Harian Metro: Setempat |
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Harian Metro: Setempat |
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Berita Harian: Mutakhir |
| Posted: 05 Dec 2012 02:51 AM PST KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup kukuh hari ini dengan unjuran ekonomi yang positif bagi tahun depan membantu merancakkan sentimen pasaran, kata para peniaga. Petunjuk utama pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 6.18 mata kepada 1,613.79.
Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia menjangkakan ekonomi Malaysia akan berkembang kepada 5.6 peratus tahun depan berdasarkan kepada persekitaran ekonomi global yang menggalakkan. Sementara itu, niaga janji bernilai RM28 bilion yang dimeterai semalam bagi pembangunan dalam bidang nanoteknologi serta beberapa pelaburan ikonik di Iskandar Malaysia, dilihat segagai pemangkin utama yang lain untuk pertumbuhan ekonomi negara. Dalam pada itu, penganalisis teknikal kanan TA Securities, Stephen Soo berkata pergerakan Bursa Malaysia adalah seiring dengan prestasi pasaran serantau yang lain, dirangsang oleh mandat daripada pemimpin baharu China untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara itu tahun hadapan. "Pelabur mengalihkan fokus mereka daripada isu jurang fiskal AS untuk mengharapkan pertumbuhan di ekonomi kedua terbesar di dunia, China, akan pulih lebih cepat daripada yang dijangkakan," kata beliau kepada Bernama.
Saham-saham untung mengatasi saham rugi dengan 361 berbalas 293 sementara 345 kaunter tidak berubah, 634 tidak diniagakan dan 18 yang lain digantung. Jumlah dagangan mengukuh kepada 829.126 juta saham bernilai RM1.19 bilion daripada 788.99 juta saham bernilai RM1.24 bilion semalam. Indeks Kewangan melonjak 46.18 mata kepada 15,031.56, Indeks Perindustrian
Indeks FBM Ace, bagaimanapun, turun 6.29 mata kepada 4,174.68. Indeks FBM Emas lebih tinggi 36.38 mata kepada 10,992.97, FBMT100 meningkat 37.45 mata kepada 10,845.69 dan Indeks FBM Mid 70 menambah 22.319 mata kepada 12,056.14. Antara saham-saham aktif, Astral Supreme-Warr menambah satu sen kepada 10.5 sen, Takaso Resources jatuh 1.5 sen kepada 25.5 sen, Tiger Synergy kekal pada 34 sen sementara Astral Supreme lega setengah sen kepada 26 sen. Untuk saham berwajaran tinggi, Maybank naik satu sen kepada RM9.07, CIMB melonjak enam sen kepada RM7.54, Sime Darby kerugian satu sen kepada RM8.96 sementara Axiata meningkat tiga sen kepada RM5.96. Jumlah dagangan di Pasaran Utama menokok kepada 654.49 juta unit bernilai RM1.17 bilion daripada 586.86 juta unit bernilai RM1.21 bilion pada hari Selasa. Jumlah dagangan di pasaran Ace turun kepada 126.13 juta saham bernilai RM20.23 juta daripada 151.70 juta saham bernilai RM20.99 juta semalam. Waran susut kepada 44.99 juta unit bernilai RM2.66 juta daripada 48.53 juta unit bernilai RM2.49 juta sebelumnya. Produk pengguna menguasai 95.718 juta saham di Pasaran Utama, produk perindustrian 197.583 juta, pembinaan 18.409 juta, urus niaga dan perkhidmatan 193.737 juta, teknologi 44.119 juta, infrastruktur 14.533 juta, kewangan 34.0 juta, perhotelan 190,700, hartanah 38.435 juta, perladangan 11.932 juta, perlombongan 5,000, REIT 5.818 juta dan dana tertutup 1,000. - BERNAMA
|
| Jenain minta maaf kepada keluarga Aminulrasyid Posted: 05 Dec 2012 02:49 AM PST SHAH ALAM: Walaupun Mahkamah Tinggi di sini hari ini membebaskan beliau daripada tuduhan menyebabkan kematian Aminulrasyid Amzah, dua tahun lepas, Koperal Jenain Subi tetap merendah diri memohon maaf kepada keluarga remaja lelaki itu. "Saya minta maaf kepada keluarga Aminulrasyid atas apa yang berlaku," katanya ketika ditemui pemberita di luar mahkamah.
"Alhamdulillah...semua ini kuasa Tuhan dan selama ini saya berserah kepadaNya. Hari ini telah terbukti siapa salah dan siapa tidak salah dan akhirnya saya mendapat keadilan yang sewajarnya," katanya yang tidak dapat menahan tangisan. Terdahulu, Hakim Datuk Abdul Rahman Sebli membuat keputusan membebaskan Jenain daripada tuduhan selepas menerima rayuan anggota polis itu terhadap sabitan dan hukuman penjara lima tahun yang dijatuhkan ke atasnya oleh Mahkamah Sesyen di sini pada September tahun lepas. Sejurus hakim membacakan keputusannya, Jenain yang memakai kemeja dan berkopiah putih mengalirkan air mata dan tersenyum. Isteri serta seorang anak perempuannya yang berada di galeri awam turut menangis kegembiraan. Beliau yang pernah bertugas sebagai polis mahkamah turut menerima ucapan tahniah daripada beberapa anggota polis yang hadir memberikan sokongan moral.
Pertuduhan mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan boleh dikenakan denda. Aminulrasyid disahkan meninggal dunia akibat luka tembakan di kepala. Ditanya sama ada beliau masih ingin meneruskan khidmat dalam pasukan polis, Jenain yang kini digantung tugas berkata kejadian itu tidak mematahkan semangatnya untuk terus berkhidmat sebagai anggota polis. "Saya tetap akan teruskan perjuangan dan berkhidmat untuk pasukan polis serta kerajaan," kata bapa kepada empat orang anak yang berkhidmat selama 25 tahun dalam pasukan polis. Sementara itu, ibu Aminulrasyid, Norsiah Mohamad, 62, berkata keluarganya tidak berpuas hati terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan Jenain daripada tuduhan menyebabkan kematian anaknya. Beliau berkata keluarganya akan berbincang dengan peguam untuk membuat semakan terhadap keputusan itu. "Sudahlah keputusan awal ke atas tertuduh sebelum ini hanya menjatuhkan hukuman penjara lima tahun dan kali ini dalam keputusan rayuan tertuduh dibebas daripada kesalahan itu. "Saya sebagai seorang ibu mahukan hukuman setimpal dikenakan terhadap tertuduh kerana anak saya bukan penjenayah tetapi hanya tidak memiliki lesen memandu semasa kejadian berlaku," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Seksyen 11 di sini hari ini. Norsiah berkata, beliau hanya mengetahui mengenai keputusan pembebasan Jenain selepas dihubungi anak sulungnya, Nor Azura, 42, yang membaca berita di Internet. Beliau berkata, keluarganya tidak dapat hadir di mahkamah untuk mendengar keputusan kerana semua anaknya sibuk bekerja dan hanya mampu berdoa di rumah supaya anggota polis itu dijatuhi hukuman setimpal. "Bagaimanapun saya amat terkejut dan terkilan dengan keputusan ini. Saya juga rasa sangat sedih kerana kematian anak saya seolah-olah tidak mendapat pembelaan sewajarnya," katanya. - BERNAMA |
| You are subscribed to email updates from Berita Harian: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Berita Harian: Nasional |
| Posted: 04 Dec 2012 02:56 PM PST Johor Bahru: Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) Ke-8 yang bermula semalam, menyaksikan enam memorandum persefahaman (MoU) dimeterai membabitkan projek dianggarkan bernilai RM28 bilion. Majlis pertukaran dokumen antara beberapa firma tempatan dan asing itu disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak serta pemimpin negara yang hadir pada forum tahunan berkenaan. Tandatangani perjanjian Sunway City Sdn Bhd memeterai perjanjian langganan dan pemegang saham bersama Iskandar Asset Sdn Bhd untuk mereka bentuk konsep, mengurus, melaksana dan memajukan projek Sungai Pendas yang mempunyai potensi nilai pembangunan kasar (GDV) RM12 bilion. UEM Land Bhd pula memeterai MoU bersama firma China, Chinamall Holding Pt Ltd untuk membangunkan China Mall, iaitu sebuah pusat dagangan dan pameran produk keluaran republik itu di Nusajaya, Iskandar Malaysia dengan nilai anggaran RM562 juta. Pada masa sama, UEM Land juga memeterai perjanjian kerjasama dengan Iskandar Investment Bhd (IIB) dan Telekom Malaysia Bhd (TM) untuk melaksana infrastruktur komunikasi serta teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta beberapa perkhidmatan telekomuninasi bagi merealisasikan aspirasi Nusajaya sebagai bandar raya pintar dan terhubung. Usaha sama juga termeterai bagi kerjasama Infrastruktur dan Perkhidmatan Bandar Raya Pintar+Terhubung di Nusajaya antara UEM Land, IIB, TM, Centions Co Ltd dan Cisco System International BV untuk meninjau peluang menyediakan prasarana bandar raya pintar, menubuhkan sebuah syarikat operasi perkhidmatan terurus serta menubuhkan sebuah Pusat Inovasi Global (GIC) Nusajaya. Pada majlis pertukaran dokumen berkenaan, pemandu kereta lumba Formula One (F1) McLaren, Lewis Hamilton menghadiahkan cenderamata sepasang jaket yang ditandatanganinya kepada Najib bagi pihak UEM Land. Pelumba kelahiran United Kingdom itu hadir sebagai tanda sokongannya terhadap projek Motorsport City. Forum tiga hari itu, disertai lebih 2,000 delegasi dari 86 negara. Antara pemimpin yang hadir adalah Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Singapura Thurman Shanmugaratnam dan Presiden Comoros, Dr Ikililou Dhoinine. |
| Fahaman syiah menular di Perlis Posted: 04 Dec 2012 02:55 PM PST Kangar: Jabatan Mufti Perlis mengesan gerakan membawa masuk fahaman Syiah yang difatwakan haram ke negeri ini. Beberapa pengikut Syiah dikesan mengedar risalah berkaitan fahaman itu di beberapa majlis terutama anjuran jabatan itu sejak dua hari lalu. Roslan berkata, ratusan risalah diedar kumpulan yang disyaki penganut Syiah dari Kedah itu dalam dua majlis anjuran pihaknya di sekitar daerah ini. "Kali pertama risalah itu diedar pada majlis di Masjid Tuanku Syed Putra, di sini, malam kelmarin, sebelum tindakan itu sekali lagi dikesan ketika seminar 'Mencintai Sahabat Nabi' di Dewan Warisan di sini, pagi tadi. "Kita sudah buat laporan polis berhubung tindakan kumpulan terbabit termasuk penggunaan nama Jabatan Mufti Perlis yang dikhuatiri bukan saja mengelirukan, malah berpotensi menimbulkan ancaman. "Malah, perkara itu akan turut dimaklumkan kepada Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs) untuk tindakan susulan kerana dakyah dibawa kumpulan itu berbahaya dan boleh menyesatkan akidah umat Islam," katanya di sini, semalam. "Kita percaya wujud gerakan tersembunyi yang berusaha menyebarkan fahaman berkenaan dan kumpulan itu dilihat semakin berani melakukan aktiviti itu secara terbuka termasuk di majlis rasmi serta tempat ibadat. "Kita yakin kumpulan ini sedang berusaha menerapkan ajaran Syiah ke seluruh Malaysia dan mereka kini mula menyebarkan fahaman berkenaan di Perlis selepas didakwa semakin kukuh di Kedah," katanya. |
| You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Utusan Online - Mahkamah |
| Tertuduh buat laporan polis, mahkamah lantik peguam Posted: 04 Dec 2012 09:52 AM PST [unable to retrieve full-text content]SHAH ALAM 4 Dis. - Selepas 'dikejutkan' dengan penarikan diri dua peguam bela pada perbicaraan kes bunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya semalam, Mahkamah Tinggi di sini hari... |
| Lelaki tidak mengaku samun salon Posted: 04 Dec 2012 09:52 AM PST [unable to retrieve full-text content]KOTA BHARU 4 Dis. - Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lima tuduhan termasuk melakukan rompakan bersenjatakan pisau dan pistol tiruan di sebuah salon di Kuala... |
| You are subscribed to email updates from Utusan Online - Mahkamah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Utusan Online - Rencana |
| Antara janji benar, janji bayang-bayang Posted: 04 Dec 2012 09:52 AM PST [unable to retrieve full-text content]SEMASA gelagat seorang individu disentuh sepintas lalu dalam ucapan penggulungan Presiden UMNO Sabtu lepas, Ketua Penerangan UMNO Bahagian Labuan, Datuk Yusoff Mahal ada di situ. Beliau turut mendengar... |
| Menilai 'politik bersekedudukan' Pas Posted: 04 Dec 2012 09:52 AM PST [unable to retrieve full-text content]''ADAKAH nafsu untuk berkuasa mengatasi prinsip perjuangan? Adakah matlamat telah menghalalkan cara? Tidak mengapalah kalau tidak melibatkan orang lain, tetapi apa yang tragisnya, ia telah menjadi pesta... |
| You are subscribed to email updates from Utusan Online - Rencana To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Harian Metro: Mutakhir |
| Beri laporan kepada pembayar zakat: Jamil Khir Posted: 04 Dec 2012 01:01 AM PST PUTRAJAYA: Semua majlis dan jabatan agama Islam negeri disaran mengeluarkan kad laporan agihan zakat kepada pembayar zakat, sebagai galakan kepada mereka untuk terus berzakat. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, amnya, menjelang hujung tahun antara 80 hingga 90 peratus daripada kutipan zakat telah diagih kepada golongan asnaf.
Baki dalam 20 peratus itu akan dibawa ke tahun depan, terutama untuk agihan pada Januari dan Februari kerana pada bulan itu jumlah kutipan zakat agak berkurangan, katanya kepada pemberita selepas melancarkan sambutan Bulan Zakat Kebangsaan 2012, di sini, hari ini. Katanya golongan asnaf tertinggi yang menerima agihan zakat ialah fakir miskin, diikuti pembiayaan pendidikan.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/04 |
| 9 pemain kelab, negeri setuju sertai Harimau Muda A: Kim Swee Posted: 04 Dec 2012 12:58 AM PST KUALA LUMPUR: Sembilan pemain daripada pasukan kelab dan negeri telah menyatakan persetujuan menyertai pasukan Harimau Muda A (skuad bawah 23 tahun negara) pada musim depan, kata ketua jurulatih skuad berkenaan, Ong Kim Swee. Pemain terbabit ialah Mohd Rozaimi Abd Rahman (Sabah), Muhammad Nurridzuan Abu Hassan, D Kenny Pallraj (Perak); Muhammad Zubir Mohd Azmi (Terengganu), Nik Mohd Shahrul Azim Ab Halim (Kelantan) dan Mohd Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham (PKNS FC).
Mohamad Firdaus Muhamad (Harimau Muda B), Saiful Ridzuwan Selamat (UiTM FC) dan Adam Nor Azlan dari Sekolah Sukan Bukit Jalil. "Kesemua pemain tersebut telah melapor diri semalam kecuali dua pemain dari Perak yang membantu pasukan mereka menghadapi (Perlis) pada suku akhir kedua Piala Emas Raja-Raja (di Stadium Perak, Ipoh), hari ini," katanya kepada Bernama, hari ini.
"Saya difahamkan, Mohd Aminuddin bersama Mohd Azrif Nasrulhaq kini bersama pasukan Selangor PKNS menghadapi perlawanan persahabatan sebagai persiapan menghadapi Liga Malaysia tahun depan, namun saya berharap dapat menyelesaikan proses mendapatkan kedua-dua pemain berkenaan sebelum 10 Dis ini," katanya. Beberapa pemain skuad berkenaan telah meninggalkan pasukan itu berikutan telah melebihi had umur, antaranya pemain kebangsaan Mahalli Jasuli yang menyertai pasukan Selangor. Skuad Harimau Muda A bakal beraksi di Eropah musim depan sebagai persediaan awal mempertahankan pingat emas Sukan SEA 2013 di Myanmar dan tempat mereka dalam Liga Singapura akan digantikan skuad Harimau Muda B yang dikendalikan bekas jurulatih Kuala Lumpur, Razip Ismail. - Bernama Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/04 |
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Utusan Online - Dalam Negeri |
| Tender AES dibuat secara telus, tidak tergesa-gesa Posted: 04 Dec 2012 03:06 AM PST [unable to retrieve full-text content]PUTRAJAYA 4 Dis. - Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan menegaskan pemilihan pembekal teknologi Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dilakukan secara telus dan tidak... |
| Iskandar Malaysia bersedia jadi rantau rancak Posted: 04 Dec 2012 02:45 AM PST [unable to retrieve full-text content]JOHOR BAHARU 4 Dis. - Pertumbuhan Iskandar Malaysia sejak pengenalannya enam tahun lepas telah melepasi jangkaan dan koridor raya itu telah bersedia untuk menjadi rantau yang paling rancak dan menarik... |
| Hospital Shah Alam beroperasi Oktober 2013 Posted: 04 Dec 2012 01:09 AM PST [unable to retrieve full-text content]SHAH ALAM 4 Dis. - Projek pembinaan Hospital Shah Alam (HSA) di Seksyen 7 di sini hampir siap sepenuhnya dan dijangka beroperasi pada Oktober tahun depan, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Shaziman... |
| You are subscribed to email updates from Utusan Online - Dalam Negeri To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Berita Harian: Mutakhir |
| Iskandar Malaysia bersedia jadi rantau yang rancak, menarik: Najib Posted: 04 Dec 2012 02:24 AM PST JOHOR BAHRU: Pertumbuhan Iskandar Malaysia sejak pengenalannya enam tahun lalu melepasi jangkaan dan koridor raya itu telah bersedia untuk menjadi rantau yang paling rancak dan menarik, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini. Bercakap kepada media di luar acara Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) yang kelapan di sini, beliau berkata para tetamu yang menghadiri forum itu amat kagum dengan pembangunan rancak Malaysia.
"Dengan tarikan seperti Taman Tema Keluarga Puteri Harbour, Johor Premium Outlet dan Legoland Malaysia, Iskandar Malaysia telah bersedia untuk mencapai matlamatnya," kata Najib yang juga Menteri Kewangan. Perdana Menteri berkata, terdapat beberapa perkembangan menarik di Iskandar Malaysia yang tidak pernah berlaku sebelum ini. "Contohnya, lebih ramai rakyat Singapura kini memilih untuk tinggal di Johor dan berulang setiap hari dari sini ke republik itu. "Pelajar juga berulang alik setiap hari dari republik itu untuk menghadiri sekolah di Marlborough College di Nusajaya.
"Ini adalah situasi menang-menang (manfaat bersama), Johor akan mendapat manfaat daripada kebanjiran orang, bakat serta aliran masuk modal. Ia baik untuk masa hadapan Johor," kata beliau. Ditanya sekiranya pertukaran dokumen hari ini untuk enam kerjasama di Iskandar Malaysia dengan jumlah nilai anggaran RM28 bilion bermakna jumlah pelaburan di koridor ekonomi itu telah melebihi RM100 bilion. Najib berkata, satu majlis khas akan diadakan pada 11 Dis untuk beliau mengumumkan angka terbaru untuk jumlah pelaburan kumulatif Iskandar Malaysia. "Angka itu nampak amat menggalakkan tetapi saya simpan dulu pengumuman saya itu. Satu majlis khas akan diadakan pada 11 Disember, eksklusif mengenai Iskandar Malaysia," katanya. Antara perjanjian yang dimeterai hari ini ialah antara Sunway City Sdn Bhd dan Iskandar Asset Sdn Bhd untuk memajukan Sungai Pendas, berdekatan Medini, dengan nilai pembangunan kasar RM12 bilion. Lain-lain memorandum persefahaman ialah antara UEM Land Bhd dan Chinamall Holdings Private Ltd untuk memajukan China Mall, sebuah pusat perdagangan dan pameran di Nusajaya. UEM Land, Iskandar Investment Bhd dan Telekom Malaysia Bhd turut memeterai perjanjian untuk menyediakan infrastruktur komunikasi dan ICT bagi merealisasikan aspirasi Nusajaya yang Pintar dan Terhubung. UEM Land, pemaju induk Nusajaya, turut memeterai perjanjian usaha sama dengan Fastrack Autosport Pte Ltd, yang dikuasai oleh bilionair Singapura, Peter Lim, untuk memajukan Motorsport City bernilai RM3.5 bilion di Gerbang Nusajaya. - BERNAMA
|
| Rangka tindakan kebolehpasaran siswazah dilancar Posted: 04 Dec 2012 02:07 AM PST SEPANG: Kerajaan hari ini melancarkan 'Graduate Employability Blueprint 2012-2017' (Rangka Tindakan Kebolehpasaran Siswazah) bagi menangani isu tenaga kerja mahir dan profesional negara. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pelan itu menggariskan empat intipati membabitkan sistem pengajian yang berupaya melahirkan modal insan berkualiti; berdaya saing secara global dan memenuhi keperluan negara; dan mampu menyediakan peluang kerjaya impian kepada siswazah.
Mohamed Khaled berkata, pelan itu juga bertujuan mewujudkan sistem pengajian yang dapat bertindak secara berkesan terhadap perubahan ekonomi dan peluang pekerjaan di negara ini. Katanya, sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi memastikan kelancaran pelaksanaan rangka tindakan itu. Selepas enam tahun pelaksanaan, rangka tindakan itu akan dinilai, katanya. Bagi menyokong kelancaran pelaksanaan rangka tindakan itu, beberapa program kebolehpasaran graduan dan kebolehdapatan kerja dilaksana, antaranya Pusat Kecemerlangan Industri (ICoE), iaitu program kerjasama antara universiti dan industri, katanya.
Bercakap kepada pemberita kemudian, Mohamed Khaled berkata diharapkan dengan pelaksanaan pelan itu, segala masalah yang dibangkitkan industri selama ini berhubung tenaga kerja yang dikeluarkan universiti tempatan dapat ditangani. - BERNAMA |
| You are subscribed to email updates from Berita Harian: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Harian Metro: Setempat |
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Utusan Online - Muka Hadapan |
| Genneva Malaysia syarikat bermasalah Posted: 03 Dec 2012 10:39 AM PST [unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR 3 Dis. - Hasil serbuan Bank Negara Malaysia (BNM) bersama beberapa agensi penguatkuasa terhadap syarikat-syarikat yang disyaki menjalankan skim pelaburan haram menggunakan emas mendapati satu... |
| Posted: 03 Dec 2012 10:39 AM PST [unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR 3 Dis. - Polis menyangkal dakwaan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar baru-baru ini, yang menyatakan jumlah anggota polis di negara ini sudah mencukupi dan melebihi... |
| 4 wanita Uzbekistan dagang gadis ke Malaysia Posted: 03 Dec 2012 10:39 AM PST [unable to retrieve full-text content]TASHKENT 3 Dis. - Empat wanita Uzbekistan dipenjara selama lapan tahun setiap seorang oleh mahkamah Uzbekistan kerana memperdagangkan gadis negara ini ke Malaysia dan memaksa mereka bekerja sebagai pelacur. |
| You are subscribed to email updates from Utusan Online - Berita Utama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Utusan Online - Politik |
| Posted: 03 Dec 2012 10:39 AM PST [unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR 3 Dis. - Polis menyangkal dakwaan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar baru-baru ini, yang menyatakan jumlah anggota polis di negara ini sudah mencukupi dan melebihi... |
| Posted: 03 Dec 2012 10:39 AM PST [unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR 3 Dis. - Segelintir warga Malaysia yang mahu bereksperimen menukar kerajaan diminta melupakan hasrat tersebut, sebaliknya mereka perlu bersama-sama mempertahankannya demi masa depan negara... |
| You are subscribed to email updates from Utusan Online - Politik To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Berita Harian: Nasional |
| Posted: 03 Dec 2012 02:18 PM PST Malaysia semalam menerima pujian kerana kemampuannya mengekalkan ketamadunan dan keharmonian antara kaum dan agama tanpa perlu menurut telunjuk asing. "Tidak hairanlah Malaysia sinonim dengan panggilan Harimau Malaya," kata Wakil Tertinggi Perikatan Ketamadunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNAOC), Nassir Abdulaziz Al-Nasser. "Umat Islam di Malaysia berjaya mengimbangkan kehendak dunia moden dengan tuntutan Islam sehingga mampu menjadi sebuah negara maju yang mampu menjadi jurucakap negara Islam lain dan negara dunia ketiga. "Kehebatan Malaysia ini perlu dicontohi negara Islam lain," katanya berucap pada majlis Perasmian Pusat Perikatan Ketamadunan Antarabangsa (INTAC) di Institut Pemikiran Islam dan Ketamadunan (ISTAC) di sini, semalam. Majlis itu dirasmikan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman. Turut hadir Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Tan Sri Mohd Sidek Hassan dan Rektor UIAM, Prof Datuk Sri Dr Zaleha Kamarudin. Banyak perkara yang saya pelajari mengenai negara ini melalui kajian sejarah dan keupayaannya memperjuangkan dan mempertahankan kebebasan dan maruah negaranya, katanya. Ia perlu kerana keharmonian dan keamanan sesebuah negara hanya akan wujud sekiranya hak asasi manusia di negara berkenaan terjamin. Sehubungan itu, pemimpin dunia perlu sedar semangat bersatu padu penting bagi mencapai kesepakatan bersama justeru kewujudan Perikatan Ketamadunan penting bagi mewujudkan persefahaman yang terbaik antara satu sama lain. Ia tidak boleh dipandang remeh kerana keharmonian dan keamanan sesebuah negara penting bagi memastikan pembangunan mapan dapat dicapai, katanya. Sementara itu, Anifah berkata penubuhan INTAC penting bagi melahirkan graduan berkualiti khusus kepada bidang berkaitan yang mempunyai kredibiliti untuk membuat kajian sekali gus memberi maklumat tepat kepada mereka yang memerlukan. Kerjasama erat antara entiti seperti UNAOC, Yayasan Pergerakan Kesederhanaan Global (GMMF) dan UIAM bagi memastikan penubuhan pusat seumpama itu berjaya mencapai objektifnya sekali gus boleh dimanfaatkan untuk keharmonian dan kejayaan pembangunan negara ini, katanya. |
| Emas RM65j belum diserah kepada pelabur Posted: 03 Dec 2012 02:15 PM PST [unable to retrieve full-text content]Kuala Lumpur: Syarikat pelaburan emas, Genneva Malaysia Sdn Bhd yang diserbu Oktober lalu, belum menyerahkan 4,000 kilogram emas bernilai RM64.94 juta kepada lebih 8,000 pelaburnya. |
| You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Utusan Online - Rencana |
| Posted: 03 Dec 2012 10:39 AM PST [unable to retrieve full-text content]PLATFORM media alternatif propakatan pembangkang meninjau, meneliti dan memantau Perhimpunan Agung UMNO 2012 yang baru lalu secara yang cukup halus. Pada mereka, apa sahaja ruang yang ada perlu dicari untuk... |
| Posted: 03 Dec 2012 10:39 AM PST [unable to retrieve full-text content]PERDANA Menteri yang juga Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak sewaktu menggulung perbahasan pada hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO 2012 pada petang Sabtu, 1 Disember lalu berkata bahawa ?kerajaan... |
| You are subscribed to email updates from Utusan Online - Rencana To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Harian Metro: Mutakhir |
| Enam lelaki ditahan bantu kes pemilik bistro ditikam Posted: 03 Dec 2012 02:41 AM PST GEORGETOWN: Polis menahan enam lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes seorang pemilik bistro maut ditikam ketika dia cuba meleraikan pergaduhan antara dua kumpulan di hadapan premisnya di Jalan Burma di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata mereka yang berusia antara 18 hingga 26 tahun itu ditahan di beberapa lokasi di sekitar bandar raya ini.
"Empat lelaki ditahan di sebuah restoran makanan segera di Greenlane beberapa jam selepas kejadian. Salah seorang daripada mereka mempunyai kesan kecederaan di kepala. "Dua lagi lelaki ditahan di bandar raya ini pada pukul 9.15 malam tadi. Usaha mengesan beberapa lagi suspek giat dijalankan," katanya.
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat atau melihat kejadian berkenaan agar menghubungi balai polis berdekatan atau Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di talian 04- 2181822. Dalam kejadian 3 petang itu, Keoh Thian Poh, 26, maut selepas tiga jam dimasukkan ke sebuah hospital swasta akibat ditikam di belakang badannya. - Bernama Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/03 |
| Remaja pukul abang hingga mati direman Posted: 03 Dec 2012 12:50 AM PST GEORGETOWN: Remaja lelaki yang memukul abangnya sehingga maut di kediaman kelamin warga tentera di Kem Sungai Ara, Bayan Lepas, di sini, dua hari lalu direman sehingga Khamis ini. Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supt Hatta Md Zin berkata setakat ini kes itu disiasat menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, namun ia akan dirujuk kepada Pejabat Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.
"Walaupun kejadian itu seperti tidak disengajakan, kita tetap siasat menurut Seksyen 302 iaitu membunuh. Tetapi keputusan sama ada remaja berusia 16 tahun itu akan didakwa menurut Seksyen 302 atau seksyen lain bergantung kepada Pejabat Pendakwa Raya," katanya ketika dihubungi hari ini. Hatta berkata polis telah mengambil keterangan daripada beberapa saksi di tempat kejadian termasuk ibu mangsa.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/03 |
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |