Khamis, 14 Jun 2012

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


Pengurus bank dibunuh dalam cubaan merompak

Posted: 14 Jun 2012 02:46 AM PDT

SIBU: Pengurus cawangan sebuah bank asing di sini ditemui mati, dipercayai dibunuh dalam satu cubaan merompak di rumahnya di Ulu Sungai Merah, di sini kira-kira jam 1.30 pagi semalam.

Polis mengenal pasti mangsa sebagai Stephen Wong, 31, pengurus cawangan HSBC Bank di sini.

Isteri mangsa memberitahu pemberita hari ini, ketika kejadian, dia melihat suaminya bergelut dengan seseorang di dalam bilik tidur mereka.

Apabila suaminya meminta dia menyalakan lampu, wanita itu berkata dia nampak suaminya terbaring berhampiran katil dengan kecederaan di seluruh badan yang dipercayai akibat objek tajam.


Wong kemudian meminta isterinya menelefon bapa saudaranya untuk mendapatkan bantuan dan sebaik tiba, bapa saudaranya itu segera menghubungi polis namun Wong telahpun meninggal dunia. - Bernama




Mohd Zamri perlu tanam azam tinggi untuk julang juara Asia

Posted: 14 Jun 2012 02:01 AM PDT

KUALA LUMPUR: Jurulatih Petronas Hong Leong Yamaha, Youichi Ui yakin penunggang Malaysian SuperSports 600cc, Mohd Zamri Baba, mempunyai semua resipi untuk muncul juara Asia akan datang tatkala kontinjen Kejohanan Lumba Motosikal Asia Petronas (ARRC) menuju ke Litar Antarabangsa Sentul di Indonesia, hujung minggu ini.

Bekas penunggang Grand Prix itu berkata, Zamri telah menunjukkan peningkatan mengagumkan dalam tempoh setahun sejak beliau mengambil alih tugas sebagai jurulatih pasukan Petronas Yamaha Malaysia.

"Kekuatan utama Zamri terletak pada keadaan fizikalnya yang mantap dan cergas. Sejak hari pertama saya berjumpanya, persediaan Zamri daripada segi fizikal sentiasa pada tahap tinggi.

"Beliau juga mencatatkan peningkatan mengagumkan daripada segi penguasaan dalam aspek teknikal motosikal. Setiap kali beliau beraksi di trek, beliau sentiasa mengutamakan motosikalnya dan tidak lagi menunggang mengikut kata hati nuraninya sahaja," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Bagaimanapun, aspek itu sahaja belum mencukupi untuk Zamri menjulang gelaran SuperSports 600cc. - Bernama




Tiada ulasan:

Catat Ulasan