Jumaat, 1 April 2011

Kosmo Online

Kosmo Online


Reman pegawai kanan kastam dilanjut

Posted:

Reman pegawai kanan kastam dilanjut

Reman pegawai kanan kastam dilanjut

01/04/2011 8:19pm

KUANTAN – Tempoh reman pegawai kanan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) bergelar Datuk dilanjutkan selama empat hari sehingga Isnin depan.

Tempoh reman itu dilanjutkan bagi membolehkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat berhubung kes pengisytiharan nilai sebenar cukai kastam, pengelakan cukai pendapatan dan aktiviti pengubahan wang haram.

Perintah tahanan reman dikeluarkan Majistret Nordiana Abdul Aziz selepas tempoh reman pegawai KDRM terbabit berakhir hari ini.

Isteri pegawai tersebut bagaimanapun dilepaskan tanpa syarat selepas pihak SPRM selesai menjalankan siasatan terhadapnya.

Pasangan suami isteri itu ditahan dalam serbuan besar-besaran oleh satu Pasukan Tindakan Khas yang diketuai SPRM pada 28 Mac lepas yang turut menyerbu 84 agen penghantaran, sebuah syarikat induk serta 24 anak syarikat berkaitan dan 25 premis KDRM di seluruh negara.

Pengarah Siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali sebelum ini berkata dalam serbuan itu, ratusan ribu ringgit turut dijumpai di rumah pasangan berkenaan.

Mustafar berkata, semua entiti yang diserbu dipercayai terbabit dalam pengisytiharan di bawah nilai sebenar cukai kastam, pengelakan cukai pendapatan dan aktiviti pengubahan wang haram.

Katanya semua aktiviti itu adalah kesalahan di bawah Akta Kastam 1967, Akta Cukai Pendapatan 1967, Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Pengganasan 2001 dan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kasanova perdaya wanita ditangkap

Posted:

Kasanova perdaya wanita ditangkap

Kasanova perdaya wanita ditangkap

01/04/2011 6:37pm

LAHAD DATU – Polis menangkap seorang lelaki yang menyamar sebagai pegawai perubatan di sebuah hospital pakar di Kota Kinabalu selepas disyaki memperdaya seorang wanita untuk menyerahkan wang lebih RM100,000 kepadanya.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu Supt Shamsudin Mat berkata lelaki berumur 28 tahun itu ditangkap di Jalan Lintas, Kota Kinabalu, pada 25 Mac lalu selepas salah seorang mangsanya membuat aduan polis.

Bercakap kepada pemberita di sini, hari ini beliau berkata, wanita itu mengenali lelaki itu pada 10 Januari lalu sebelum jatuh cinta selepas beberapa kali berhubungan melalui telefon.

Sejak perkenalan itu sehingga 15 Februari lalu, suspek dikatakan sering meminta wang daripada mangsa kononnya untuk membiayai pembedahan ibunya yang didakwa menghidap sakit kanser tulang belakang dan memerlukan pembedahan segera.

Shamsudin berkata mangsa juga mendakwa telah diperdaya lelaki itu untuk membuat pinjaman bank sebanyak RM105,000 dan semua wang berkenaan telah diserahkan kepada suspek yang berjanji akan membayar balik.

Bagaimanapun, pada pertengahan Feb lalu, mangsa mendapat tahu bahawa teman lelakinya itu ialah teman lelaki rakannya yang turut diperdaya suspek dengan menggunakan taktik yang sama.

"Saya meminta mana-mana anggota masyarakat yang pernah diperdaya suspek supaya tampil membuat aduan polis. Saya juga ingin menasihatkan golongan wanita supaya lebih waspada apabila dihampiri orang yang tidak dikenali," katanya. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Dua ditahan bersama dadah RM360,000

Posted:

Dua ditahan bersama dadah RM360,000

Dua ditahan bersama dadah RM360,000

01/04/2011 6:35pm

KUANTAN – Dua lelaki ditahan dalam dua kejadian di kawasan peranginan Genting Highlands di sini bersama beberapa jenis dadah yang dianggarkan bernilai RM360,000 baru-baru ini.

Timbalan Ketua Polis Pahang Datuk Fatimah Ghazali berkata seorang pemandu kereta sewa berusia 58 tahun ditahan di kawasan sebuah hotel pada 5 petang Rabu lepas.

"Hasil daripada penahanan lelaki itu polis menemui empat paket lutsinar dengan setiap paket berisi serbuk dan ketulan syabu seberat 235 gram yang harga runcitnya bernilai RM235,000," katanya kepada pemberita hari ini.

Dalam kes lain, seorang lelaki berusia 57 tahun ditahan ketika memandu kereta di kawasan peranginan itu pada 10.45 malam tadi.

"Selepas kita memperkenalkan diri sebagai polis, suspek enggan keluar dari kereta dan kita terpaksa bertindak agresif mengeluarkannya kerana dia tidak mahu bekerjasama," katanya.

Fatimah berkata polis merampas sebuah beg silang yang mengandungi sepaket syabu dan menemui 300 biji pil Eramin 5, 800 pil "Do", wang tunai RM5,841, tiga telefon bimbit serta mata wang Thailand 1,000 bath.

Beliau berkata harga runcit dadah yang dirampas dari suspek kedua bernilai RM125,000 dan kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 iaitu mengedar dadah yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan