berkenaan. Penduduk, Zaleha Abdul Rahman, 50, berkata lampu isyarat perlu dipasang segera di persimpangan berkenaan bagi mengurangkan kemalangan yang didakwa berlaku hampir setiap hari.

Beliau berkata, jalan yang lurus itu menyebabkan pemandu sering memandu laju hingga menyebabkan kemalangan, khususnya membabitkan motosikal, basikal dan pejalan kaki.

"Disebabkan kemalangan kerap berlaku dan ada menyebabkan kematian, penduduk tempatan menyifatkannya sebagai simpang maut.

"Kami bimbang akan berlaku lebih banyak kemalangan, sebab itu lampu isyarat wajar dipasang di situ," katanya ketika ditemui di sini.
Tinjauan Sentral mendapati simpang yang turut menjadi laluan pintas bagi kebanyakan pengguna sentiasa sibuk apabila kawasan itu mempunyai beberapa rumah kedai, gerai makanan dan stesen minyak.

Kesesakan bertambah teruk pada waktu puncak, lebih-lebih lagi ketika ibu bapa menghantar dan mengambil anak di Sekolah Kebangsaan (SK) Ayer Molek, selain segelintir pengguna jalan raya yang meletakkan kenderaan mereka sesuka hati di bahu jalan tanpa mematuhi peraturan lalu lintas.

Rasidah Mohd Seh, 49, berkata pemasangan lampu isyarat di simpang empat taman berkenaan akan mengurangkan kemalangan yang kerap berlaku.

"Jika ingin ke arah bertentangan dari persimpangan stesen minyak, saya perlu berhati-hati kerana pengguna dari laluan utama gemar memandu laju tanpa memikirkan bahaya.

"Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) tidak boleh membiarkan hal ini berterusan. Lampu isyarat perlu disediakan sebelum berlaku kemalangan maut di persimpangan terbabit," katanya.

Norrohida Mohd Eros, 44, berkata, kemalangan biasanya berlaku setiap bulan kerana persimpangan itu tiada lampu isyarat.

Katanya, pihak berkuasa perlu memasang lampu isyarat di simpang empat itu kerana bilangan kenderaan yang menggunakan laluan itu bertambah dari semasa ke semasa.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: BeritaUtama

Harian Metro: BeritaUtama


Tiga bulan berhujah

Posted: 31 Mar 2011 01:55 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]SHAH ALAM: Kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain yang menggemparkan negara tahun lalu akan mula dibicarakan selama tiga bulan di Mahkamah Tinggi, di sini, mulai 4 Julai depan.

Malek Noor rebah

Posted: 31 Mar 2011 01:54 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]IPOH: Bekas jaguh bina badan negara, Datuk Malek Noor, 56, yang ‘tumbang’ akibat serangan jantung malam kelmarin, dipercayai ada kaitan dengan buah durian kampung yang dimakan bersama rombongan rakan atlet lain.

The Malaysian Insider :: Bahasa

The Malaysian Insider :: Bahasa


DAP mahu Bung Moktar dan pegawai SPRM dipecat

Posted: 01 Apr 2011 12:11 AM PDT

KUALA LUMPUR, 1 April — Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menggesa Barisan Nasional (BN) memecat Datuk Bung Moktar Radin berhubung komen  'tidak senonoh' dengan menuduh Ahli Parlimen Kinabatangan itu melihat wanita hanya sebagai objek seks.

Lim juga berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu memecat pegawainya Mohd Ashraf Mohd Yunus yang menonton bahan lucah selepas menyiasat Teoh Beng Hock pada malam sebelum pembantu setiausaha DAP itu ditemui mati dua tahun lalu.

"Bagaimana Malaysia boleh maju ke hadapan dalam soal kesamaan jantina jika individu seperti Bung Moktar secara berterusan mengatakan menyukai wanita dengan berulang kali? Ini adalah kelakuan seorang lelaki yang melihat wanita sebagai objek seks," kata Lim.

Ahli Parlimen Bagan itu berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu buktikan beliau tidak bersetuju dengan kenyataan Bung Moktar di Parlimen Isnin lalu apabila mengatakan pemanduan golongan wanita kebanyakannya amat berbahaya dan sekali gus boleh mengundang kemalangan.

Beliau juga menggesa Najib memecat Bung Moktar yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno.

"Masa sudah tiba untuk ahli Parlimen seperti Bung Moktar dipecat dari BN untuk membuktikan konsep 1 Malaysia Najib termasuk menghormati wanita," kata Lim.

Ketua Menteri Pulang Pinang itu berkata Bung Moktar telah membuat satu kenyataan berbaur lucah sebelum 2007 apabila mengatakan Ahli Parlimen Batu Gajah Fong Po Kuan "bocor" setiap bulan.

Bung Moktar bagaimanapun memohon maaf kepada wakil rakyat DAP itu.

Lim juga berkata bahawa "penagih seks" seperti Mohd Ashraf harus dipecat kerana gagal dalam tugas asasnya untuk memerhatikan Teoh.

"SPRM perlu pecat Ashraf bukan kerana Ashraf menonton pornografi menerusi komputernya di pejabat SPRM pada 16 Julai 2009 tetapi kerana gagal menjalankan tugas asasnya iaitu memerhatikan Teoh Beng Hock," katanya.

Beliau berkata, menonton pornografi bukan satu alasan untuk memecat Ashraf tetapi penolong pegawai SPRM Selangor itu harus dipecat kerana tidak memerhatikan Teoh, yang ditemui mati beberapa jam kemudian.

Semalam Suruhanjaya Diraja Siasatan (RCI) kematian Teoh berkata, pegawai SPRM itu menonton pornografi selepas mengambil kenyataan bekas setiausaha politik Exco Selangor Ean Yong Hian Wah.

Mayat Teoh beberapa jam selepas memberi kenyataan di pejabat SPRM yang terletak di tingkat 14 bangunan itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Interlok: ‘Biar saya jadi penonton sahaja’, kata wakil kaum India

Posted: 31 Mar 2011 11:47 PM PDT

KUALA LUMPUR, 1 April — Bekas anggota panel bebas mengkaji pindaan Interlok, Uthaya Sankar SB yang sebelum ini menyifatkan novel kontroversial itu belum cukup murni walaupun sedang melalui kerja-kerja 'pemurnian' hari ini berkata, "kali ini biar saya menjadi penonton sahaja."

Penulis bebas itu berkata beliau telah menyempurnakan tugas dan tanggungjawab yang diberikan kepadanya selaku salah seorang anggota panel bebas itu, yang kini sudah pun dibubarkan.

Pandangan itu dikeluarkan ketika wakil masyarakat Cina pula menyuarakan pandangan agar novel itu digugurkan daripada digunakan di sekolah.

Jumaat lalu, Uthaya Sankar berkata, pendirian wakil kaum India sejak dilantik ke dalam panel tersebut adalah tetap dan dan tidak berubah iaitu jika segala pindaan yang diperakukan tidak dilakukan sepenuhnya, maka buku itu perlu dikeluarkan daripada dijadikan teks Komsas.

"Malah, sehingga kini, pendirian wakil kaum India adalah sama. Malangnya, seperti diketahui umum, pada 16 Mac 2011, pihak tertentu sudah bersetuju untuk menarik balik senarai yang mereka kemukakan dan ada kaitan dengan sensitiviti kaum Melayu dan kaum Cina.

"Maka, wakil kaum India tidak dapat bertegas mempertahankan saranan pindaan itu kerana sudah ditarik balik oleh pihak yang mengemukakan cadangan itu," katanya sambil menambah, beliau berpandangan bahawa selagi ia tidak murni selengkapnya, ia tidak wajar digunakan.

"Kita tidak boleh perjuangkan kaum lain dalam panel bebas itu, ini sangat jelas," katanya dengan merujuk kepada terma rujukan.

Uthaya Sankar turut menjelaskan mengenai terma rujukan yang digunakan panel bebas sepanjang melaksanakan tugas yang diamanahkan oleh Menteri Pelajaran.

"Begitu juga dengan cadangan pindaan yang diperakukan panel bebas secara konsensus pada 4 Mac 2011," katanya.

Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini, Uthaya Sankar yang juga Presiden Kumpulan Sasterawan Kavyan berkata:

"Beberapa wakil media menghubungi saya untuk meminta komen mengenai tindakan pihak tertentu yang masih meneruskan usaha mendesak supaya novel Interlok edisi murid ditarik balik sepenuhnya daripada dijadikan teks Komsas tingkatan lima."

Penulis bebas itu merupakan salah seorang daripada tiga wakil kaum India yang menganggotai panel bebas bagi mengkaji pindaan-pindaan yang perlu ekoran bantahan sejak awal tahun ini.

Panel bebas itu hasil mesyuarat akhirnya pada 4 Mac lalu telah mengesyorkan kepada Kementerian Pelajaran sebanyak 106 pindana termasuk 19 perkara yang sensitif.

"Dalam hal ini, perlu ditekankan bahawa ketiga-tiga wakil kaum India dalam panel bebas sudah melaksanakan tugas sebagaimana diamanahkan oleh Menteri Pelajaran yang melantik kami bertiga menganggotai panel berkenaan.

"Sekiranya masih ada apa-apa kekurangan, maka bukan salah wakil kaum India," katanya Uthaya Sankar.

Kata Uthaya Sankar, beliau sebenarnya pernah menyatakan sebelum ini bahawa mereka bertiga tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa reaksi masyarakat sekiranya kesemua pindaan yang diperakukan panel bebas pada 4 Mac 2011 gagal dilaksanakan atas apa alasan sekali pun.

"Saya juga diberitahu bahawa pihak tertentu menggunakan bahan-bahan dari blog saya untuk tujuan mendesak novel Interlok edisi murid ditarik balik. Dalam hal ini juga saya tidak boleh dipersalahkan atau dipertanggungjawabkan.

"Blog saya terbuka kepada umum dan boleh diakses atas pilihan sendiri kerana dilabel sebagai "kandungan dewasa". Bahan-bahan di blog saya boleh disebarkan kepada orang lain asalkan sumbernya dinyatakan," katanya lagi.

Malah kata Uthaya Sankar beliau juga dimaklumkan bahawa beberapa badan bukan kerajaan mewakili kaum Cina sudah mula "bersuara" – walaupun agak lewat bagi melahirkan kekecewaan dan kemarahan mereka terhadap gambaran kaum itu dalam novel berkenaan.

"Perkara ini sebenarnya sudah saya jangkakan, khususnya apabila menghadiri Forum Interlok: Antara Kesusasteraan, Pendidikan dan Hubungan Kaum di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur & Selangor, Kuala Lumpur pada 23 Mac (lalu).

"Kali ini, biar saya menjadi penonton sahaja," katanya lagi.

Novel itu dihasilkan oleh Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain akhir 1960-an.

Pada 24 Mac lalu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Parlimen bahawa kerajaan bersetuju dengan dapatan Panel Bebas Mengkaji Pindaan Novel Interlok yang mendapati hanya 19 perkara daripada 106 bentuk cadangan pindaan boleh dianggap menyentuh sensitiviti masyarakat India.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, panel bebas itu berpendapat baki 87 perkara lagi adalah tidak berkaitan dengan isu pokok termasuk cadangan supaya nama penulis dipaparkan pada kulit hadapan novel dan ejaan "tali" dipinda kepada "taali".

Interlok, edisi asal diterbitkan kali pertama pada 1971 dan kemudian diulang cetak dua tahun kemudian dengan diperbaiki dan edisi kedua diterbitkan pada 1996.

Edisi Murid diterbitkan pertama kali pada 2010 berikutan novel ini telah dipilih oleh Jawatankuasa Penilai Teks Sastera Kementerian Pelajaran sebagai Novel Komponen mata pelajaran Bahasa Malaysia untuk Tingkatan Lima mulai tahun ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.