Sabtu, 1 Januari 2011

Kosmo Online

Kosmo Online


Ops Samseng di Kedah: Lima remaja ditahan

Posted:

Ops Samseng di Kedah: Lima remaja ditahan

Ops Samseng di Kedah: Lima remaja ditahan

01/01/2011 6:35pm

ALOR SETAR — Polis menahan lima remaja dalam Ops Samseng Jalanan di Ambang Tahun Baru kerana disyaki terlibat dalam kegiatan merempit di sekitar bandar malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Adzaman Mohd. Jan berkata, operasi itu dilakukan dari Tandop menghala ke Jalan Lencongan Barat dekat sini kira-kira 4 pagi.

"Hasil siasatan mendapati empat motosikal yang digunakan adalah motosikal curi dan mereka telah mengubah suai bentuk motosikal tersebut. Walau bagaimanapun, ujian air kencing menunjukkan mereka bebas dari pengaruh dadah," katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata, polis mengejar remaja berkenaan selepas melakukan pemerhatian ke atas kumpulan yang sedang berlumba itu dan mengambil masa kira-kira 20 minit untuk menahan mereka.

Adzaman berkata semua suspek yang sudah tidak bersekolah itu telah ditahan reman dan disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengankutan Jalan.

Dalam operasi itu, sebanyak 109 motosikal dan empat kereta disita manakala 208 saman dikeluarkan. — Bernama

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Pelakon Faizal Yusof meninggal dunia

Posted:

Pelakon Faizal Yusof meninggal dunia

Pelakon Faizal Yusof meninggal dunia

01/01/2011 5:58pm

KUALA LUMPUR — Pelakon, Faizal Yusof meninggal dunia kira-kira 1.45 tengah hari ini di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi), Jalan Tun Razak di sini akibat serangan jantung.

Faizal, 32, dikatakan pengsan di rumahnya di Anjung Villa Bandar Baru Sentul di sini kira-kira 9 pagi akibat serangan jantung sebelum dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Faizal dikenali kerana lakonannya dalam beberapa drama bersiri di televisyen seperti Tiramisu dan Manjalara.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Rosmunira Rashid, 27, yang sedang mengandung lima bulan.

Allahyarham pernah berkahwin sebelum bercerai dengan penyanyi Siti Nordiana dan dikurniakan seorang anak lelaki, Mohd Rayyan Nakhaie, 2 tahun sembilan bulan. — Bernama

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Dalam Negeri

Utusan Online - Dalam Negeri


Suasana sedih di istiadat selamat berangkat Tun Ahmadshah

Posted:

Suasana sedih di istiadat selamat berangkat Tun Ahmadshah

Suasana sedih di istiadat selamat berangkat Tun Ahmadshah


Tun Ahmadshah Abdullah memeriksa perbarisan Polis Di-Raja Malaysia bagi kali terakhir pada Majlis Istiadat Selamat Berangkat di Istana Negeri, Kota Kinabalu, semalam. - bernama


KOTA KINABALU 31 Dis. - Suasana sedih menyelubungi Istana Negeri Sabah di sini apabila Tun Ahmadshah Abdullah berangkat meninggalkan kediaman rasmi Yang Dipertua Negeri, selepas lapan tahun mendiami istana berkenaan.

Pada majlis Istiadat Selamat Berangkat yang diadakan sempena tamat perkhidmatan beliau sebagai Yang Dipertua Negeri Kesembilan selama dua penggal, ada hadirin termasuk petugas istana, dilihat menitiskan air mata.

"Tun (Ahmadshah) dan isterinya (Toh Puan Dayang Masuyah Awang Japar) mempunyai sifat rendah diri. Semua petugas istana senang bekerja untuk mereka," kata Pengelola Urusan Istana Negeri Dayang Mariah Pengiran Abdul Razak kepada Bernama ketika ditemui sebelum istiadat itu.

Hadir sama Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman, timbalan ketua menteri, menteri kabinet, ketua jabatan kerajaan negeri dan Persekutuan, serta wakil rakyat.

Konsul Besar Indonesia, Soepeno Sahid dan Konsul Besar Jepun Kazuyoshi Yamaguchi turut hadir bagi mengucapkan selamat berangkat kepada Ahmadshah, 64, yang mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah pada 1 Januari 2003, menggantikan Tun Sakaran Dandai.

Tempat beliau akan diisi bekas Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Juhar Mahiruddin, 57, dan pelantikannya berkuat kuasa esok. - BERNAMA

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Polis tidak hadapi masalah

Posted:

Polis tidak hadapi masalah

Polis tidak hadapi masalah

Oleh SOPI SAMAILE
utusansarawak@utusan.com.my

KUCHING 31 Dis. - Polis dijangka tidak berdepan dengan sebarang masalah sekiranya pilihan raya negeri ini dijalankan serentak dengan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), kata Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Hussin Ismail.

Beliau berkata, persiapan pihak polis dilakukan secara berterusan terutamanya di Sarawak memandangkan negeri itu dijangka mengadakan pilihan raya pada bila-bila masa sahaja.

Pada masa sama menurutnya, polis juga telah melakukan persiapan awal untuk menghadapi sebarang kemungkinan pilihan raya negeri dan PRU-13 akan dilaksanakan secara serentak di seluruh negara.

"Polis telah bersiap sedia untuk berdepan dengan apa jua kemungkinan kerana apa yang penting ialah proses demokrasi dapat dilaksanakan dengan lancar manakala keselamatan rakyat terus terjamin.

"Kita akan bekerjasama rapat dengan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam penugasan bagi menentukan proses pilihan raya akan datang dapat dilaksanakan tanpa kejadian tidak diingini," katanya kepada pemberita ketika melakukan lawatan kerja di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) negeri di sini hari ini.

Hussin diminta mengulas persiapan pasukan itu dalam menghadapi pilihan raya negeri ini yang akan diadakan pada bila-bila masa termasuk jika diadakan serentak dengan PRU-13 di seluruh negara.

Beliau berkata, pihaknya mempunyai format-format tertentu untuk menghadapi proses pilihan raya dan yakin pasukan itu dapat melaksanakan tugas tersebut dengan jayanya.

Di Sarawak pula katanya, keanggotaan bagi kontinjen negeri adalah kira-kira 8,400 orang dan beliau percaya tidak akan timbul sebarang masalah dalam menentukan penugasan bagi membantu SPR melaksanakan pilihan raya negeri.

Malah tambahnya, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohmad Salleh telah merangka perancangan untuk menentukan penugasan bersama SPR.

"Sudah tentu bantuan-bantuan lain kita akan fikirkan jika terdapat keperluan umpamanya tambahan anggota dalam bidang lain yang memerlukan kepakaran.

"Ia seperti daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) dan unit-unit lain," katanya.

Mengulas mengenai lawatan kerjanya hari ini, Hussin memberitahu, ada beberapa tumpuan yang akan dibuat di kontinjen Sarawak terutamanya membabitkan Komuniti Kepolisan pencegahan jenayah keseluruhannya.

Katanya, ia membabitkan kerjasama dengan semua pihak termasuk agensi-agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi menentukan usaha mencegah jenayah dapat dilaksanakan.

Menurutnya, beliau turut berpuas hati dengan prestasi kontinjen negeri itu sepanjang tahun ini yang dapat menurunkan kadar jenayah jalanan dan indeks dengan mencapai sasaran-sasaran yang terkandung dalam 29 inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

"Kita berharap dengan semangat baru sempena 2011, maka penggemblengan tenaga semua pegawai di samping bekerja dalam satu pasukan, maka polis berharap dapat mengekalkan tahap tinggi dalam pencapaian menurunkan jenayah.

"Pada masa sama, kejayaan itu akan memberi kepuasan kepada keseluruhan masyarakat mengenai tahap keselamatan di negara ini," katanya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Utara

Utusan Online - Utara


Ibu bapa hampa buku habis

Posted:

Ibu bapa hampa buku habis

Ibu bapa hampa buku habis

ABD RAZAK OSMAN
utusankedah@utusan.com.my


IBU bapa berbaris menunggu giliran membeli buku dan alat tulis di Sekolah Kebangsaan (SK) Guar Lubak, Padang Serai, Kulim, semalam. - utusan/ abd razak osman


KULIM 31 Dis. - Ramai ibu bapa melahirkan rasa kecewa apabila terpaksa berbaris panjang semata-mata mahu membeli buku dan alat tulis untuk anak mereka di Sekolah Kebangsaan (SK) Guar Lubak, Padang Serai di sini.

Lebih menghampakan, ramai juga di kalangan mereka berbaris berjam-jam tetapi terpaksa pulang dengan tangan kosong apabila buku yang mereka kehendaki telah habis dijual.

Keadaan itu berlaku sejak 26 Disember lalu.

Sebahagian besar daripada mereka hairan kerana masalah seumpama itu tidak pernah berlaku sebelum ini.

Seorang penduduk, Rodzi Md. Zain, 50, dari Kampung Lesung Tujuh berkata, dia tidak berpuas hati kerana terpaksa berbaris begitu lama hanya untuk membeli buku-buku untuk anak-anaknya.

Dia memberitahu, masalah sedemikian tidak akan berlaku jika pihak pengurusan sekolah membuat perancangan rapi.

"Hendak beli buku sekolah anak pun terpaksa berbaris seperti ini.

"Saya rasa ada masalah di antara sekolah dan pembekal buku," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Sekolah tersebut sebelum ini mengeluarkan satu kenyataan meminta ibu bapa supaya membeli buku di antara 26 Disember hingga hari ini.

Mansor Shawal, 50, dari Sidam Kanan pula menjelaskan, dia ke sekolah berkenaan pada Ahad lalu tetapi dimaklumkan buku-buku yang dikehendakinya telah habis dijual.

"Hari ini sekali lagi saya datang tapi masih belum dapat beli buku itu kerana masih tiada stok," ujarnya.

Masalah sama dilalui oleh Roslan Din, 44, dari Taman Seri Wangi apabila hanya mampu membeli beberapa buah buku untuk anaknya yang berada dalam tahun tiga sekolah tersebut.

Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan, Abdullah Yoob berkata, beliau kesal dengan masalah yang dihadapi oleh ibu bapa tersebut.

"Perkara ini akan saya bangkitkan dalam mesyuarat PIBG tidak lama lagi.

"Saya percaya ia berlaku berikutan pertukaran pihak pembekal buku sekolah pada tahun ini," katanya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Jabatan Pertanian pantau penyakit mati rosot

Posted:

Jabatan Pertanian pantau penyakit mati rosot

Jabatan Pertanian pantau penyakit mati rosot

SUNGAI PETANI 31 Dis. - Jabatan Pertanian negeri sedang memantau sebanyak 319 hektar tanaman betik melibatkan 46 petani di negeri ini bagi mengelak serangan penyakit mati rosot yang boleh mendatangkan kerugian besar kepada peladang.

Pengarahnya, Ismail Salleh berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak 45.5 hektar tanaman itu dijangkiti penyakit berkenaan.

"Sejumlah 36.7 hektar tanaman betik yang dijangkiti telah dimusnahkan secara sukarela oleh pemilik bagi mengelak kerugian lebih besar.

''Serangan penyakit mati rosot boleh menjejaskan industri tanaman betik di negara ini," katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaian insentif pembendungan penyakit mati rosot kepada penanam betik di negeri ini di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Pengarah Pertanian (Operasi) negeri, Mohd. Razi Mohd. Noor dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perlindungan Tanaman dan Kuarantin Kedah, Rohaina Mat Nawi.

Sebanyak RM140,135 nilai insentif diberikan kepada 24 petani yang terlibat dalam pemusnahan tanaman betik secara sukarela itu.

Pada majlis tersebut, seorang penanam betik dari Kuala Muda, Boo Choon Koay,55, menerima insentif sebanyak RM25,000 apabila tanaman betik yang diusahakannya seluas 7.5 hektar diserang penyakit berkenaan

Menurut Ismail, kempen memusnahkan tanaman dijalankan sejak Mac lalu dalam memberi kesedaran kepada penanam betik untuk mengawasi tanaman tersebut.

Ini kerana, katanya, jangkitan penyakit rosot sukar dibendung sekiranya tanaman diserang bakteria berkenaan.

Jelasnya, di negeri ini sebanyak 15 peratus sahaja daripada jumlah keseluruhan tanaman dijangkiti penyakit tersebut.

Dalam pada itu, Ismail berkata, pemberian insentif itu sebagai janji Jabatan Pertanian kepada penanam yang memusnahkan tanaman betik secara sukarela.

Bagaimanapun, katanya, Akta Perlindungan Tanaman menyebut bahawa jabatan itu boleh memusnahkan tanaman yang dijangkiti jika petani enggan berbuat demikian dan kos memusnahkan tanaman akan ditanggung oleh petani.

"Langkah Jabatan Pertanian ini sebagai satu usaha mengawal tanaman betik di negeri ini dengan amalan pertanian baik dan menjadikan negeri ini antara pembekal betik utama negara.

"Usaha memajukan tanaman betik di Kedah akan dipergiatkan berikutan terdapat permintaan bekalan terutama dari Hong Kong, Taiwan dan China," katanya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: Setempat

Harian Metro: Setempat


Teguk arak depan penguat kuasa

Posted: 31 Dec 2010 09:23 AM PST

SUBANG JAYA: Puluhan pengunjung beragama Islam yang leka berpesta 'ladies night' sambil meneguk arak di sebuah pusat hiburan terkemuka, di sini, tergamam dan tidak sempat menyembunyikan botol arak apabila diserbu penguat kuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), awal pagi semalam.

Ketika serbuan, terdapat pengunjung yang seolah-olah tidak peduli kehadiran pihak berkuasa, malah menghabiskan sisa minuman keras di hadapan mereka.


Operasi bersepadu yang bermula kira-kira jam 12 tengah malam itu diketuai Pengarah Penguat Kuasa MPSJ, Mohd Zulkarnain Che Ali dan disertai 77 anggota dan pegawai MPSJ, 14 pegawai Jais dan 18 penguat kuasa AADK.

Seramai sembilan lelaki dan dua wanita Islam ditahan kerana minum arak di khalayak ramai manakala 61 pengunjung diberi surat arahan untuk hadir di pejabat Jais bagi sesi kaunseling.


Yang Dipertua MPSJ, Datuk Adnan Md Ikhsan, berkata operasi bagi membanteras kegiatan pusat hiburan yang melanggar syarat lesen serta menjadi tumpuan pengunjung Islam meneguk arak.


"Dalam operasi ini sebuah pusat hiburan yang diperiksa membenarkan gadis bawah umur untuk memasukinya dan kami akan ambil tindakan kerana melanggar syarat lesen," katanya ketika ditemui, kelmarin.

Menurutnya, pusat hiburan terbabit diberi amaran supaya tidak membenarkan pengunjung bawah umur berada di situ.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Lirik lagu lucah, maki hamun

Posted: 31 Dec 2010 09:15 AM PST

KUALA LUMPUR: Atas nama kreativiti, perkataan lucah dan maki hamun menjadi sebahagian daripada lirik segelintir band 'bawah tanah' yang membawa muzik metal sehingga mengejutkan beberapa pihak termasuk pendengar lagu bergenre itu.

Antara perkataan yang menjadi inti pati lirik itu termasuk bangsat, babi serta anjing dan ia menjadi ikutan segelintir peminat setia muzik metal terutama di tempat berlangsung gig mereka.


Peminat muzik yang hanya mahu dikenali sebagai Jat berkata, dia terkejut apabila mendapati lirik sebuah kumpulan 'underground' tempatan penuh maki hamun dan mencarut.

"Mereka menyanyi lagu itu dalam bahasa Melayu, dari segi muzik tidak ada masalah, namun liriknya amat keterlaluan dan penuh kemarahan.


"Ketika menyedari kewujudan band ini, saya fikir lagu itu mungkin dicipta sekadar suka-suka, namun apabila mereka muncul dengan beberapa lagu baru yang menggunakan lirik maki hamun, saya bimbang ia menjadi ikutan," katanya yang dihubungi, semalam.


Menurutnya, selain membuat persembahan di gig, band terbabit memuat turun lagu mereka di YouTube.

"Band itu terdiri daripada anggota yang berusia 20-an dan saya tidak mengetahui latar belakang kumpulan itu, tetapi lagu mereka dipenuhi kemarahan.


"Tidak salah untuk bermain muzik, tetapi kenapa perlu memaki hamun dan mencarut sedangkan lirik lebih baik tanpa memasukkan elemen sebegitu boleh dihasilkan," katanya. Sementara itu, ditanya mengenai perkara itu, komposer, Damian Mikhail Seet, berkata penghasilan seni muzik mesti disertai tanggungjawab.

"Dalam berkarya kita tidak boleh terlalu mengikut cara Barat umpamanya untuk muzik bergenre R&B dan hip-hop, memang di negara lain terdapat band yang menggunakan lirik negatif dalam lagu mereka.


"Tetapi, kita orang Timur, kita ambil yang baik menggunakan acuan kita, jangan terlalu mengikut apa saja yang diperkenalkan Barat," kata anggota kumpulan VE itu.


Menurutnya, cukup merugikan apabila kreativiti itu tidak diiringi rasa tanggungjawab kerana ia boleh membawa kepada banyak perkara negatif.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


Pelakon Faizal Yusof meninggal dunia akibat serangan jantung

Posted: 01 Jan 2011 02:16 AM PST

Mutakhir

KUALA LUMPUR: Pelakon Faizal Yusof meninggal dunia kira-kira jam 1.45 tengah hari ini di Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI), Jalan Tun Razak, di sini akibat serangan jantung.

Faizal, 32, dikatakan pengsan di rumahnya di Anjung Villa Bandar Baru Sentul di sini kira-kira jam 9 pagi, akibat serangan jantung sebelum dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Faizal dikenali kerana lakonannya dalam beberapa drama bersiri di televisyen seperti Tiramisu dan Manjalara. Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Rosmunira Rashid, 27, yang sedang mengandung lima bulan.

Allahyarham pernah berkahwin sebelum bercerai dengan penyanyi Siti Nordiana dan dikurniakan seorang anak lelaki, Mohd Rayyan Nakhaie, 2 tahun sembilan bulan.

Abang pelakon itu Shaiful Yusof, 34, yang ditemui di Tingkat 3, Unit Rawatan Rapi (ICU) PUSRAWI, berkata jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Batu Muda, Batu Caves jam 10 pagi esok.

Antara artis yang dilihat menziarah jenazah Allahyarham di hospital ialah pelakon Abby Abadi, Sharifah Amani, Liyana Jasmay, Amyza Adnan dan Pierre Andre.
Sementara itu Abby Abadi yang ditemui, berkata kali terakhir beliau berjumpa dengan Faizal adalah bulan lepas ketika mereka bermain futsal di Bukit Jalil.

"Dia seorang yang amat kelakar dan terkenal dengan sikap gila-gila dia. Ramai-ramai kawan yang pergi, dialah yang paling saya terasa kehilangannya," katanya yang pernah berlakon bersama Allahyarham dalam drama Manjalara di TV3. - BERNAMA


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Mangsa banjir di Rantau Panjang meningkat kepada 280

Posted: 01 Jan 2011 01:10 AM PST

Mutakhir

RANTAU PANJANG: Jumlah mangsa pemindahan banjir di Rantau Panjang di sini petang ini meningkat kepada 280 berbanding 67 mangsa pada sebelah pagi.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kelantan, berkata peningkatan mangsa itu berikutan limpahan air Sungai Golok yang mulai menenggelami beberapa kawasan di daerah itu terutama di kawasan Rantau Panjang Lama.

Kesemua mangsa ditempatkan di satu-satunya pusat pemindahan sementara yang dibuka di negeri ini iaitu di Stesen Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) di Rantau Panjang, katanya. Jurucakap itu berkata, dua jalan alternatif iaitu Jalan Pohon Tanjung ke Jeram Perdah iaitu Jalan lama Rantau Panjang ditutup kepada semua kenderaan manakala Jalan Rantau Panjang ke Lalang Pepuyu hanya ditutup kepada kenderaan ringan dan hanya dibuka kepada kenderaan berat.

Katanya, paras air Sungai Golok sudah meningkat kepada 10.14 meter melebihi paras bahaya sembilan meter.

Keadaan cuaca di seluruh Kelantan kini mendung dengan sesekali hujan renyai-renyai terutama di kawasan pedalaman. - BERNAMA


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Selatan

Utusan Online - Selatan


Cenderamata animasi jadi pilihan

Posted:

Cenderamata animasi jadi pilihan

Cenderamata animasi jadi pilihan

Oleh MARGARET GAMBANG
utusanmelaka@utusan.com.my


Abdul Azim menunjukkan beberapa rekaan Couple T-Shirt yang direkanya sendiri di Pixie Studio di Ayer Keroh, Melaka.
-UTUSAN/Margaret Gambang


MELAKA 31 Dis. - Tabiat memberi hadiah dan cenderamata menjadi kebiasaan untuk memperingati hari-hari istimewa seperti hari jadi, ulang tahun dan sebagainya.

Pelbagai jenis hadiah menjadi pilihan untuk diberi kepada pasangan masing-masing sama ada makanan, pakaian, barang kemas dan sebagainya.

Kecenderungan untuk saling menghadiahkan sesuatu yang istimewa kepada pasangan ini memberi sumber inspirasi kepada seorang usahawan muda, Abdul Azim Abdul Halim, 23, yang berasal dari Pulau Pinang menghasilkan beberapa produk berasaskan kreativiti untuk dijadikan sebagai hadiah.

Ia menjadi tarikan kerana T-Shirt dan lencana yang dihasilkan itu diberi identiti berdasarkan kartun animasi yang dicipta sendiri oleh Azim bersama rakannya, Iwanis Abdul Manap.

Menurut Azim, produk yang dihasilkan adalah Couple T-Shirt dan lencana yang direka khas untuk pasangan kekasih dan suami isteri yang dipasarkan di bawah label Pixie Studio iaitu perniagaan miliknya yang terletak di Saujana Indah, Ayer Keroh.

Tambah Azim, semuanya adalah bertitik-tolak dari minat yang mendalam dalam bidang animasi selaras dengan kelulusannya sebagai graduan Diploma Teknologi Animasi dari Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (KYMI).

Ujarnya, pada permulaan, dia dan rakan niaganya mereka bentuk kartun animasi tersebut berdasarkan karakter lelaki dan wanita sebagai pasangan kekasih yang ringkas dan tidak kebudak-budakan.

Katanya, sebaik sahaja watak tersebut dicipta, dia mereka beberapa jalan cerita yang berbeza lalu dipaparkan menerusi laman web untuk mendapat maklum balas daripada orang ramai.

''Setelah mendapat maklum balas, jalan cerita yang menerima undian tertinggi akan dicetak pada T-shirt atau lencana dan dijual kepada pelanggan yang berminat dengan membuat tempahan dan pembelian secara online," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Ujarnya, setakat ini produk syarikatnya hanya dijual secara online di mana setiap pembeli yang telah membuat pembayaran akan menerima produk yang dibeli secara pos atau penghantaran secara langsung jika berada di sekitar negeri ini.

''Ini kerana kami belum lagi memasarkan produk ini kedai-kedai kerana masih cuba untuk mendapatkan maklum balas daripada pelanggan terutamanya di kalangan remaja," katanya.

Tambah Azim, T-shirt tersebut biasanya dijual dalam satu set iaitu sehelai baju untuk lelaki dan sehelai baju untuk wanita dengan setiap satu dicetak gambar berlainan untuk melengkapkan jalan cerita bagi setiap set yang dijual.

Menurutnya, satu set T-shirt berharga RM55 manakala sekeping lencana dijual antara RM3 hingga RM6.

Kini syarikatnya yang telah beroperasi sejak Januari 2009 bukan sahaja menerima tempahan dari seluruh negara sehingga ke Sabah dan Sarawak malah, turut mendapat sambutan dari Australia.

''Tempahan untuk lencana juga dipelbagaikan kerana saya turut menerima tempahan majlis perkahwinan, kelab dan persatuan, sekolah, institusi pengajian tinggi (IPT) dan syarikat korporat,'' katanya.

Baginya kualiti merupakan fokus utama yang diberi perhatian dalam setiap produk yang dihasilkan untuk kepuasan pelanggan supaya mereka berpuas hati.

Justeru, menurut Azim, dia amat gembira kerana permintaan yang semakin meningkat daripada pelanggan terhadap produk keluarannya walaupun perniagaannya dimulakan hanya dengan modal RM500.

Ujarnya, turut dijual adalah perisian e-Book Grafik yang dicipta bertujuan memudahkan pengguna membuat rekaan grafik dengan cara yang pantas dan mudah.

Apa yang pasti, dia kini boleh berbangga kerana bidang animasi mampu mendatangkan hasil yang lumayan apabila meraih pendapatan hampir RM5,000 sebulan bergantung kepada tempahan.

''Keputusan saya berhenti kerja dari sebuah syarikat animasi di Kuala Lumpur untuk menjadi usahawan tidak sia-sia kerana pengalaman yang ditimba dahulu kini saya gunakan dengan sebaiknya untuk lebih memajukan perniagaan saya," ujarnya.

Menurut Azim, untuk memperkukuhkan lagi perniagaannya, selain menjual produknya dia turut membuka kelas multimedia interaktif yang dibuka kepada kanak-kanak, pelajar sekolah, pelajar IPT, kakitangan awam dan swasta.

Antara mata pelajaran yang diajar termasuk Asas Melukis Kartun, Asas Flash Animasi 2D, Asas Rekabentuk 3D, Komputer Grafik, Pembinaan Laman Web dan Flash Interaktif.

Tambahnya, dia mengalu-alukan para belia yang berminat untuk menyertai perniagaannya bagi mendapatkan rezeki tambahan dengan menjadi agen jualan produknya dengan mendapatkan maklumat lanjut di www.pixiestudio.com.my.

''Bagi saya apa yang saya ada pada hari ini banyak dibantu dan dorongan oleh rakan niaga, ayah dan ibu serta Tunas Mekar di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri negeri yang memberi bimbingan dan tunjuk ajar.

''Ini membuktikan golongan belia terutama remaja mampu berjaya kalau mereka ada kemahuan dan menggunakan kemahiran yang ada dengan sebaiknya ke arah mencapai kejayaan," katanya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Usahawan IKS perlu rebut peluang

Posted:

Usahawan IKS perlu rebut peluang

Usahawan IKS perlu rebut peluang

Oleh FARABI SHEIKH SAID AL JABRI
utusanN9@utusan.com.my

REMBAU 31 Dis. - Pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) disaran mencari ruang dan peluang perniagaan untuk memasarkan produk mereka bukan sekadar dalam negara, malah ke pasaran antarabangsa.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Yunus Rahmat berkata, bagi menjayakan hasrat berkenaan, semua jabatan diminta untuk membantu IKS bagi memastikan matlamat itu tercapai.

Menurutnya, kerajaan negeri melihat IKS mampu dikembangkan malah ia juga boleh menjana pendapatan usahawan yang terlibat dalam sektor berkenaan lebih-lebih lagi di kawasan luar bandar.

''Kita akan menjadikan 2011 sebagai tahun memperkasakan IKS di negeri ini termasuk menambah jumlah usahawan sebanyak 10 hingga 15 peratus memandangkan kita hanya mempunyai 2,000 usahawan setakat ini.

''Malah semua agensi yang membangunkan IKS perlu menitikberatkan soal keberkesanan serta keberhasilan golongan ini untuk merebut peluang menghasilkan produk yang boleh dipasarkan," katanya.

Yunus berkata demikian selepas merasmikan mesyuarat agung kelapan Koperasi Pasar Tani Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Negeri Sembilan Berhad di Pusat Dakwah Islamiah di sini hari ini.

Hadir sama Pengarah FAMA negeri, A. Rahaman Suleiman; Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia negeri, Mohd. Suhaimi Abdul Rahman dan Pengerusi Ahli Pengarah Koperasi Pasar Tani FAMA, Abd. Manaf Ahmad.

Dalam pada itu, Yunus juga menjelaskan pihaknya juga telah mengenal pasti sebuah syarikat IKS di negeri ini untuk memasarkan hasil produk tanaman tebu di Arab Saudi meliputi Jeddah, Mekah dan juga Madinah.

Kata beliau, kesemua produk tebu itu akan dihasilkan di Jelebu memandangkan ia mempunyai kualiti yang baik dan memenuhi piawaian yang ditetapkan oleh pihak jabatan.

''Kita melihat pasaran produk berasaskan tebu ini mempunyai pasaran yang baik apatah lagi ia dipelopori oleh sebuah syarikat IKS.

''Ini merupakan hasrat kerajaan negeri supaya semua usahawan bukan sahaja dapat merebut peluang yang masih terbuka malah memperluaskan perniagaan mereka ke peringkat yang lebih tinggi," jelas Yunus.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: BeritaUtama

Harian Metro: BeritaUtama


Maizawati patah tangan

Posted: 31 Dec 2010 10:17 AM PST

IPOH: "Sejurus kemalangan, Maizawati tidak sedarkan diri dan saya bimbangkan keselamatan kandungannya serta anak-anak tiri.

"Pada masa itu, saya berdoa semoga zuriat kami tidak mengalami masalah. Namun, sebaik doktor memaklumkan kandungan itu selamat, saya orang paling gembira," kata Mohd Yassin Ben@Abdul Rahim, 23, suami Maizawati Zainal, 35, selepas kereta yang dipandu isterinya itu bertembung sebuah kereta lain, Selasa lalu.


Menurutnya, ketiga-tiga anak tirinya ketika itu tidur di tempat duduk belakang dan dia sempat menahan mereka daripada terhentak pada kerusi depan sejurus rempuhan.

Dalam kejadian jam 5.15 pagi di Jalan Sultan Azlan Shah di sini berdekatan Sekolah Menengah Agama Izuddin Shah itu, Proton Gen.2 dipandu Maizawati merempuh sebuah kereta lain yang tiba-tiba membuat pusingan U.


Berikutan itu, Maizawati patah tangan kiri dan cedera ringan kedua-dua kaki serta bengkak di kepala manakala suaminya serta tiga anak cedera ringan.


Ketika kejadian, Maizawati, bekas isteri penceramah bebas, Akhil Hayy memandu kereta yang dinaiki bersama Mohd Yassin serta tiga anak, Siti Nur Maisarah, 13, Muhamad Shakir Hidayahtullah, 9 dan Muhamad Syafrin Hidayahtullah, 3.

Sementara itu, Maizawati ketika ditemui di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, semalam, berkata: "Doktor yang merawat saya mulanya tidak mengetahui saya hamil kerana kandungan tidak begitu kelihatan biarpun mencecah lima bulan. "Namun, sebaik dimaklumkan, doktor mengesahkan uri mengalami pendarahan kecil selepas ujian imbasan dilakukan.


"Ketika itu, suami orang yang paling gelabah kerana kandungan ini zuriat pertama saya bersamanya. Bagaimanapun, doktor mengesahkan kandungan tidak mengalami masalah dan doktor kini masih melakukan pemantauan," katanya.

Menurutnya, ketika kejadian dia bersama keluarga dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Utama, Bercham selepas menghantar rakan suami di Stesen Bas Medan Gopeng yang mahu menaiki bas ke Singapura.


Katanya, dia bersyukur kerana doktor mengesahkan kandungannya selamat biarpun berlaku hentakan kuat di perutnya.


"Saya paling bimbangkan kandungan ini. Suami paling gelisah sejurus kemalangan, tetapi kini lega kerana kandungan disahkan selamat.


"Saya baru selesai menjalani pembedahan di tangan petang tadi (semalam) selain terpaksa menerima beberapa jahitan di kedua-dua kaki," katanya Katanya, dia terkejut sebaik dimaklumkan uri mengalami pendarahan kecil, namun selepas diperiksa, doktor pakar sakit puan mengesahkan kandungannya tidak menghadapi masalah, sekali gus membuatkannya kembali ceria.


"Menurut doktor, pendarahan kecil itu tidak menjejaskan kandungan, tetapi jika pendarahan terus berlaku, mungkin memberi kesan kepada kandungan," katanya.


Menurutnya, Akhil Hayy sudah dimaklumkan kemalangan itu dan beberapa ahli keluarga bekas suami juga menziarahinya di hospital selepas kemalangan itu.


Nama Maizawati mula mendapat perhatian media apabila membuat pendedahan terbuka menerusi program televisyen mengenai masalah rumah tangga yang dibina bersama Akhil, 40, Mei tahun lalu.


Pasangan itu bercerai pada 15 Julai tahun sama selepas Akhil melafazkan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh.


Selepas setahun bercerai, Maizawati kembali mendirikan rumah tangga kali ketiga bersama Mohd Yassin pada 9 Ogos lalu dan kini menunggu cahaya mata pertama bersama pemuda kelahiran Kota Kinabalu itu.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

‘Tak sabar nak sekolah’

Posted: 31 Dec 2010 10:14 AM PST

JEMPOL: "Dia begitu bersemangat dan beritahu tidak sabar untuk mula bersekolah dan berulang kali mencuba pakaian sekolah baru yang dibeli, selain mengemas beg sekolahnya," kata Norlida Khalid, 39, mengenai anaknya, Siti Nurzulaihah Mohd Zaidi, 6, yang maut apabila dirempuh dua motosikal dalam kemalangan di Kilometer 3, Jalan Bahau-Juasseh di sini, malam kelmarin.

Insiden menyayat hati berkenaan sekali gus memusnahkan impian dan harapan kanak-kanak itu yang sepatutnya dijadualkan mendaftar di sebuah sekolah rendah di daerah ini, semalam.


Menceritakan detik tragis kira-kira jam 11.15 malam itu, Norlida berkata, dia yang menunggang Honda EX5 bersama anaknya itu mahu pulang ke rumah mereka di Kampung Kuala Jempol di sini.

"Kami berdua dan seorang rakan saya yang menunggang motosikal berasingan ketika itu baru selesai menjamu selera di restoran berdekatan untuk memenuhi keinginan Nurzulaihah yang beria-ia mengajak keluar makan bihun sup.


"Sewaktu perjalanan pulang, saya tersentak apabila sebuah motosikal tidak berlampu ditunggang laju dari arah belakang tiba-tiba mencelah di antara motosikal kami hingga berlaku pergeseran dengan motosikal saya.


"Pergeseran itu menyebabkan kami terjatuh di atas jalan dan penglihatan saya turut menjadi kabur. Tidak lama kemudian, rakan memberitahu Nurzulaihah yang ketika itu berdiri untuk mencari saya sambil menangis turut dirempuh sebuah motosikal lain hingga tercampak agak jauh," katanya ketika ditemui di kediaman keluarganya di Felda Pasoh 1, di sini, semalam. Menurut ibu kepada lima anak itu, dia yang patah kaki kiri menggagahkan diri pergi ke arah anaknya yang terbaring di tengah jalan lalu memangku kepala sambil memanggil namanya, namun tiada sahutan dan tidak menunjukkan sebarang reaksi.

"Pada waktu itu terdetik kuat mengatakan Nurzulaihah sudah meninggalkan kami sekeluarga buat selama-lamanya," katanya yang gagal menahan sebak.


Harian Metro difahamkan kanak-kanak malang itu tercampak hampir 10 meter akibat rempuhan kedua berkenaan dan maut di tempat kejadian akibat cedera di kepala, badan dan kaki.

Katanya, dia dan lima anaknya menetap sementara di Felda Pasoh 1 untuk menemani serta menjaga ibunya yang kurang sihat selepas kematian bapanya, Khalid Ujang, 70-an, kira-kira tiga minggu lalu.


"Namun semalam (kelmarin), anak saya itu bersungguh-sungguh mengajak saya pulang ke rumah kami kerana tidak mahu terlewat untuk mendaftarkan diri di sekolah pada hari ini (semalam)," katanya.


Menurutnya, pada hari kejadian, anak keempat daripada lima beradik yang lebih banyak tersenyum dilihat turut amat berselera untuk makan berbanding biasa.


"Dia yang agak sukar menghabiskan makanan, makan tiga pinggan nasi sebelum disusuli beberapa keping roti potong. Sebelum kejadian, dia turut memakan bihun sup dan minuman sehingga habis," katanya.


Katanya, lebih menyedihkan Nurzulaihah sempat memberitahu mahu pergi mengikut arwah datuknya, namun tiada siapa mengambil perhatian apa yang dicakapkannya itu.


Sementara itu, bapa mangsa, Mohd Zaidi Mohamad, 39, berkata dia ketika itu tiada di rumah kerana bekerja sebagai pemandu kren di Kuala lumpur.


"Kejadian ini sememangnya mengejutkan kami sekeluarga, namun saya tetap reda dengan ketentuan Allah swt yang ternyata lebih menyayanginya," katanya.


Selain Nurzulaihah, pasangan berkenaan mempunyai empat anak lain iaitu Mohd Rafzanani, 16; Mohd Hafizuddin, 14; Nurhidayatul Husna, 11, dan Siti Nurabihah, 2.


Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Pasoh 1, petang semalam.


Sementara itu, jurucakap polis berkata siasatan awal pihaknya mendapati kemalangan itu membabitkan tiga motosikal lain.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Timur

Utusan Online - Timur


Elak cicir: PPD pantau pelajar miskin

Posted:

Elak cicir: PPD pantau pelajar miskin

Elak cicir: PPD pantau pelajar miskin

Oleh HAPIZAH AZIZ
utusankelantan@utusan.com.my


Sebahagian daripada 60 pelajar pendidikan khas yang menerima sumbangan beg dan peralatan sekolah bersama warga pendidik di Pejabat Pelajaran Daerah di Kota Bharu, kelmarin.


KOTA BHARU 31 Dis. - Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kota Bharu akan memantau pelajar-pelajar miskin di daerah ini bagi memastikan mereka tidak tercicir pada sesi persekolahan bermula Isnin ini.

Pegawai Pelajaran Daerah Kota Bharu, Che Ab. Aziz Daud berkata, banyak bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Pusat untuk pelajar berkenaan bagi memastikan mereka tidak tercicir daripada alam persekolahan.

Menurutnya, sesetengah bantuan itu yang disalur terus kepada pelajar terbabit mampu mengatasi beban kewangan yang terpaksa ditanggung oleh ibu bapa mereka dalam menyediakan keperluan persekolahan.

"Sewajarnya ibu bapa menggalakkan anak-anak mereka bersekolah dan tidak menjadikan masalah kemiskinan hidup sebagai alasan untuk tidak meneruskan persekolahan," katanya.

Beliau berucap merasmikan majlis penyampaian beg dan peralatan sekolah kepada 60 murid pendidikan khas PPD Kota Bharu yang diadakan dengan kerjasama Biro Sosial dan Etika Pemuda UMNO di sini semalam.

Hadir sama Ketua Pemuda UMNO negeri, Anuar Safian.

Pada majlis itu, Che Ab. Aziz turut menyampaikan sumbangan kepada empat pelajar miskin yang juga adik-beradik iaitu, Nor Aimin Mohd. Sanata, 16; Nor Amirul 15; Nor Huda Nabila, 14, dan Nor Siti Aisyah, 8.

Ayah mereka, Mohd. Sanata Yaacob, 42, dari Kampung Kubang Tin hanya bekerja di kilang papan dengan pendapatan bulanan kira-kira RM600.

Menyentuh tentang pelajar istimewa, Che Ab. Aziz berkata, 831 pelajar berkenaan adalah dari sembilan buah sekolah menengah dan 15 sekolah rendah sekitar daerah ini yang menghidap pelbagai penyakit seperti sindrom down dan sawan serta mendapat bantuan bulanan sebanyak RM150.

"Sehubungan itu, tidak timbul masalah kepada ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka mendapatkan pendidikan di sekolah. Sementara di sekolah pula, semua kelengkapan disediakan," katanya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

241 pelajar yatim di Manir terima RM20 sebulan

Posted:

241 pelajar yatim di Manir terima RM20 sebulan

241 pelajar yatim di Manir terima RM20 sebulan

KUALA TERENGGANU 31 Dis. - Pejabat Pembangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Manir memperuntukkan wang saku berjumlah RM57,840 kepada 241 anak yatim di DUN itu bagi keperluan perbelanjaan sekolah tahun depan.

Pegawai Pembangunan DUN itu, Yusof Awang Hitam berkata, peruntukan tersebut akan diagihkan dengan kadar RM20 sebulan bagi membantu meringankan beban ibu atau bapa dan penjaga pelajar terbabit.

"Apa yang kerajaan harapkan, setiap bantuan yang dihulurkan dapat dimanfaat sepenuhnya manakala ibu atau bapa atau waris pelajar tersebut pula perlu memberi sokongan dan motivasi untuk memastikan mereka cemerlang dalam pelajaran," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian program Juara Rakyat di Kampung Pulau Bahagia di sini semalam yang disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Rozi Mamat.

Program dua hari yang bertemakan Kerjaya dan Kemahiran itu menghimpunkan 20 agensi kerajaan dan swasta termasuk Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU), Pusat Latihan Industri Perkayuan Terengganu (TTITC), Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri Terengganu (Tesdec) dan JobsMalaysia.

Turut diadakan ialah pertandingan memasak bubur asyura, pertunjukkan motosikal klasik dan antik, forum Maal Hijrah, jamuan rakyat, sukaneka, ziarah ke rumah warga emas dan pertunjukan bunga api sempena sambutan tahun baru.

Tambah Yusof, seramai 71 murid sekolah rendah dan menengah dari DUN berkenaan yang tersenarai di bawah program e-Kasih turut menerima bantuan kelengkapan persekolahan seperti pakaian, kasut dan beg sekolah.

"Bantuan yang disalurkan melalui Program Akhiri Zaman Miskin (Azam) di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu bertujuan membantu golongan ini melakukan persediaan sebelum memasuki sesi persekolahan pada Isnin ini," ujarnya.

Sumbangan disampaikan oleh Rozi yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu.

Beliau dalam ucapan perasmiannya berkata, program ini adalah kesinambungan kerajaan yang secara tradisinya mengambil berat golongan berpendapatan rendah bagi mengurangkan beban perbelanjaan mereka khususnya di waktu awal persekolahan.

"Walaupun serba kekurangan, sudah menjadi kebiasaan pada hari ini anak penternak dan petani daripada golongan miskin muncul sebagai pelajar terbaik dalam peperiksaan.

"Kerajaan melalui pelbagai agensi akan terus berusaha setiap tahun untuk memastikan golongan miskin juga memperoleh peluang pendidikan di semua peringkat," jelasnya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

The Malaysian Insider :: Bahasa

The Malaysian Insider :: Bahasa


JPA minta pegawai awam beri maklum balas ujian ganti PTK

Posted: 01 Jan 2011 12:43 AM PST

KUALA LUMPUR, 1 Jan  – Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) meminta pegawai awam memberikan maklum balas kajian terhadap bentuk dan ciri penilaian kompetensi yang akan dibangun bagi menggantikan peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) yang dimansuhkan tahun ini.

JPA menerusi laman sesawangnya berkata mereka boleh berbuat demikian dengan memuat turun borang "soal selidik pandangan Pegawai Awam terhadap Penilaian Kompetensi menggantikan PTK" dan memberi respons secara talian.

Borang berkenaan mengandungi tiga bahagian iaitu maklumat responden, kaedah penilaian menggantikan PTK dan ciri-ciri penilaian baru, kata JPA.

Pemansuhan PTK yang berkuatkuasa hari ini diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Bajet 2011 pada Oktober lepas, dan akan diganti dengan sistem penilaian yang lebih sesuai dan diterima penjawat awam yang dijadual dilaksana Jun tahun ini. – Bernama

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Khir Toyo: Panel pilih SUK tidak sah

Posted: 01 Jan 2011 12:05 AM PST

KUALA LUMPUR, 1 Jan — Bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo mendakwa tindakan kerajaan negeri Pakatan Rakyat campur tangan dalam pelantikan pegawai tertinggi perkhidmatan negeri dengan mengadakan jawatankuasa pemilihan sebagai langkah yang tidak sah.

Dr Khir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang menekankan pendirian kerajaan pusat bahawa soal pelantikan ketua pegawai perkhidmatan kerajaan negeri adalah prerogatif Ketua Setiausaha Negara.

"Pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri adalah sah apabila Ketua Setiausaha Negara menyatakan persetujuan," kata Dr Khir (gambar) kepada The Malaysian Insider hari ini.

Dr Khir juga membidas Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim kerana mengadakan proses pemilihan sendiri untuk memilih calon Setiausaha Kerajaan Negeri, yang menurutnya ia satu tindakan tidak yang sah.

"Jawatankuasa yang dibentuk oleh Khalid untuk memilih (calon) Setiausaha Kerajaan Negeri adalah tidak sah. Kemungkinan beliau tidak berunding dengan penasihat undang-undang negeri," kata beliau.

Malah menurut beliau, Khalid sangsi dengan perkhidmatan awam kerana beliau lebih berminat untuk mencapai agenda politiknya.

"Beliau ada begitu banyak agenda politik, disebabkan itu beliau meragui semua orang," kata Dr Khir.

"Ketika saya jadi MB, saya bekerja dengan empat Setiausaha Kerajaan Negeri dan saya tidak menghadapi sebarang masalah dengan mereka. Mereka semua kakitangan awam," kata beliau.

Negeri paling kaya ini kini berhadapan dengan kemelut ekoran pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang diumumkan oleh Putrajaya Isnin lalu.

Pelantikan itu berkuat kuasa hari ini.

Kerajaan negeri Selangor Pakatan Rakyat tidak menerima pelantikan itu dengan menyifatkannya sebagai tidak muktamad.

Istana Selangor pula menegaskan pelantikan itu sebagai muktamad dan Khusrin dijadual untuk mengangkat sumpah pada 6 Januari ini.

"Apa yang dikatakan oleh Lau Weng San tidak betul. Selangor tidak (boleh) melantik Setiausaha Kerajaan Negeri sendiri," kata Dr Khir.

Baru-baru ini, Lau, ADUN Kampung Tunku berkata pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri mesti dibuat dengan persetujuan Khalid selaku Menteri Besar.

Bagaimanapun Dr Khir berkata, majlis angkat sumpah hanya prosedur pentadbiran semata-mata.

"Sama ada majlis angkat sumpah diadakan di istana atau tidak, bukan isunya. Ia hanya prosedur pentadbiran," kata beliau lagi.

Sehubungan itu beliau menasihatkan Khalid agar tidak membantah pelantikan itu memandangkan Sultan Selangor sudah memberi perkenaan.

"Tan Sri Khalid harus tahu bahawa beliau akan berhadapan dengan banyak masalah jika perselisihan dengan Tuanku berterusan. Malah beliau juga memerlukan perkenan Tuanku untuk memanggil sidang Dewan Undangan Negeri," kata Dr Khir.

"Saya percaya Tuanku mahukan seseorang yang boleh berkhidmat tanpa mengira hubungan politik," kata beliau.

 

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Muka Hadapan

Utusan Online - Muka Hadapan


'Corak masa depan lebih baik'

Posted:

'Corak masa depan lebih baik'

'Corak masa depan lebih baik'


NAJIB TUN RAZAK Perdana Menteri


KUALA LUMPUR 31 Dis. - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyeru seluruh masyarakat Malaysia untuk menunaikan tanggungjawab bagi mencorakkan masa depan yang lebih baik demi generasi akan datang, serta meletakkan negara di kedudukan yang sepatutnya.

Najib dalam perutusan Tahun Baru 2011 berkata, tanpa sokongan dan kerjasama rakyat, segala yang dirancang dan mahu dilaksanakan oleh kerajaan tidak akan menemui kejayaan.

"Janganlah kita hanya berpuas hati dan hanya berpeluk tubuh menjadi pengkritik di tepian. Marilah kita corakkan masa depan generasi hari muka kepada yang lebih baik daripada hari ini.

"Kuasa membentuk adalah di tangan rakyat. Tunaikanlah tanggungjawab ini dengan sebaik-baiknya," katanya.

Najib juga mengingatkan generasi kini supaya tidak memperdagang atau mempertaruhkan nasib generasi akan datang dengan membuat keputusan yang salah.

"Ini bukanlah masa untuk bereksperimen tetapi waktu untuk memperbaharui kepercayaan dan mengukuhkan keyakinan kepada apa yang telah terbukti berkesan," katanya.

Kata Najib, dalam menguruskan negara, terutamanya ehwal ekonomi, kerajaan sentiasa mengamalkan sikap penuh kebertanggungjawaban.

"Sebagai kerajaan yang begitu prihatin dalam meresapi nadi dan naluri rakyat, kita tidak akan sekali-kali membelakangkan kepentingan orang ramai dengan menjanjikan sesuatu atau mengambil sebarang keputusan yang pada mata kasarnya popular namun hakikatnya bersifat amat menjejaskan kemudian hari terhadap kepentingan semua," katanya.

Perdana Menteri berkata, sememangnya mana-mana kerajaan yang menggubal atau menjanjikan dasar-dasar sekadar bersifat popular tetapi tidak bertanggungjawab mungkin akan mendapat pengiktirafan atau sanjungan jangka pendek tetapi untuk tempoh masa panjang, rakyat yang sebenarnya akan menderita.

"Mengambil iktibar daripada kekhilafan-kekhilafan sekeliling, sepanjang 2010, kita telah merancang asas-asas yang kukuh bagi menentukan keseluruhan potensi dan sumber negara mampu dirangsang serta diaturgerakkan ke arah tercapainya wawasan kebangsaan," katanya.

Antara yang diperkenalkan termasuk pelancaran Program Transformasi Kerajaan (GTP) bersama enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan 12 NKEAnya, sebagai teras kepada Model Baru Ekonomi, Rancangan Malaysia ke-10 dan Bajet 2011 - yang merupakan peta laluan komprehensif untuk mengangkat taraf dan mutu hidup lebih tinggi kepada seluruh rakyat Malaysia.

"Sejak sekian lama, kerajaan yang diberi mandat telah mentadbir dan berusaha dengan ikhlas untuk memberikan yang terbaik kepada keperluan rakyat serta kemajuan negara.

"Sayangnya terdapat pihak-pihak yang menangguk di air keruh dengan sewenang-sewenangnya menuduh bahawa kerajaan hanya berminat terhadap projek-projek tertentu terutamanya yang berbentuk mega. Sesungguhnya lemparan kata-kata itu tidak benar sama sekali," tegasnya.

Sinis menepis kritikan beberapa pihak, khususnya pembangkang, mengenai pembinaan beberapa projek seperti pembinaan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Menara Berkembar Petronas dan Jabatan Pulau Pinang, Najib berkata, pihak yang sama kini tersipu-sipu malu dan terkesima untuk mengakui kesilapan mereka kerana terbukti projek-projek yang dilaksanakan kerajaan itu telah memberi manfaat kepada rakyat terbanyak.

"Persoalannya jika pendapat mereka terbukti salah dalam perkara yang sebegitu besar, bagaimanakah mungkin rakyat boleh mempercayai lagi sebarang janji mereka?

"Apatah lagi baru-baru ini janji 100 hari mereka yang hanya akan menambahkan lagi perbelanjaan tanpa mengambil kira realiti pendapatan serta punca kewangan negara," soal Perdana Menteri.

Berharap rakyat Malaysia mampu melihat dan menilai "yang mana kaca, yang mana permata", Najib menegaskan bahawa kerajaan sejak dahulu telah memberi perhatian kepada matlamat untuk memastikan pertumbuhan ekonomi yang mapan.

Ini kerana katanya lonjakan kekayaan negara akan membolehkan peningkatan untuk perbelanjaan dan terlaksananya keadilan sosial.

"Ia berkadar terus, ertinya, semakin meningkat pendapatan kerajaan, maka semakin meningkat perbelanjaan untuk kesejahteraan rakyat," katanya yang menyeru seluruh rakyat tanpa mengira bangsa dan agama untuk menyahut seruan untuk menuju ke puncak kejayaan. - BERNAMA

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Sumbang terbaik buat tanah air - Muhyiddin

Posted:

Sumbang terbaik buat tanah air - Muhyiddin

Sumbang terbaik buat tanah air - Muhyiddin

KUALA LUMPUR 31 Dis. - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menggesa rakyat Malaysia agar terus mengamalkan perpaduan, sikap hormat- menghormati sesama sendiri dan mengukuhkan kerjasama bersesuaian dengan semangat 1Malaysia.

"Kita harus berbangga kerana keistimewaan Malaysia yang berupaya mengekalkan serta mengukuhkan kemerdekaan dan keharmonian di kalangan penduduk pelbagai agama, bangsa dan budaya.

"Sementelahan kita melangkah ke dekad baru 2011, saya berharap kita akan terus menjaga keamanan yang kita nikmati selama ini. Saya percaya semua rakyat Malaysia tahu bahawa kestabilan politik negara ini telah memungkinkan kita merasai kemewahan dan kekayaan di bumi bertuah ini.

Oleh itu, kekalkanlah ia," katanya dalam perutusan Tahun Baru 2011 di sini.

Muhyiddin turut mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang telah memberikan kerjasama dalam menjayakan program untuk kemajuan negara.

"Teruskanlah usaha agar impian kita untuk mencapai taraf negara maju pada 2020 menjadi nyata. Marilah kita bersama-sama menuju 2011 dengan tekad menyumbang yang terbaik untuk tanah air kita, Malaysia," katanya. - BERNAMA

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.