Sabtu, 15 September 2012

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


Tauke tayar, kekasih dibunuh

Posted: 14 Sep 2012 01:00 PM PDT

KAJANG: Seorang ahli perniagaan yang mempunyai rangkaian kedai tayar di sekitar Lembah Klang dan teman wanitanya ditemui mati dibunuh dengan kesan tetakan pada badan, tangan dan leher di rumahnya di Taman Segar Perdana, di sini, malam kelmarin.

Mangsa dikenali sebagai Leong Kian Sheong, 37, dan Vivien Wong, 20, ditemui terbaring berlumuran darah dalam sebuah bilik di tingkat bawah rumah, kira-kira jam 10 malam.

Mayat mereka ditemui ahli keluarga dan rakan yang datang meninjau ke rumah itu selepas curiga apabila panggilan telefon tidak berjawab sejak awal pagi.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid AB Wahab berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian pada jam 10.30 malam dan pemeriksaan mendapati kedua-dua mangsa ditemui dalam keadaan terbaring secara bertentangan dengan kesan darah berlumuran di keliling mereka.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/15


Duda cemburu simbah asid

Posted: 14 Sep 2012 12:59 PM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang 'gila talak' sanggup bertindak kejam dengan menyimbah asid ke muka teman lelaki bekas isterinya berikutan permintaannya untuk rujuk semula ditolak dalam kejadian di Jalan Segambut, di sini, malam kelmarin.

Akibat kejadian itu, teman lelaki wanita itu, Abdul Rahman Othman, 41, hilang penglihatan mata kirinya dan turut melecur di muka dan tangan kirinya.

Menceritakan kembali kejadian itu, Abdul Rahman berkata, persahabatan dengan teman wanita dan bekas suami wanita itu sudah terjalin sejak 20 tahun lalu dan hubungan mereka terputus selepas mereka berkahwin.

Bagaimanapun, katanya, setahun lalu, dia terserempak dengan teman wanitanya itu yang sudah berstatus janda ketika bekerja dan wanita itu menceritakan masalah dan tekanan dihadapinya akibat sikap pemarah serta cemburu buta bekas suaminya itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/15


Tiada ulasan:

Catat Ulasan