Khamis, 14 Jun 2012

Kosmo Online

Kosmo Online


Bapa bersyurkur 2 anak di New Zealand dibawa pulang

Posted:

Bapa bersyurkur 2 anak di New Zealand dibawa pulang

Bapa bersyurkur 2 anak di New Zealand dibawa pulang

14/06/2012 8:03pm

KUALA LUMPUR — Penantian seorang bapa untuk membawa pulang dua anaknya selepas terpisah tujuh tahun setelah mereka "dilarikan" ibu mereka ke New Zealand pada 2004, bakal berakhir dengan bantuan Kelab Putera 1Malaysia.

Hanafi Salleh, 36, yang amat gembira dan bersyukur dengan berita baik itu berkata, dua anaknya itu kini ditempatkan di sebuah pusat jagaan di Nelson City, New Zealand, setelah pihak berkuasa negara itu melucutkan hak penjagaan bekas isterinya ke atas mereka kerana terlibat dalam masalah dadah dan alkohol.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan dan Kelab Putera 1Malaysia kerana memberi peluang kepada saya untuk membawa pulang dua anak saya. Saya berharap seluruh rakyat Malaysia dapat mendoakan kejayaan saya dan kelab ini untuk membawa pulang kedua-dua mereka," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau yang pernah bekerja sebagai pelayar di Syarikat Perkapalan Antarabangsa Malaysia Berhad (MISC Berhad), berkahwin dengan Nurul Junaidah Joanne, 27, warga New Zealand, pada 1999, namun bercerai pada 2005.

Hanafi berkata, selama ini pelbagai usaha dibuatnya untuk membawa pulang dua anaknya Muhammad Syayden Ingham, 12, dan Muhammad Jamey Alano Ingham, 9, tetapi tidak berhasil.

Katanya, pada tahun 2010, beliau berjaya mengesan anak-anaknya yang ditempatkan di pusat penjagaan Nelson Site Child Youth and Family itu.

Menurutnya terdapat permohonan daripada dua keluarga di New Zealand untuk mengambil mereka sebagai anak angkat sekiranya tiada waris yang menuntut.

"Pada awal-awalnya sewaktu kedua-dua anak saya dilarikan, saya masih boleh berhubung dengan isteri menerusi e-mel dan telefon, malah isteri saya berjanji akan kembali semula ke Malaysia.

"Pada masa sama, saya juga ada terima surat daripada mereka (anak-anak) dan beritahu mereka merindui saya dan ingin kembali semula ke Malaysia," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, pihaknya akan berjumpa dengan Pesuruhjaya Tinggi New Zealand di Malaysia dan Kementerian Luar esok untuk mendapatkan bantuan membawa pulang dua beradik itu.

"Kita harap misi membawa pulang dua beradik ini berjaya kerana kedua-dua kanak-kanak ini adalah rakyat Malaysia yang dilahirkan di sini, mungkin tiada masalah dari aspek perundangan," katanya.

Abdul Azeez berkata, sekiranya tiada masalah, beberapa anggota kelab itu dan keluarga dua beradik terbabit akan ke New Zealand minggu depan dengan kos perbelanjaan ditanggung sepenuhnya oleh kelab itu.— BERNAMA

96 pelatih PLKN dikuarantin kerana virus H1N1

Posted:

96 pelatih PLKN dikuarantin kerana virus H1N1

96 pelatih PLKN dikuarantin kerana virus H1N1

14/06/2012 7:36pm

KUALA NERANG — Seramai 96 daripada 300 pelatih Program Latihan Khidmat Negara kem Dusun Resort dekat sini dikuarantin kerana dijangkiti virus H1N1 sejak malam semalam.

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata, seramai 18 pelatih sedang dirawat dan dikuarantin di Hospital Kuala Nerang manakala 78 lagi dikuarantin di blok khas di kem itu.

"Jabatan kesihatan sedang memantau kes tersebut dan langkah pencegahan telah diambil oleh pihak pengurusan kem bagi memastikan virus itu tidak merebak," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, pihak pengurusan kem juga mematuhi prosedur yang ditetapkan oleh jabatan kesihatan dan beberapa petugas jabatan kesihatan turut ditempatkan di kem berkenaan.

"Buat masa ini, semua pelatih dan kakitangan kem itu tidak dibenarkan keluar dari kem sehingga diberitahu kelak", katanya.

Abdul Hadi menasihati ibu bapa supaya tidak datang melawat pelatih dan hanya dibenarkan menghubungi mereka (pelatih) jika perlu.

"Tetapi kalau ada perkara yang penting dan perlu berjumpa dengan pelatih, mereka (ibu bapa) boleh datang tapi perlu memakai mask.

"Ibu bapa tidak perlu risau kerana langkah pengawalan dan pencegahan sedang dilakukan di kem tersebut," katanya.

Beliau berkata, semua pelatih yang terlibat adalah pelatih daripada kumpulan dua 2012.— BERNAMA

Edar dadah: Pensyarah wanita Filipina digantung

Posted:

Edar dadah: Pensyarah wanita Filipina digantung

Edar dadah: Pensyarah wanita Filipina digantung

14/06/2012 7:21pm

SEREMBAN— Seorang pensyarah wanita warga Filipina dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi, di sini hari ini selepas dia didapati bersalah mengedar dadah jenis ganja seberat hampir 12 kilogram di Plaza Tol Seremban, di sini dua tahun lalu.

Hakim Datuk Zulkifli Bakar menjatuhi hukuman itu ke atas Aida Dizon Garcia, 55, selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Tertuduh yang diberitahu penterjemahnya mengenai hukuman itu kemudiannya tidak dapat menahan air mata dan menangis sebelum dibawa keluar dari mahkamah.

Tertuduh didakwa mengedar dadah jenis ganja seberat 11.956 kg di tepi Plaza Tol Seremban, kira-kira jam 5.30 pagi, 27 November 2010 mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.— BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan