Selasa, 18 September 2012

Berita Harian: Nasional

Berita Harian: Nasional


Pengerusi DAP Perak dikecam

Posted: 18 Sep 2012 02:42 PM PDT

Kuala Lumpur: Pelbagai pihak mengutuk Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham, kerana mempersoalkan tindakan umat Islam membantah filem Innocence of Muslims yang menghina Nabi Muhammad SAW.

Mereka menganggap Koo Ham tidak sensitif apabila menyifatkan bantahan terhadap filem itu hanya membuang masa dan tenaga, serta mahu beliau memohon maaf kepada seluruh umat Islam.

Tidak sensitif
Susulan kenyataannya, tiga laporan polis dibuat di Perak, semalam menggesa pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan ke atas Koo Ham kerana menghina umat Islam.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata kenyataan Koo Ham mendukacitakan dan sangat provokatif.

Sepatutnya dia (Koo Ham) berkongsi perasaan yang ditanggung umat Islam. Kita tidak boleh menggunakan sebarang bentuk penghinaan terhadap Nabi kerana ia menyentuh perasaan umat Islam, katanya di Ipoh, semalam.

Koo Ham, Ahli Parlimen Beruas dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sitiawan, dalam twitternya, Ahad lalu, mempersoalkan sama ada umat Islam membuang masa dan tenaga membantah filem itu.
Tweetnya berbunyi: Khairy wants muslim protest against Sam Bacile. For Islam or for his political gains? Are muslims wasting too much time & energy on this? (Khairy (Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin) mahu umat Islam mengadakan protes terhadap Sam Bacile (pembikin filem itu). Untuk Islam atau untuk kepentingan politiknya? Adakah Muslim membuang terlalu banyak masa dan tenaga untuk ini?)

Koo Ham tidak faham isu agama

Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim, menganggap kenyataan Koo Ham membuktikan pemimpin DAP tidak sensitif dan tidak memahami soal Islam, sekali gus tidak menampakkan kelayakannya sebagai pemimpin yang sesuai bagi Malaysia.

Tindakannya mempersoalkan Khairy (kerana mahu menganjurkan bantahan) adalah serangan politik.

Memanglah dia (Khairy) kena keluarkan arahan, isu ini bukan politik tetapi soal maruah dan kesucian Islam. Koo Ham kena tahu tidak semua perkara berkaitan politik, katanya.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, berkata isu membabitkan penghinaan terhadap Nabi junjungan umat Islam, sekali gus menjadi tanggungjawab Muslim untuk bersuara dan menunjukkan bantahan.

Itu hak kita untuk mempertahankan. Kita membantah sekeras-kerasnya filem itu, malah akan mengadakan himpunan besar, Jumaat ini di kedutaan Amerika Syarikat diketuai Presiden (Datuk Seri Hadi Awang) dan disertai lebih 50,000 orang, katanya.

Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw pula berkata, sebarang perkara menyinggung sensitiviti pihak lain, khususnya perihal agama, tidak harus disentuh.

Jika menyentuh sensitiviti agama, memang penganutnya akan berasa marah... sesiapa pun begitu sama ada Islam, Kristian, Hindu atau Buddha. Justeru, janganlah kita menyentuh perkara yang boleh menyinggung agama lain dan penganutnya, katanya.

Polis tahan bomoh nikah batin siasat kes rogol

Posted: 18 Sep 2012 02:37 PM PDT

Seremban: Bomoh nikah batin yang ditahan jabatan agama di sini, kelmarin kerana memperdayakan wanita untuk seks, diberkas polis sebaik dia dilepaskan dengan jaminan Mahkamah Syariah, semalam.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Yusoff Awang, berkata suspek ditahan di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, sebaik urusan jaminannya selesai.

Diberkas selepas dibebaskan mahkamah syariah
"Kita menahan suspek selepas menerima satu laporan berkaitan kes rogol. Sebaik selesai siasatan, kami akan menyerahkannya semula kepada pihak Mahkamah Syariah untuk tindakan lanjut. Esok (hari ini) kita akan memohon untuk menahan remannya," katanya.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rendah Syariah membenarkan Mohd Sombhas Abdullah, 48, dibebaskan dengan jaminan sementara menunggu empat pertuduhan mengikut Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992.

Berita lanjut dapatkan akhbar BH hari ini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan