Sabtu, 1 September 2012

Harian Metro: Setempat

Harian Metro: Setempat


‘Emak, jangan pergi ke KL’

Posted: 31 Aug 2012 12:18 PM PDT

JERTIH: "Emak tak payah ke Kuala Lumpur. Nanti tak sempat jumpa Faiza kerana ini perjumpaan terakhir antara kita." demikian kata-kata terakhir Faiza Jaafar, 27, yang ditemui mati dibunuh kepada ibunya, yang bertolak ke ibu negara, Selasa lalu.

Permintaan Faiza kepada ibunya, Rohani Sulaiman, 48, itu dibuat beberapa kali sebelum wanita berkenaan meninggalkannya bersama empat lagi adik-beradik lain yang tinggal di sebuah rumah Projek Pembangunan Rakyat Termiskin di Taman Perwira, Tok Saboh, Kuala Besut, dekat sini.

Bagaimanapun, Rohani terpaksa meninggalkan Faiza bersama empat lagi anaknya kerana mengikuti suaminya bekerja di ibu negara selepas tiga hari berhari raya bersama keluarga di kampung.

Rohani yang pulang malam kelmarin terkejut selepas dimaklumkan ahli keluarga, Faiza dijumpai mati dibunuh di kawasan sawah padi di Kampung Gong Manak, Kuala Besut.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 01/09/2012


Penyamun lapor polis dicekup

Posted: 31 Aug 2012 12:09 PM PDT

SUBANG JAYA: Tindakan dua daripada tiga lelaki membuat laporan polis menyatakan mereka diekori sekumpulan penyamun memakan diri apabila ditahan, Rabu lalu.

Kumpulan yang dipercayai menyamar anggota polis serta pegawai dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sebelum memeras ugut dan menyamun mangsa di Bandar Sunway dan Subang Jaya itu membuat laporan polis bagi mengelakkan dicekup mangsa samun yang mengejar mereka. Bagaimanapun, perbuatan semua lelaki berusia 26 dan 43 tahun itu gagal mengaburi mata Ketua Balai Polis Subang Jaya, Inspektor Sulaiman Baputty yang segera menahan kumpulan terbabit selepas mendapati laporan dibuat itu palsu.


Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, kejadian berlaku jam 12.15 tengah hari ketika mangsa, seorang pemandu lori berusia 30-an ditahan dua lelaki dari kumpulan terbabit yang mengaku polis sebelum menunjukkan sepucuk pistol dan gari di tepi jalan berhampiran sebuah stesen minyak di SS15, di sini.

Katanya, lelaki terbabit mengarahkan mangsa membayar RM3,000 bagi menyelesaikan kes kononnya membabitkan pemandu lori itu.


"Mangsa bernasib baik apabila rakannya yang melalui jalan berkenaan terlihat kejadian itu sebelum mengejar lelaki terbabit dan menghalang kenderaan dinaiki mereka.


"Bagaimanapun, lelaki itu melarikan diri sebelum datang ke Balai Polis Sunway dan membuat laporan mengatakan sekumpulan enam lelaki mengejar mereka dengan bersenjatakan kayu dan besi," katanya.

Menurut Yahaya, polis mendapati laporan dibuat lelaki itu mencurigakan dan pada masa sama, pihaknya menerima laporan kejadian mangsa sebelum membuat tangkapan kedua-dua lelaki terbabit.


"Susulan tangkapan itu, polis membuat siasatan lanjut sehingga menangkap seorang lagi suspek berusia 28 tahun di sebuah rumah di SS14, di sini, kerana dipercayai menyamar pegawai KPDNKK dan menyamun mangsa sama sebanyak RM500, dua minggu lalu," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 01/09/2012


Tiada ulasan:

Catat Ulasan