Kosmo Online |
Posted: Lintah masuk dalam dubur13/05/2012 7:08pm KOTA BHARU - Seorang murid tahun satu Sekolah Kebangsaan Kampung Chengal, Ketereh, di sini melalui pengalaman yang mengerikan apabila seekor lintah sebesar ibu jari orang dewasa, masuk ke dalam duburnya ketika menangkap ikan di sebuah paya berdekatan rumahnya. Mohd. Farhan Adli Mohd. Alpatah, 7, yang berasal dari Kampung Paya Rambai berkata, dia hanya menyedari kehadiran lintah tersebut selepas mengalami pendarahan di duburnya. "Saya masuk hospital semalam selepas tengok dubur berdarah ketika nak buang air besar dan beritahu keluarga mengenai perkara itu sebelum mendapatkan rawatan di hospital Raja Perempuan Zainab II. "Sebelum ini, saya dan tiga orang rakan pergi ke sebuah paya berdekatan rumah untuk mencari ikan, namun tak sangka pula ada lintah masuk dalam dubur," katanya. Kanak-kanak itu dijangka keluar daripada hospital dalam tempoh sehari dua lagi setelah lintah itu berjaya dikeluarkan. - BERNAMA |
Kelantan cuti 20 Mei sempena Piala FA Posted: Kelantan cuti 20 Mei sempena Piala FA13/05/2012 6:17pm KOTA BHARU - Kelantan hari ini mengumumkan 20 Mei iaitu Ahad depan sebagai Cuti Peristiwa sempena perlawanan akhir bola sepak Piala FA antara Kelantan dan Sime Darby di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata pemberian cuti itu diputuskan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. "Dengan pengumuman awal ini, diharapkan rakyat Kelantan dapat merancang cuti itu dengan baik dan tidak tergopoh-gapah untuk pulang segera kerana yang penting ialah soal keselamatan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. Abdul Fattah berkata, pengumuman cuti itu juga sebagai satu penghargaan buat rakyat Kelantan dan untuk membolehkan mereka hadir beramai-ramai menyaksikan perlawanan akhir itu dengan penuh semangat kesukanan. Beliau berkata, kerajaan negeri buat masa ini tidak membuat sebarang keputusan mengenai pemberian imbuhan khas jika Kelantan menjuarai Piala FA itu. - BERNAMA |
Penduduk Pekan Ijok buat demonstrasi Posted: Penduduk Pekan Ijok buat demonstrasi13/05/2012 6:10pm KUALA SELANGOR - Kira-kira 100 orang penduduk kampung Pekan Ijok dekat sini hari ini mengadakan demonstrasi membantah pembinaan projek perumahan dan lot kedai di kawasan kediaman mereka. Penduduk di situ mendakwa, akibat kegiatan pembinaan itu, mereka bakal kehilangan kuil, pondok rehat, padang bola sepak dan tanah wakaf yang bakal digunakan untuk tanah perkuburan Islam. "Ketika pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN) iaitu pada tahun 2007, di bawah pentadbiran Khir Toyo, beliau berjanji kerajaan BN tidak akan menganggu kawasan kediaman penduduk dan tidak akan meluluskan sebarang projek pembinaan di kawasan kediaman kami. "Begitu juga ketika kempen pilihan raya ke-12 pada 2008, Pakatan Rakyat (PR) ketika itu turut membuat janji yang sama iaitu tidak akan menjalankan sebarang projek pembinaan di kawasan kampung ini. "Tetapi selepas PR memenangi pilihan raya, janji hanya tinggal janji apabila Menteri Besar Selangor sekarang, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meluluskan projek itu," kata wakil penduduk kampung, S. Ratnam. Ratnam berkata, penduduk akan menghantar memorandum peringatan kepada Menteri Besar Selangor supaya projek pembinaan itu dihentikan. "Kami mahu Menteri Besar selesaikan masalah ini segera sebelum laporan polis dibuat berhubung perkara ini," katanya. - BERNAMA |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan