Jumaat, 1 April 2011

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


Video seks: NGO Melayu minta polis dedah identiti pelaku

Posted: 01 Apr 2011 03:14 AM PDT

Mutakhir

KUALA LUMPUR: Pihak polis yang sudah mengesahkan ketulenan sebuah rakaman video perlakuan seksual yang dikaitkan dengan seorang pemimpin pembangkang perlu berterus-terang dan mendedahkan identiti orang terbabit.

Presiden Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu Malaysia (PPPMM), Datuk Dr Kamarudin Kachar, berkata Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, telah mengesahkan ketulenan video tersebut menerusi siasatan pakar namun enggan mendedahkan identiti pelaku dalam video itu.

"Persoalan siapakah pemilik identiti lelaki yang dalam video berkenaan hanya boleh dirungkai oleh pihak polis kerana polis terbabit dalam siasatan video tersebut dari A hingga Z. "Kita sebagai orang awam meminta supaya pihak polis berbuat demikian bagi mengakhiri segala kekalutan yang berlaku akibat terlalu banyak sangat spekulasi yang timbul disebabkan orang masih berteka-teki siapa sebenarnya lelaki berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai pengumuman Ismail hari ini bahawa rakaman video seks, yang didedahkan oleh "Datuk T" kepada sekumpulan editor media awal minggu lalu, bukan sesuatu yang direka atau dipalsukan.

Menjawab mengenai terdapat cadangan bagi meminta isteri pemimpin pembangkang yang dituduh melakukan seks dalam video tersebut supaya menonton rakaman itu bagi mengesahkan sama ada benar suaminya beraksi dalam adegan itu atau bukan, Kamarudin berkata perkara itu tertakluk kepada arahan polis.

"Kita serahkan kepada pihak polis, biarlah mereka yang menjalankan kerja mereka sama ada mahu meminta beliau untuk tonton atau tidak," katanya.
Sementara itu, Ketua Umum Badan Bertindak Perpaduan Melayu, Osman Abu Bakar, turut menyokong supaya polis mendedahkan identiti pelaku dalam video itu dan mahu pemimpin terbabit meletakkan jawatan sekiranya apa yang dituduh terbukti benar. - BERNAMA


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kestabilan di Malaysia untuk jangka panjang: PM

Posted: 01 Apr 2011 02:40 AM PDT

Mutakhir

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak memberi jaminan kepada masyarakat antarabangsa bahawa terdapat kestabilan di Malaysia dan ia akan berkekalan untuk jangka masa yang lama.

"Apa yang berlaku di Timur Tengah hanya berkisar di sana dan tidak mendatangkan kesan kepada Malaysia kerana kita mempunyai demokrasi yang segar, kerana kita ada dasar-dasar yang selaras dengan kehendak rakyat, kerana kita ada pertumbuhan ekonomi yang kukuh, kita ada pekerjaan," kata Perdana Menteri dalam satu temubual dengan stesen televisyen Bloomberg yang disiarkan hari ini.

Beliau ditanya sama ada tunjuk perasaan membantah kepimpinan di beberapa negara di Timur Tengah dan Afrika Utara boleh merebak ke Malaysia kerana negara ini sudah diperintah selama lima dekad oleh Barisan Nasional. Najib berkata, Malaysia mempunyai 2.2 juta pekerja asing selain mengamalkan dasar yang melindungi golongan berpendapatan rendah.

"Kita sentiasa memenuhi keperluan sosial rakyat," katanya dalam temubual mengenai pencapaian beliau selepas dua tahun menjadi Perdana Menteri. - BERNAMA


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen