Ahad, 2 Oktober 2011

Utusan Online - Muka Hadapan

Utusan Online - Muka Hadapan


Jenayah seluruh negara menurun

Posted:

Jenayah seluruh negara menurun

Jenayah seluruh negara menurun

Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL
pengarang@utusan.com.my


MuhyidDin Yassin, Hishammuddin Tun Hussein, Abu Seman Yusop (kiri) dan Ismail Omar menyempurnakan perasmian Hari Terbuka PDRM 2011 di Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 1 Okt. - Kadar indeks jenayah antara Januari hingga Ogos tahun ini menurun sebanyak 23.6 peratus, manakala indeks jenayah jalanan pula berkurang sebanyak 39.7 peratus berbanding 2009.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, penurunan itu berjaya dicapai hasil perancangan dan perlaksanaan rapi serta tersusun melibatkan kerjasama padu seluruh anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) di pelbagai peringkat.

''Saya sedar kejayaan ini bukanlah sesuatu yang mudah lebih-lebih lagi untuk menampakkan hasil dalam tempoh yang singkat.

''Namun ia berjaya dicapai hasil komitmen semua pihak di PDRM dari peringkat pengurusan sehinggalah kepada anggota-anggota yang menjalankan operasi harian," katanya ketika berucap pada Hari Terbuka PDRM 2011 dan Hari Kesedaran Jenayah di sini hari ini.

Turut hadir ialah bersama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

Dalam pada itu, Muhyiddin turut menyarankan PDRM menimbangkan potensi penggiliran pegawai dalam tugasan komuniti (community policing) bagi memperluaskan pendedahan kepada semua anggota polis terhadap kaedah mesra rakyat yang sedang dilaksanakan ketika ini.

Kata beliau, PDRM mungkin boleh memberikan lebih banyak peluang kepada anggota polis dalam tugas-tugas berbentuk pencegahan berbanding semata-mata penguatkuasaan.

''Ini supaya hubungan dengan orang awam dalam rangkaian masyarakat setempat itu boleh terjalin dengan lebih kukuh dan akrab.

''Hubungan yang kukuh ini adalah asas perkongsian pintar yang dapat membantu mengenal pasti jenayah secara pencegahan awal dan melaksanakan strategi terbaik untuk mengatasinya," katanya.

Interpol buru usahawan rasuah pegawai Polri RM350,000

Posted:

Interpol buru usahawan rasuah pegawai Polri RM350,000

Interpol buru usahawan rasuah pegawai Polri RM350,000

Oleh ANGELINA SINYANG
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 1 Okt. – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang memburu seorang usahawan tempatan yang dipercayai merasuah dua pegawai polis Indonesia (Polri) sebanyak 1 bilion Rupiah (RM360,000), jumlah yang dikatakan terbesar pernah disogok kepada polis negara itu sebagai habuan untuk melepaskan diri pada pertengahan Ogos lalu.

Sumber polis memberitahu, usahawan berusia 36 tahun itu pada mulanya ditahan di Lapangan Terbang Husein Sastranegara, Bandung pada pertengahan Ogos lalu oleh anggota polis Indonesia selepas pemeriksaan menemui 4.2 gram dadah jenis syabu.

"Dia yang dipercayai anggota sindiket pengedaran dadah antarabangsa kemudian dibawa untuk siasatan lanjut oleh pegawai polis berkenaan.

"Bagaimanapun ketika disoal siasat, suspek dikatakan mengumpan dua pegawai polis itu dengan menawarkan suapan sebanyak 1 bilion Rupiah supaya dia dibebaskan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut sumber itu, akibat gelap mata dengan jumlah wang sebesar itu, dua pegawai polis terbabit bersetuju menerima wang rasuah berkenaan sebelum membebaskan suspek.

"Suspek melarikan diri selepas menyerahkan wang rasuah itu," ujarnya sambil menambah suspek yang disoal siasat sebelum itu mendakwa bertugas sebagai pengarah syarikat minyak berpangkalan di Malaysia.

Sumber itu memberitahu, jenayah rasuah tersebut dikesan apabila salah seorang suspek mengagihkan wang sebanyak 500 juta Rupiah itu kepada isterinya.

"Polis republik itu yang berjaya mengesan jenayah berkenaan menahan kedua-dua pegawai polis itu sebelum dihadapkan ke mahkamah," katanya.

Kata sumber itu, Polis Indonesia yang meminta bantuan pihak polis antarabangsa (Interpol) Malaysia untuk memburu suspek berharap ahli perniagaan itu dapat segera diberkas.

Nikmati pendidikan terbaik

Posted:

Nikmati pendidikan terbaik

Nikmati pendidikan terbaik

leh MOHD. FAIRUZ YUSOFdan ZAMZURINA AHMAD
utusanpahang@utusan.com.my


NAJIB Tun Razak memotong pulut kuning pada Majlis Jalinan Bestari Transformasi Pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pekan, Pekan, Pahang, semalam. Turut hadir, Adnan Yaakob (tiga, kiri). – MINGGUAN/MAHATHIR ALI


PEKAN 1 Okt. – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan telah berjaya membangunkan sistem pendidikan yang terbaik sehingga mampu memberi peluang kepada seluruh masyarakat menimba ilmu tanpa mengira latar belakang dan taraf hidup mereka.

Menurut Perdana Menteri, pelbagai kemudahan dan prasarana disediakan bagi membolehkan pelajar sekolah mengikuti pembelajaran dengan sempurna.

Beliau memberitahu, berbanding di negara maju lain, ada segelintir golongan masyarakat tidak mampu menghantar anak ke sekolah berikutan masalah kewangan atau kemiskinan yang dihadapi mereka.

"Saya ingin memaparkan kepada dunia bahawa sistem pendidikan di Malaysia barangkali lebih baik daripada sesetengah negara maju. Ini kerana di sana orang tertentu sahaja yang ada kedudukan dan kemampuan untuk menghantar anak mereka ke sekolah yang terbaik," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Jalinan Bestari Transformasi Pendidikan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pekan di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Menurut Najib, di negara ini setiap insan dapat membuktikan mereka boleh dididik menjadi manusia yang berilmu, berakhlak dan berjaya.

"Inilah salah satu kebanggaan bagi rakyat Malaysia bahawa sistem pendidikan memberi laluan kepada anak-anak untuk berjaya," ujarnya.

Beliau percaya jika pelajar sekolah didedahkan dalam satu sistem yang memberi kemudahan sebaik mungkin dan dididik oleh guru serta sokongan ibu bapa, kemungkinan besar mereka boleh menjadi orang berjaya.

Utusan Online - Timur

Utusan Online - Timur


Pengorbanan ibu bakar semangat kejayaan Noriah

Posted:

Pengorbanan ibu bakar semangat kejayaan Noriah

Pengorbanan ibu bakar semangat kejayaan Noriah


Tengku Teh Mariah Tengku Jewa (tiga dari kiri) bersama penerima-penerima anugerah cemerlang yang lain di Kuala Terengganu, semalam.


KUALA TERENGGANU 1 Okt. - Ketika berumur lima tahun, nasib Tengku Teh Mariah Tengku Jewa tidak ceria berbanding kanak-kanak lain ekoran kematian bapa tersayang, Tengku Jewa Tuan Man akibat sakit jantung.

Sejak detik itu, anak tunggal dalam keluarga itu dijaga oleh ibunya, Noriah Abdullah yang terpaksa menggalas tanggungjawab sebagai bapa untuk membesarkan serta menyekolahkannya.

Namun di sebalik kepayahan hidup akibat kematian bapanya, Tengku Jewa Tuan Man kira-kira 22 tahun lalu, Tengku Teh Mariah, 27, berjaya melakar kecemerlangan bidang pelajaran.

Buktinya hari ini, beliau mampu mendabik dada apabila bukan saja mencapai ijazah Sarjana Muda Kaunseling malah dua lagi anugerah pada Konvokesyen Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Ke-9 di kampus universiti itu di Gong Badak dekat sini hari ini.

Beliau menerima anugerah Diraja setelah mencapai Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.84 selain terpilih sebagai graduan terbaik Fakulti Pembangunan Sosial dan graduan terbaik program Sarjana Kaunseling.

Ketika ditemui, beliau berkata, segala kejayaan itu adalah hasil pengorbanan besar dan berkat doa ibunya.

"Saya bersyukur pada Allah, akhirnya saya mendapat kejayaan ini, saya jadikan ibu saya sebagai sumber inspirasi kerana dia telah banyak berkorban untuk saya.

"Setiap kali saya peroleh kejayaan dalam pelajaran seperti hari ini, semuanya adalah hadiah untuk ibu dan ini adalah berkat doa serta restu ibu saya," katanya berasal dari Sik, Kedah sambil menahan sebak.

Tengku Teh Mariah berkata, buat masa ini, beliau sudah mendapat tawaran sebagai tutor atau pensyarah di universiti tempatan di samping merancang untuk menyambung pengajian sehingga peringkat doktor falsafah (Ph.D).

Dalam pada itu, bagi Ten Wei Peng, 25, yang memperoleh kepujian Sarjana Sains Matematik, tangan kanannya yang kudung sejak lahir tidak sekali-kali menghalang kejayaannya dalam pelajaran.

Sebaliknya kata beliau, kecacatan itu sentiasa membakar semangatnya untuk lebih gigih berusaha dalam memenuhi hasratnya membantu keluarga setelah kematian bapa ketika usianya 17 tahun.

"Pada mulanya memang orang nampak pelik sebab tangan kanan saya kudung tapi saya kuatkan semangat untuk berjaya seperti orang lain," kata anak sulung daripada tiga beradik yang berasal dari Sungai Siput, Perak.

Kembar Siam masih di wad ICU

Posted:

Kembar Siam masih di wad ICU

Kembar Siam masih di wad ICU

Oleh SITI AIRUNNISA ALAUI
pengarang@utusan.com.my


Pasangan kembar Siam, Nur Shazwanie Zulkifli (kanan) dan adiknya, Nurshazrinie masih dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, semalam.


KUALA TERENGGANU 1 Okt. - Kelahiran Nur Shazwanie Zulkifli dan Nur Shazrinie yang baru berusia seminggu disambut oleh ibu bapa mereka dengan perasaan bercampur gembira dan keresahan terutama mengenai masa depan yang bakal diharungi mereka.

Semasa dalam kandungan, ibu bapa mereka telah dimaklumkan tentang kemungkinan mendapat anak kembar, namun tidak sesekali menduga mereka bukan sekadar dilahirkan bersama malah berkongsi badan yang bercantum pada bahagian pusat hingga dada.

Kedua-dua mereka selamat dilahirkan dengan berat 4 kilogram pukul 11.12 pagi pada 22 September lalu di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dekat sini kini masih ditempatkan di hospital itu untuk rawatan lanjut ekoran menghidap demam kuning.

Biarpun pemeriksaan awal pihak hospital mendapati mereka berkemungkinan berkongsi hati dan jantung, namun bapa kepada kedua bayi ini, Zulkifli Ngah, 41, dan ibunya, Noraini Mohamad, 31, reda dengan anugerah yang dikurniakan kepada mereka.

Ujar Zulkifli, seawal enam bulan pertama kandungan isterinya, dia telah mengetahui tentang risiko dan keadaan kedua-dua anaknya itu, namun tidak gentar dengan ujian Tuhan, malah menerimanya dengan hati terbuka.

Tambahnya, dia tidak terkejut ketika mengetahui isterinya mengandungkan anak kembar ekoran keluarga isterinya turut mempunyai keturunan kembar.

"Ketika menjalani imbasan semasa kandungan berusia enam bulan, pihak Hospital Kemaman memaklumkan bahawa bayi di dalam kandungan isteri saya seperti melekat dan ia disahkan juga oleh HSNZ ketika membuat imbasan di sana.

"Untuk kepastian, kami ke Hospital Kuala Lumpur dan mereka turut mengakui keadaan bayi itu dan ketika itu kami berserah dan berdoa agar bayi kami ini selamat dilahirkan biarpun bercantum di dada," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Dia bersyukur kerana isterinya, Noraini tidak mengalami sebarang komplikasi dan dibenarkan pulang ke rumah keluarga di Kampung Gong Pak Maseh di sini manakala dia berulang alik ke hospital setiap hari untuk mengetahui perkembangan terkini bayi kembar Siam itu yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

453 kereta curi berjaya dikesan

Posted:

453 kereta curi berjaya dikesan

453 kereta curi berjaya dikesan

PASIR PUTEH 1 Okt. - Polis mengesan 453 kereta buatan tempatan bernilai hampir RM1 juta yang dilaporkan dicuri dalam tempoh sembilan bulan bermula Januari tahun ini.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, berdasarkan maklumat siasatan mendapati sebahagian besar kereta dari jenis Proton dicuri oleh individu untuk dijual menerusi pasaran gelap di luar Kelantan dan sebahagian lagi berkemungkinan diseludup ke negara jiran.

Beliau berkata, kebanyakan kes kecurian itu dilakukan bersendirian dan tidak melibatkan sindiket besar tetapi memiliki rangkaian pasaran pembeli yang luas sehingga ke selatan Thailand.

"Ada di antara kereta itu dileraikan untuk dijadikan sebagai alat ganti untuk dijual di kawasan ladang di seluruh negara dan mungkin dijual terus kepada sindiket di negara jiran.

"Daripada jumlah kes itu, sebahagian kereta berjaya diperoleh semula dan suspek berjaya diberkas pihak polis," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Program Komuniti Polis Bersama Masyarakat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh, di sini semalam.

Mazlan berkata, kegiatan curi kereta oleh individu termasuk penagih dadah sudah menjadi trend pada masa ini untuk mendapatkan sumber pendapatan dengan jalan mudah.

Selain kecurian kereta, katanya, dalam tempoh sama polis turut mengesan 1,913 kes curi motosikal yang sebahagian besarnya dari jenama Honda EX-5 yang dileraikan untuk mendapatkan enjin manakala kerangkanya pula dibuang ke dalam sungai dan parit.

"Ia diikuti dengan 631 kes pecah rumah, 218 jenayah seksual termasuk kes rogol secara bergilir-gilir yang turut membabitkan remaja perempuan berusia 14 hingga 15 tahun sebagai mangsa.

"Selain itu, sebanyak 250 kes pergaduhan yang membabitkan golongan remaja, dewasa dan warga tua mencecah usia 60 tahun," katanya.

Bagaimanapun, katanya, pada keseluruhannya indeks kadar jenayah di Kelantan semakin menurun iaitu dari 5,294 yang dicatatkan dalam tempoh sama tahun lepas menurun kepada 4,563 kes pada tahun ini.

Harian Metro: BeritaUtama

Harian Metro: BeritaUtama


Tempat lepas kemarahan

Posted: 01 Oct 2011 10:35 AM PDT

KUALA LUMPUR: Dipukul dan dikurung adalah harga yang terpaksa dibayar seorang lelaki yang beristerikan wanita panas baran, malah kerap naik hantu apabila permintaannya tidak dapat dipenuhi.

Dia dipukul kerana tidak mahu melayani nafsu isterinya dan dikurung hanya disebabkan enggan membeli sebotol air mineral di kedai 40 kilometer dari rumah.

Itulah nasib Azhar, 46, yang mengimpikan mahligai bahagia melalui perkahwinan ketiganya tetapi menjadi mimpi ngeri kerana isteri mudah mengamuk.

"Diherdik dan dihamburkan kata-kata kesat ibarat 'makanannya' kerana hampir setiap hari telinga saya terpaksa menadah cercaannya.


"Dia kerap naik angin hanya kerana perkara remeh, lebih-lebih lagi jika kehendaknya tidak dipenuhi," katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

CAK: Nurul jadi Zaiton

Posted: 01 Oct 2011 10:13 AM PDT

SEINGAT CAK, tahun lalu bukan main hangat lagi teman memperkatakan kisah hidup penyanyi popular 1990-an, Zaiton Sameon yang diangkat ke layar perak.

Maka, ramailah yang menanti, maklumlah Zaiton bukan calang-calang artis. Pada zaman kegemilangannya, siapa tidak kenal empunya diri yang terkenal dengan suara tinggi dan nyaring. Penampilannya yang seksi sering diperkatakan, malah jadi ikutan pada zaman itu.


Tunggu punya tunggu, projek istimewa diterajui Fauziah Nawi itu tidak muncul-muncul, malah lain pula yang jadi apabila timbul kisah kononnya penerbit tidak berpuas hati sehingga projek itu terpaksa diperap.

Bagaimanapun, baru-baru ini CAK dengar filem diberi judul Zaiton itu akan memulakan semula penggambaran tidak lama lagi. Khabarnya filem ini akan diarah oleh Esma Danial dan bintang utamanya pula Nurul Abd Wahab. Maknanya, Nurul akan mengambil alih tempat pelakon berwibawa, Mislina Mustafar bagi watak Zaiton Sameon.


Kalau nak ikutkan daripada segi rupa Mislina lebih mirip dengan Zaiton, tetapi kata sumber yang terbabit dengan filem biografi ini, selepas disolek Nurul tidak perlu diragui lagi. Tak kisahlah siapapun yang terpilih melakonkan watak Zaiton kerana pasti produksi buat keputusan terbaik.


Yang penting bagi CAK, filem ini dapat diteruskan kerana ramai tidak sabar-sabar mahu menontonnya.

Sabtu, 1 Oktober 2011

Berita Harian: Nasional

Berita Harian: Nasional


Majlis Fatwa rancang temui Perdana Menteri

Posted: 01 Oct 2011 02:41 PM PDT

Nasional

Syaikh Ismail Muhamad

Syaikh Ismail Muhamad

Lambakan filem, drama hantu dikhuatiri pesong akidah

KUALA LUMPUR: Majlis Fatwa Kebangsaan mahu bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi membincangkan isu lambakan filem atau drama hantu yang cukup popular sekarang kerana dikhuatiri boleh memesongkan akidah terutama di kalangan remaja Islam.

Ahli Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad, berkata majlis menggesa kerajaan memperincikan kawalan terhadap penerbitan filem atau drama hantu yang jelas berunsur khurafat dan mempromosi kepercayaan karut.

Menonton cerita begini tidak membawa kebaikan, tidak memberi keuntungan hanya perasaan takut, lemah semangat serta tidak baik kepada negara yang memerlukan rakyat yang berpengetahuan dan bijaksana. - Syaikh Ismail Muhamad, Imam Besar Masjid Negara

"Kami setuju perkara khurafat seperti ini patut dihapuskan. Kita kena bina pemikiran dan kerohanian masyarakat dengan perkara yang boleh menyumbang kepada pembangunan negara.

"Perkara ini juga sudah dibawa kepada pihak berwajib. Namun, mereka tidak peka dan kami bercadang berbincang dengan Perdana Menteri untuk menyuarakan hasrat mufti ini," katanya kepada Berita Minggu ketika dihubungi di sini, semalam.

Mohamad Shukri yang juga Mufti Kelantan mengulas pandangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung berlakunya lambakan cerita hantu di negara ini yang mempromosi kepercayaan karut serta tidak membantu masyarakat menjadi produktif.

Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhamad, berkata umat Islam yang terlalu taksub dan mempercayai hantu atau makhluk selain Allah SWT, boleh menjadi syirik.
"Mereka yang syirik adalah berdosa besar sehingga segala amalan baik yang dibuatnya sebelum ini akan terhapus begitu saja hinggalah mereka bertaubat.

"Menonton cerita begini tidak membawa kebaikan, tidak memberi keuntungan hanya perasaan takut, lemah semangat serta tidak baik kepada negara yang memerlukan rakyat yang berpengetahuan dan bijaksana," katanya.

Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam, Datuk Dr Maamor Osman menggesa tapisan menyeluruh yang lebih ketat patut dilakukan ke atas penerbitan dalam dan luar negara yang menolak konsep ketuhanan dan berlawanan dengan akidah serta norma masyarakat.

Ketua Pegawai Eksekutif Metrowealth Production Sdn Bhd, David Teo pula berkata, penerbitan filem hantu berbentuk khayalan dan hiburan semata-mata sama seperti filem kartun atau fiksyen.

"Filem hantu untuk hiburan selain mendidik penonton. Ia bukan mempromosi kisah tahyul, sebaliknya pada masa sama nilai agama menerusi watak ustaz yang berperanan mendidik penonton secara tidak langsung.

"Sebelum ditayangkan, filem itu juga perlu melalui Lembaga Penapisan Filem (LPF) untuk menentukan sama ada sesuai untuk tontonan umum atau tidak. Jika unsur tahyul yang ditayangkan keterlaluan, babak terbabit akan dipotong dan tidak ditayangkan di pawagam," katanya.


Sistem pendidikan kita terbaik

Posted: 01 Oct 2011 02:37 PM PDT

Nasional

 NAJIB bersalaman dengan tenaga pengajar Pahang ketika Majlis Jalinan Bestari Transformasi Pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pekan, semalam. - Foto BERNAMA

NAJIB bersalaman dengan tenaga pengajar Pahang ketika Majlis Jalinan Bestari Transformasi Pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pekan, semalam. - Foto BERNAMA

Peluang untuk semua orang jadi insan berjaya tanpa kira kedudukan: PM

PEKAN: Datuk Seri Najib Razak berkata, sistem pendidikan di negara ini lebih baik daripada sistem diamalkan di negara maju kerana ia memberi peluang kepada semua orang menjadi insan yang berjaya tanpa mengira kedudukan.

Sehubungan itu, Perdana Menteri berkata, di sesetengah negara maju hanya anak orang yang mempunyai kedudukan istimewa atau berkemampuan yang boleh berjaya tetapi sebaliknya jika lahir sebagai anak buruh atau tinggal di kawasan setinggan, kemungkinan untuk berjaya amat tipis sekali.

Saya percaya jika pelajar kita didedah dalam satu sistem yang memberi kemudahan sebaik mungkin, dididik oleh guru yang benar komited dan mendapat sokongan serta rangsangan daripada ibu bapa, insan itu boleh menjadi insan berjaya. - Najib Razak, Perdana Menteri

"Jika mereka hendak berjaya, mereka mestilah menjadi seorang ahli tinju yang hebat atau pemain bola keranjang yang luar biasa, baru mereka dianggap berjaya. Bagaimanapun, di negara ini, kita boleh berbangga bahawa sistem pendidikan kita memberi laluan kepada anak kita untuk menjadi orang yang berjaya dalam tempoh masa hanya satu generasi saja.

"Ini sekali gus membuktikan bahawa setiap insan itu sebenarnya boleh dididik untuk menjadi manusia berakhlak dan berjaya. Saya percaya jika pelajar kita didedahkan dalam satu sistem yang memberi kemudahan yang sebaik mungkin, dididik oleh guru yang benar komited dan mendapat sokongan serta rangsangan daripada ibu bapa, insan itu boleh menjadi insan berjaya," katanya berucap pada Majlis Jalinan Bestari Transformasi Pendidikan SMK Seri Pekan di sini, semalam.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob; Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Seri Wan Razali Wan Mahussin; Timbalan Ketua Umno Bahagian Pekan, Datuk Ishak Muhamad dan Pengarah Pelajaran Negeri, Datuk Mazlan Mohamad.

Beliau berkata, kebanyakan mereka yang berjaya sebagai pemimpin, tokoh korporat, profesional dan cendekiawan adalah hasil daripada sistem pelajaran yang membenarkan mobiliti sosial menjadi kenyataan dalam tempoh hanya satu generasi.
"Bagaimanapun, di Malaysia, jika kita melihat latar belakang kita, hampir semua kita yang berjaya atau dianggap berjaya, didapati mereka berjaya kerana kita dapat menggubal sistem pendidikan yang membolehkan sesiapa tanpa mengira latar belakang, sosioekonomi, jika ada keinginan dan kemahuan," katanya.

Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan memberi contoh kejayaan dua wanita gigih yang ditemui pada Majlis Perasmian Bangunan Baru Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), minggu lalu.

Katanya, kedua-dua wanita terbabit bermula dengan pinjaman RM500 daripada AIM untuk memulakan perniagaan secara kecil-kecilan tetapi kini mampu memiliki rumah besar, kenderaan mewah serta membiayai pengajian anak mereka ke universiti.

Mengenai SMK Seri Pekan, Najib berkata bermula dari sebuah sekolah biasa, SMK Seri Pekan memperlihatkan pencapaian lebih tinggi dari sekolah biasa walaupun tidak tergolong dalam kategori sekolah berasrama penuh.

Sekolah itu juga katanya dinamakan sebagai sekolah menengah model khas dengan memperkenalkan satu konsep yang menggabungkan pelajar tahap dua sekolah rendah dan ditempatkan di sekolah berkenaan.

Katanya, hasil daripada eksperimen itu, pelajar berkenaan akan lebih cepat matang kerana mereka bergaul dengan rakan yang lebih berumur serta berjaya melahirkan pelajar lebih cemerlang.


Utusan Online - Politik

Utusan Online - Politik


Guan Eng hanya minta maaf selepas dihentam - Tun M

Posted:

Guan Eng hanya minta maaf selepas dihentam - Tun M

Guan Eng hanya minta maaf selepas dihentam - Tun M

KUALA TERENGGANU 1 Okt. - Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak hairan dengan sikap berdolak dalih Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang akhirnya memohon maaf berikutan kenyataannya yang mendakwa kononnya Johor tidak selamat untuk pelabur asing.

Menurut bekas Perdana Menteri, tindakan Setiausaha Agung DAP itu memohon maaf kepada Sultan Johor dan rakyat negeri itu juga hanya dibuat selepas ia dihentam banyak pihak.

Beliau menyifatkan tindakan Guan Eng mengeluarkan kenyataan buruk mengenai Johor tidak wajar dilakukan kerana ia jelas memandang rendah kepada orang lain.

"Maaf atau tidak maaf, saya tak nak persoalkan. Bila orang boo (hentam), baru dia minta maaf, dia pandang rendah pada orang lain.

"Saya juga tak nak persoalkan apakah permohonan maaf dia (Guan Eng) itu ikhlas atau tidak," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Terengganu (UMT) kesembilan di universiti itu di Gong Badak dekat sini hari ini.

Dr. Mahathir diminta mengulas tindakan Guan Eng yang meminta maaf kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar serta seluruh rakyat Johor ekoran kenyataannya yang memburuk-burukkan negeri Johor tempoh hari.

Mengenai pendirian Pas yang tetap ingin melaksanakan hukum hudud di Kelantan, Dr. Mahathir menjelaskan, parti itu bukan sahaja menjadikan politik sebagai permainan mereka malah juga agama Islam.

Menurutnya, Pas sepatutnya mengambil kira dari segi rasional pelaksanaan hukum hudud itu memandangkan bukan semua penduduk beragama Islam.

Pas mahu teruskan hudud

Posted:

Pas mahu teruskan hudud

Pas mahu teruskan hudud

Oleh LEE HOOI BOON
utusanpenang@utusan.com.my


SEBAHAGIAN daripada kepimpinan dan ahli Pas pada sambutan Ulang Tahun Ke-60 Pas di Kepala Batas, Pulau Pinang semalam. - MINGGUAN/ISMAIL KAMADIN


KEPALA BATAS 1 Okt. - Pas masih berharap untuk melaksanakan hukum hudud di negara ini jika pembangkang mengambil alih pentadbiran Kerajaan Persekutuan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, pelaksanaan hukum hudud hanya melibatkan orang Islam dan masyarakat bukan Islam seharusnya tidak perlu risau.

"Pelaksanaan hukum hudud adalah untuk golongan orang Islam, maka ia sebenarnya tidak akan menimbulkan masalah kepada masyarakat bukan Islam.

"Ia dilakukan di mahkamah syariah dan bukan mahkamah sivil untuk semua rakyat di negara ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sempena sambutan ulang tahun ke-60 Pas di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung parti itu, Datuk Mustafa Ali.

Dalam pada itu, Nik Aziz memberitahu, pemikiran rakyat di negara ini telah diserap dengan unsur-unsur negatif terhadap hukum hudud sehingga menjadikan mereka prejudis terhadapnya.

"Peliknya rakyat Malaysia boleh menerima pelaksanaan hukuman gantung sampai mati terhadap kesalahan dadah dan senjata api tetapi membantah hukum hudud.

"Hukum hudud tidak menyebabkan orang bersalah mati dan ia bukan sewenang-wenangnya (membenarkan) hakim melaksanakan hukuman mengerat tangan kerana mereka perlu mematuhi syarat dan prosedur yang ditetapkan," ujarnya.

Utusan Online - Pahang

Utusan Online - Pahang


Graduan perlu bina keterampilan diri

Posted:

Graduan perlu bina keterampilan diri

Graduan perlu bina keterampilan diri


TENGKU Abdullah Sultan Ahmad Shah bertanya sesuatu kepada Penerima Anugerah pada Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Pahang (UMP) Ke-6 universiti itu di Gambang, Kuantan.


KUANTAN 1 Okt. - Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mahu para graduan membina keterampilan diri bagi berdepan suasana globalisasi yang penuh dengan persaingan.

Tengku Abdullah yang juga Canselor Universiti Malaysia Pahang (UMP) bertitah, kepintaran akal semata-mata bukan tiket mudah untuk mendapat pekerjaan.

"Di era ini, keterampilan diri dan budaya yang cemerlang adalah nilai tambah dan input pekerja yang biasanya diukur oleh para majikan.

"Saban tahun bilangan graduan akan bertambah dan sudah pasti hanya mereka yang benar-benar berpengetahuan, berkemahiran dan berketerampilan akan lebih senang mendapat pekerjaan," titah baginda pada majlis Konvokesyen Ke-6 UMP di sini, hari ini.

Justeru, baginda bertitah, penyediaan graduan berkualiti bagi menampung tenaga kerja profesional dalam pelbagai bidang perlu bermula sebelum mereka melangkah ke alam pekerjaan.

Titah baginda, pelaksanaan pelan strategik UMP 2011-2015 dilihat selari dalam hasrat melahirkan para graduan bersifat profesional unggul yang bersesuaian dengan keperluan guna tenaga negara.

Selain itu, Tengku Abdullah bertitah, kolaborasi antara UMP dengan universiti antarabangsa yang tersohor mampu menyediakan program-program yang relevan dengan keperluan industri.

Pada majlis konvokesyen itu, baginda berkenan menyampaikan ijazah dan diploma kepada 1,290 graduan UMP.

Daripada jumlah itu, 10 graduan menerima ijazah kedoktoran, 26 (ijazah sarjana), 866 (ijazah sarjana muda) dan 389 (diploma) meliputi lapan pusat pengajian antaranya Fakulti Kejuruteraan Kimia & Sumber Asli, Fakulti Kejuruteraan Awam dan Sumber Alam, Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik dan Fakulti Sistem Komputer & Kejuruteraan Perisian. - BERNAMA

Jangan kunjungi kafe siber haram - Polis

Posted:

Jangan kunjungi kafe siber haram - Polis

Jangan kunjungi kafe siber haram - Polis

KUANTAN 1 Okt. - Polis memberi amaran kepada orang ramai supaya jangan memasuki premis kafe siber yang mempunyai lampu kalimantang berwarna merah, hijau dan biru di pintu masuknya.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Supritendan Mohd. Jasmani Yusof berkata, peringatan tersebut diberikan kerana premis tersebut sebenarnya pusat perjudian yang berselindung di sebalik kafe siber.

Beliau berkata, lampu tersebut menjadi tanda atau lambang kepada kaki-kaki judi untuk membezakan premis terbabit kafe siber atau premis yang menyediakan aktiviti perjudian.

"Orang ramai yang dipercayai bermain judi haram akan ditahan serta dimasukkan ke dalam lokap untuk siasatan lanjut dan boleh didakwa di mahkamah jika sabit kesalahan.

"Mereka yang didapati bersalah juga akan didakwa di bawah Seksyen 4(1)(b) Enakmen Hiburan 1993 dan Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas serbuan berasingan terhadap kafe siber dan pusat perjudian di kawasan Gebeng dan Taman Tas di sini, kelmarin.

Dalam serbuan itu, seramai 26 lelaki berusia antara 20 hingga lingkungan 40-an dipercayai terbabit dalam kegiatan perjudian tidak berlesen ditahan dan polis turut merampas 89 komputer bernilai kira-kira RM267,000.

Beliau menegaskan, jika disabitkan kesalahan, mereka juga akan dikenakan denda maksimum RM100,000 serta hukuman penjara tidak melebihi lima tahun.

Mengenai serbuan tersebut, katanya, kesemua premis itu pernah diserbu beberapa kali oleh polis, namun pemiliknya masih menjalankan aktiviti perjudian.

RM1j laksanakan program Kedap

Posted:

RM1j laksanakan program Kedap

RM1j laksanakan program Kedap

KUALA LIPIS 1 Okt. - Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah memperuntukkan lebih RM1 juta melaksanakan program Kelas Dewasa (Kedap) bagi mengatasi masalah buta huruf di kalangan masyarakat Orang Asli di negeri ini tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembanguan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli negeri, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail berkata, sejak dilancarkan tiga tahun lalu, lebih 80 peratus daripada 60,000 penduduk Orang Asli negeri ini telah mengikuti program tersebut.

''Sebahagian besar ibu-bapa Orang Asli yang buta huruf kini sudah boleh membaca dan menulis dengan baik, malah ada antara mereka mampu mengajar anak semasa di rumah.

''Kerajaan mengadakan program itu bertujuan mengatasi buta huruf di kalangan masyarakat Orang Asli bagi membolehkan mereka membaca dan mengetahui perkembangan dunia sekitar melalui akhbar, buku, majalah dan teknologi maklumat," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Pembangunan Sahsiah kepada 200 pelajar anak Orang Asli merangkumi 10 sekolah menengah daerah Lipis anjuran Empower cawangan Lipis, semalam.

Menurut beliau, setiap Orang Asli yang mengikuti Kedap akan menghadiri kelas antara satu hingga tiga jam sehari, tiga kali seminggu di bawah bimbingan guru terlatih.

Utusan Online - Rencana

Utusan Online - Rencana


Krisis Greece ancam dunia

Posted:

Krisis Greece ancam dunia

Krisis Greece ancam dunia


Rakyat Greece membakar salinan notis cukai kecemasan kerana marah dengan keadaaan ekonomi negara itu yang semakin meruncing.


GREECE terjerumus ke dalam kancah kemelut ekonomi Eropah dan mungkin boleh mengheret dunia ke alam kemelesetan. Bagaimana boleh terjadi sedemikian dan kenapa Kesatuan Eropah (EU) lemah menangani masalah ini? Pilihan yang terbuka kepada Greece tidak banyak dan semuanya ada implikasi serius.

Kalau masalah Greece tidak diselesaikan, ekonomi Eropah boleh merudum dan tentunya Malaysia juga terasa tempiasnya.

Greece terperangkap dalam putaran ganas kemuflisan, daya saing dan kediri rendah serta kemerosotan ekonomi semakin mendalam. Masalah ini berpunca daripada pengurusan ekonomi lemah, rasuah dan perbelanjaan boros sehingga hutang negara mencecah 113 peratus. Defisit perbelanjaan kerajaan pula 13.6 peratus dari Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2009. Hutang negara ini dijangka naik sehingga 200 peratus dari KDNK tidak lama lagi. Kedudukan kewangan sektor awam menjadi genting sehingga pendapatan kerajaan (dari cukai dan hasil sebagainya) tidak cukup untuk membayar gaji kakitangan awam!

Hutang gergasi Greece sebanyak AS$400 billion telah dibiayai oleh bank-bank Perancis, United Kingdom, Amerika Syarikat (AS), Jerman dan bank-bank tempatannya sendiri melalui terbitan (penjualan) bon kerajaan Greece. Selalunya, bon kerajaan amat dipercayai dan dianggap tidak berisiko tinggi kerana kerajaan mempunyai keupayaan kewangan kukuh untuk membayar hutangnya.

Kebimbangan tentang keutuhan bon kerajaan mula muncul apabila Dubai yang dianggap kaya raya tidak dapat membayar hutangnya dan terpaksa minta pertolongan Abu Dhabi. Oleh kerana jumlah hutang terlalu besar dan pendapatan kerajaan kecil akibat pertumbuhan ekonomi rendah berikutan kelemahan ekonomi Eropah, ramai khuatir bahawa Greece akan default dan gagal membayar hutang bonnya. Jika ini berlaku, maka sistem kewangan dunia yang sudah lemah kerana baru sahaja dilanda teruk krisis kewangan global 2008/09, akan runtuh kerana bank-bank mengalami kerugian besar dan masyarakat umum hilang keyakinan yang boleh membawa kepada bank run. Jika bank muflis, kerajaan terpaksa mengambil alih dan dana besar diperlukan untuk memulihkan bank berkenaan.

Jika Greece tidak dapat membayar hutangnya, terdapat kebimbangan bahawa Itali, Portugal, Ireland dan Sepanyol yang juga mempunyai beban hutang besar mungkin akan gagal membayar hutang. Akhirnya, bank-bank utama Eropah yang memegang bon Greece dan negara-negara ini akan jadi muflis dan seterusnya membawa kepada kemusnahan sistem perbankan Eropah dan boleh jadi dunia juga. Oleh itu, Greece mesti diselamatkan bagi kebaikan semua pihak.

Cara EU dan IMF menyelamatkan Greece adalah dengan memberi pinjaman bagi membiayai operasi sektor awam dan untuk membayar hutang kerajaan Greece. Justeru, pada Mei 2010 EU dan IMF bersetuju menyediakan pakej penyelamat sebanyak €110 billion. Walaupun komitmen pinjaman diberi, keyakinan terhadap ekonomi dan sistem kewangan EU terus diragui. Pada Februari 2011 Menteri Kewangan EU telah menubuhkan Tabung Stabiliti Eropah bernilai €400 billion. Pinjaman pertama kepada Greece ternyata tidak cukup. EU terpaksa memberi talian hayat kepada Greece dengan pakej penyelamat kedua sebanyak €109 bilion pada Julai 2011.

Jimat cermat

Pinjaman ini diberi dengan syarat Greece melaksanakan langkah jimat cermat dan meningkatkan pendapatan kerajaan. Gaji dan pencen kakitangan awam dipotong, cukai dinaikkan, cukai baru diperkenalkan dan banyak projek diswastakan. Rakyat Greece menganggap langkah mengikat tali perut ini keterlaluan sehingga menyebabkan kesusahan amat sangat. Pekerja pengangkutan awam, pemandu teksi, kakitangan awam, guru dan pengawal trafik udara bertindak mogok. Ramai merusuh dan menunjukkan kemarahan dengan merosakkan harta awam.

Pinjaman yang diterima dan langkah jimat cermat ini tidak membuahkan sepenuhnya hasil yang dijangkakan. Pihak memberi pinjam iaitu EU dan IMF berpendapat program penjimatan tidak dilaksanakan dengan berkesan dan tidak mengikut jadual. Mereka mendesak wang pinjaman akan hanya diberi jika langkah penjimatan dan peningkatan pendapatan dijalankan dengan tegas dan cepat. Kerajaan Perdana Menteri George Papandreou tentunya sukar mematuhi desakan ini kerana program penjimatan menerima tentangan hebat daripada rakyat.

Akibatnya, ekonomi Greece terus meleset kerana pasaran tidak yakin bahawa ekonomi akan pulih. Bank-bank yang memegang bon kerajaan Greece mahukan bayaran dibuat segera. Rakyat negara yang memberi pinjaman terutamanya Jerman juga menentang kerana tidak mahu kerajaan mereka menggunakan dana awam untuk membantu negara lain walaupun ia ahli EU. Rakyat Jerman marah kerana wang dari titik peluh mereka digunakan untuk menyelamatkan negara lain yang boros berbelanja. Dana pinjaman Jerman untuk Greece perlu diluluskan oleh Parlimen negara itu. Canselor Angela Merkel terpaksa bertungkus lumus memujuk Parlimen Jerman untuk meluluskan usul tersebut.

Suasana di Greece memang muram. KDNK tahun ini dijangka menguncup sebanyak 6.3 peratus dan tahun depan (2012) akan terus menurun sebanyak 5.9 peratus. Kadar pengangguran akan melonjak kepada 17 peratus.

Apakah opsyen yang ada bagi Kerajaan Greece? Jawabnya tidak banyak. Menteri Kewangan Greece Evangelos Venizelos merungut bahawa negaranya telah "diugut dan dihina" serta menjadi "korban" ketidakcekapan EU. Manakala rakyat Greece pula menuduh kerajaan mereka menyerahkan kuasa mentadbir dan maruah negara kepada EU. IMF dan bank-bank mengenakan syarat-syarat yang tidak boleh diterima. Contohnya, sekarang ini rakyat Greece yang berpendapatan hanya RM20,000 setahun atau RM1,700 sebulan terpaksa membayar cukai pendapatan.

Opsyen pertama adalah bagi Greece melaksanakan langkah penjimatan lebih berkesan dan menerima syarat pinjaman tambahan yang perit terutamanya menaikkan cukai. Dengan ini, Greece boleh terus mendapat pinjaman dan boleh membayar hutangnya. Tetapi, opsyen ini boleh menyebabkan ekonomi Greece meleset lebih teruk kerana tidak ada program untuk mengembangkan ekonomi seperti pakej rangsangan melalui perbelanjaan sektor awam. Jika ini berlaku, pemulihan mengambil masa lama. Yang selamat adalah bank-bank memegang bon kerajaan Greece.

Opsyen kedua adalah Greece tidak membayar hutangnya iaitu default dan keluar dari EU. Setengah ahli ekonomi seperti Prof. Nouriel Roubini mencadangkan ini sebagai opsyen terbaik. Jika begitu, Greece dapat menurun kadar mata wangnya yang boleh meningkatkan eksport, menjalankan program rangsangan ekonomi dan meningkatkan daya saing. Apabila ekonomi berkembang, pendapatan kerajaan akan pulih dan hutang dapat dikurangkan.

Jika pilihan ini diambil, keyakinan terhadap ekonomi dan bank EU akan hancur sepenuhnya dan bank yang terdedah kepada hutang di EU akan muflis. Mata wang Euro juga mungkin akan berpecah kerana pasaran tidak mahu lagi memegang Euro. Ekonomi seluruh EU akan meleset, kecuali negara yang kukuh seperti Jerman.

Hutang

Opsyen ketiga ialah pengeluaran bon baru oleh kumpulan institusi kewangan antarabangsa untuk menggantikan bon kerajaan Greece. Opsyen ini telah diambil untuk menyelesaikan masalah hutang Argentina pada tahun 1990-an. Bon baru yang dinamakan "Brady Bond" dikeluarkan oleh Amerika Syarikat untuk menggantikan bon Argentina. "Brady Bond" adalah sempena nama Setiausaha Kewangan AS masa itu. Tetapi opsyen ini tidak boleh dibuat kerana ekonomi Greece lemah dan tidak boleh berkembang untuk membayar bon baru ini.

Penyelesaian masalah hutang Greece bukan hanya terletak di bahu negara itu sahaja. Ia memerlukan penyelesaian serantau (EU) dan masyarakat antarabangsa kerana dana yang diperlukan adalah amat besar. Menurut Pengarah Urusan IMF yang baru, Christine Lagarde, walaupun implementasi pakej penjimatan penting, pemulihan ekonomi hanya boleh dicapai jika hutang dikurangkan. Memang, punca masalah ini adalah keborosan kerajaan Greece tetapi bank-bank juga tidak boleh terlepas tanggungjawabnya. Mereka begitu ghairah memberi pinjaman tanpa meneliti risiko yang terlibat. Oleh itu, bank-bank perlu berkongsi kerugian dan mesti menerima jumlah pembayaran balik pinjaman yang lebih kecil.

Satu pengajaran penting dari pengalaman Greece ialah menyelesaikan hutang melalui pinjaman dari punca luar bukanlah satu penyelesaian kekal. Ekonomi sesebuah negara hanya boleh pulih dan terus maju jika ia ada daya saing dan asas mantap. Tanpa pertumbuhan ekonomi, masalah hutang negara akan datang semula. Dayang saing yang berasaskan produktiviti dan kadar mata wang yang realistik serta fleksibel penting untuk pertumbuhan ekonomi.

EU pula tidak boleh berlengah dan perlu menjalankan langkah pemulihan dengan segera dan tegas. Perbalahan dan ketidaktentuan akan membuatkan pasaran gusar dan hilang keyakinan. Progam baru untuk membantu bagi ahli-ahli EU yang bermasalah perlu diwujudkan dengan segera dan jumlah bantuan yang diperlukan mesti dibuat secara betul berasaskan maklumat tepat. Langkah pantas perlu diambil kerana jika tidak pelabur akan mengalihkan dana mereka keluar kepada pelaburan di tempat lain yang dianggap lebih selamat. EU juga perlu ada sumber secukupnya jika bank-bank mereka memerlukan suntikan dana dan penambahan modal terutamanya bagi kerajaan Itali dan Sepanyol yang kedudukannya tidak begitu mantap.

Krisis di Eropah ini menampakkan satu perubahan baru yang penting. Kali ini AS tidak mampu mengambil peranan sebagai penyelamat kerana ekonominya sendiri bermasalah. Sebaliknya, dunia beralih kepada kuasa baru iaitu Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan (BRICS) sebagai penyelamat baru. Setakat ini, BRICS masih lihat dan tunggu. Jika mereka menjadi penyelamat, ini merupakan fenomena unik kerana negara sedang membangun membantu negara maju. Yang jelas BRICS semakin berpengaruh di persada dunia. BRICS ada dana yang besar, pertumbuhan ekonomi tinggi, daya saing yang kuat, sumber yang banyak dan pasaran besar. BRICS juga berjaya mengharungi krisis global dengan baik dan ekonomi mereka pulih dengan cepat.

Secara kesimpulan, krisis hutang Greece bukan masalah negara itu sahaja. Dunia akan terjejas secara langsung dan tidak langsung apabila krisis di Greece menular ke negara lain dan kemelesetan merebak ke seluruh dunia.

Datuk Dr. Mahani Zainal Abidin

ialah Ketua Eksekutif

Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Malaysia.

Sebak seorang raja

Posted:

Sebak seorang raja

Sebak seorang raja

Bisik-Bisik Mingguan

KONGRES Majlis Agama Islam Negeri-Negeri Seluruh Malaysia di Kuala Lumpur baru-baru ini menarik perhatian Awang. Penglibatan beberapa raja Melayu termasuk Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin berangkat ke majlis perasmiannya, memberi makna besar.

Titah perasmian Tuanku Mizan yang antara lain mengingatkan bahawa raja-raja Melayu akan terus berperanan memelihara agama Islam, kedudukan orang Melayu dan pribumi adalah isyarat jelas kepada semua pihak.

Lebih menarik perhatian ialah titah diraja Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah pada kongres tersebut yang menggarap persoalan cabaran dan ancaman yang dihadapi oleh umat Islam terutamanya berkaitan akidah.

Ramai peserta memuji titah baginda yang memberikan perspektif menyeluruh, analisis yang tajam dan berani.

Awang sangat setuju dengan pandangan baginda bahawa kemusnahan ummah kini akibat pencerobohan baru, berbeza ketika zaman lampau angkara pencerobohan Alfonso di Albuquerque, Stamford Raffles, Francis Light mahupun Yamashita.

Pencerobohan baru meliputi perlanggaran kalimah suci Allah sehinggalah kepada manipulasi fakta sejarah, mempersendakan lagu kebangsaan dan menghina bendera negara.

Teks ucapan Raja Nazrin pada kongres tersebut perlu dijadikan simpanan untuk bacaan dan rujukan setiap orang Islam. Pada Awang, ia adalah dokumen ilmiah terbaik berhubung cabaran sebenar umat Islam ketika ini yang disampaikan dalam bahasa mudah. Renungkan dan kajilah sedalam-dalamnya hujah-hujah baginda sambil kita semua memeriksa diri.

Awang menjunjung kasih ke atas Tuanku Mizan, raja-raja Melayu, begitu juga Raja Nazrin kerana komitmen kental untuk terus mempertahankan asas kenegaraan dan perlembagaan.

Lebih-lebih lagi ketika negara kini berdepan dengan pelbagai asakan dalaman sama ada secara terbuka mahupun halus. Segala-galanya mahu diubah kononnya atas nama demokrasi, keterbukaan, liberalisme dan pluralisme.

Persoalannya apakah yang perlu dilakukan selepas ini? Realiti cabaran yang dihadapi oleh umat Islam bukan di dalam dewan besar, moden dan serba dingin tetapi di luar sana - seluruh pelosok tanah air. Cabaran umat Islam begitu kritikal. Ekonomi orang Islam yang merupakan golongan majoriti masih terkebelakang, kemiskinan terus menghantui, perpecahan menjadi-jadi dan kuasa politik di hujung tanduk. Maka kongres itu menuntut lebih banyak gerakan susulan untuk mencetuskan gelombang kesedaran baru.

Kekuatan dan perpaduan umat Islam akan melimpahkan faedah besar buat kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia. Kedaulatan Islam adalah center of gravity dalam konteks keselamatan nasional.

Pada akhir titah, Raja Nazrin sebak selepas menitipkan doa. Awang turut terharu sambil mengenangkan kian banyak pencerobohan baru, serta apa kesudahan nasib umat Islam di tanah air ini nanti.

Kosmo Online - Negara

Kosmo Online - Negara


Risiko letupan kuat dari dapur

Posted:

Risiko letupan kuat dari dapur

Risiko letupan kuat dari dapur

TONG gas memasak yang menjadi peralatan wajib dalam setiap dapur boleh meletup dan terbakar jika tidak dijaga dengan rapi.


KUALA LUMPUR - Tong gas memasak yang biasanya seberat 14 kilogram (kg) yang boleh dilihat hampir di setiap dapur rumah serta restoran berupaya menyebabkan kemusnahan besar jika berlaku kebocoran gas dan meletup.

Ketua Jabatan Kejuruteraan Gas, Fakulti Kejuruteraan Petroleum dan Tenaga Diperbaharui, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Madya Dr. Zainal Zakaria berkata, disebabkan gas asli cecair itu lebih tumpat daripada udara, gas yang bocor itu tidak akan meresap keluar dengan mudah daripada kawasan tertutup seperti rumah dan premis perniagaan.

"Gas itu sebaliknya mudah tersebar ke seluruh ruang. Jika ada percikan api yang kecil sekalipun, ia dengan mudah boleh menyambar setiap kawasan yang mempunyai sisa-sisa gas berkenaan," katanya kepada Kosmo! Ahad.

Beliau diminta mengulas kejadian letupan yang memusnahkan tingkat bawah pusat beli-belah Empire Shopping Gallery di Subang Jaya Rabu lalu. Kejadian pada pukul 3.45 pagi itu dipercayai berpunca daripada kebocoran gas memasak di sebuah restoran di situ.

Malah dipercayai saluran gas memasak melingkari hampir sebahagian besar bahagian bawah kompleks beli-belah itu.

Menurut Zainal, insiden letupan gas memasak tidak boleh dipandang ringan kerana berjuta-juta rumah di Malaysia masih menggunakan bahan bakar itu setiap hari.

"Walaupun dapur elektrik atau dapur solar lebih selamat, kos untuk membeli sebuah tong gas adalah lebih murah," kata beliau.

Buat masa ini, harga setong gas memasak 14kg ialah RM27.

Zainal mendedahkan, punca kebocoran gas memasak di rumah selalunya disebabkan kepala gas dipasang dengan cara yang salah ataupun paip getah dapur gas bocor digigit haiwan perosak seperti tikus.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Mangsa asid tiada biji mata

Posted:

Mangsa asid tiada biji mata

Mangsa asid tiada biji mata

Oleh FAIZAL NAZARUDDIN
faizal.nazaruddin@kosm.com.my


KEADAAN wajah Muhamad Hanif selepas terkena simbahan asid di Padang Besar, Perlis.


PADANG BESAR – Deria penglihatannya terpaksa dibuang, manakala kedua-dua kelopak mata ditutup serta dijahit dan sedikit lubang ditinggalkan bagi membolehkan air matanya mengalir keluar.

Begitulah sengsara ditanggung seorang pemandu lori, Muhamad Hanif Sunaid @ Shuib, 25, yang menderita akibat disimbah asid oleh seorang individu di Kampung Sentang, Utan Aji dekat sini pada Mei lalu.

Muhamad Hanif menjadi sedemikian rupa disebabkan simbahan asid tersebut terkena matanya yang mengakibatkan pancaindera tersebut terpaksa dibuang selain dia melecur hampir 50 peratus di muka dan badan.

Dia memberitahu, kulit pada belakang badan, paha dan kaki dijadikan pengganti kulit di bahagian muka dan badan depannya yang rosak teruk terkena simbahan asid tersebut.

"Kini seluruh badan saya terpaksa berbalut kerana sedang bersalin kulit dan ini menyukarkan saya bergerak selain hanya mampu terlantar di atas katil.

"Dulu saya tidak macam ini tetapi kini dah jadi begini, saya hanya mampu reda dan cuba menyesuaikan diri," katanya kepada pemberita di rumahnya di Kampung Baru, Batu Bertangkuk dekat sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Chin Peng koma di Bangkok

Posted:

Chin Peng koma di Bangkok

Chin Peng koma di Bangkok

KUALA LUMPUR - Bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaysia (PKM), Chin Peng (gambar) kini koma di sebuah hospital swasta di Bangkok.

Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua, 86, kini hidup dalam buangan di Thailand.

Sumber yang rapat dengan keluarganya berkata, Chin Peng yang telah dimasukkan ke hospital itu sejak sebulan lalu.

"Dia semakin uzur, malah ahli keluarganya tidak tolak kemungkinan bimbang Chin Peng akan menamatkan riwayatnya di atas katil hospital,'' katanya yang enggan identitinya didedahkan.

Usaha Chin Peng untuk pulang ke Malaysia menerusi saluran undang-undang gagal pada tahun 2005, malah kerajaan tidak membenarkan dia pulang kerana tidak mahu melukakan hati banyak pihak, terutamanya mereka yang kehilangan ahli keluarga dalam perang menentang komunis.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


Terbang masuk rumah

Posted: 30 Sep 2011 11:56 AM PDT

KUANTAN: "Selepas terdengar dentuman kuat, keadaan di dalam rumah tiba-tiba gelap dengan asap tebal menyebabkan saya menggigil ketakutan," kata warga emas, Hasnah Yusuf, 72, ketika menceritakan detik cemas rumahnya dirempuh sebuah kereta dalam kejadian di Peramu, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, sebuah kereta Perodua Myvi dipandu seorang lelaki dari arah pusat bandar menuju ke arah Pekan dipercayai hilang kawalan dan merempuh dua rumah.


Kejadian itu juga menyebabkan kenderaan berkenaan terbalik dengan keempat-empat tayarnya berada di atas.

Trak penunda terpaksa mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengeluarkan kereta berkenaan daripada beranda rumah Hasnah yang hampir roboh akibat rempuhan kuat itu, namun Hasnah tetap bersyukur tiada ahli keluarganya yang tercedera dalam kejadian itu.


Menurut Hasnah, sebelum kejadian, dia berada di ruang tamu sedang menghayun buaian cucunya yang berusia dua tahun manakala anak perempuannya, Nor Asyikin Awang, 36, pula sedang menjemur pakaian di bahagian dapur.


"Akibat terlalu takut, saya tidak mampu berdiri namun tetap mengerah kudrat untuk bangun dan melihat apa yang berlaku sebelum dimaklumkan kejadian sebenar oleh anak perempuan saya yang terlebih dulu keluar menjenguk," katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam.

Nor Asyikin berkata, dia terdengar bunyi kuat seperti kereta membrek selama beberapa saat disusuli dentuman kuat dan pada masa sama rumahnya bergegar sebelum dia bergegas keluar melihat apa yang berlaku.


"Saya terkejut mendapati sebuah kereta terperosok dalam keadaan terbalik di bawah beranda rumah yang hampir roboh dan seorang lelaki berada di dalam kereta itu sebelum dia dikeluarkan dengan bantuan orang ramai namun pemandu kereta berkenaan tidak cedera.

"Kejadian ini yang kedua berlaku di rumah kami selepas kejadian pertama pada Februari lalu membabitkan sebuah kereta Proton Satria yang terbabas dan merempuh van milik saya yang diletakkan di depan rumah. Van itu rosak teruk dan tidak boleh digunakan lagi," katanya.


Sementara itu, pemandu Perodua Myvi yang merempuh rumah Hasnah yang hanya ingin dikenali sebagai Rais, 30-an, berkata, sebelum kejadian dia dalam perjalanan ke Yayasan Pahang untuk urusan kerja.


"Setibanya di lokasi kejadian, kereta saya hilang ketika saya cuba mengelak seorang pejalan kaki melintas jalan," katanya yang tidak cedera, namun masih trauma dengan kejadian itu.

Ugut sebar gambar bogel

Posted: 30 Sep 2011 11:55 AM PDT

KUALA LUMPUR: Rakaman gambar bogel mangsa di depan kamera web turut menjadi alat lelaki Nigeria memeras ugut wanita tempatan bagi mendapatkan wang.

Ketua Unit Keselamatan Siber, Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Superintendan Victor Sanjos berkata, tindakan itu menunjukkan anggota sindiket penipuan itu semakin berani dan tidak lagi sekadar melakukan jenayah kolar putih.

"Selepas memerangkap mangsa dengan ayat-ayat cinta, mereka meminta mangsa berhubung menggunakan kamera web, tetapi mereka sendiri tidak menunjukkan identiti sebenar dengan alasan tidak mempunyai peralatan itu.

"Mangsa yang sudah hanyut dengan cinta palsu suspek dipujuk berbogel depan kamera web sebelum suspek merakam aksi berahi pasangan mereka itu," katanya.


Menurutnya, selepas itu, suspek menyamar sebagai individu lain dan mendakwa mempunyai rakaman gambar bogel mangsa dan memeras ugut mereka.


Katanya, akibat takut gambar bogel mereka disebarkan, mangsa sanggup membayar wang ribuan ringgit kepada suspek tanpa menyedari mereka diperalatkan kekasih maya terbabit.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.