Selasa, 12 Jun 2012

Kosmo Online

Kosmo Online


Perhimpunan Bersih: 24 cedera termasuk 12 polis

Posted:

Perhimpunan Bersih: 24 cedera termasuk 12 polis

Perhimpunan Bersih: 24 cedera termasuk 12 polis

12/06/2012 7:33pm

KUALA LUMPUR – Seramai 24 orang dilapor cedera ketika perhimpunan haram Bersih 3.0 di Dataran Merdeka pada 28 April lepas, termasuk 12 anggota polis yang bertugas.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, seramai 512 individu yang terlibat dalam perhimpunan itu ditahan pada hari kejadian.

"Kesemuanya telah dibebaskan dengan ikat jamin polis selepas rakaman percakapan mereka dibuat.

"Selepas itu, tujuh penunjuk perasaan dan dua penjawat awam yang merupakan anggota polis bertugas telah ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah," katanya dalam jawapan bertulis di Parlimen hari ini.

Beliau menjawab soalan untuk lebih 30 Ahli Parlimen yang mengutarakan soalan hampir sama berkaitan perhimpunan haram itu.

Beliau juga berkata, kerajaan juga telah mengambil tindakan sivil dengan menuntut ganti rugi berjumlah RM122,000 terhadap penganjur perhimpunan, Datuk S Ambiga dan sembilan lagi anggota jawatankuasa penganjur yang lain kerana gagal mengawal perhimpunan hingga mengakibatkan keadaan menjadi huru-hara. – BERNAMA

Kertas siasatan kes Nizar dikemuka tak lama lagi

Posted:

Kertas siasatan kes Nizar dikemuka tak lama lagi

Kertas siasatan kes Nizar dikemuka tak lama lagi

12/06/2012 7:30pm

JOHOR BAHRU – Polis Johor akan mengemukakan kertas siasatan mengenai kenyataan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, siasatan terhadap kenyataan Mohammad Nizar menerusi Twitter mengenai bidaan nombor pendaftaran kenderaan WWW 1 oleh Sultan Johor Sultan Ibrahim itu hampir selesai.

Polis telah menerima 46 laporan daripada pelbagai pihak, kata Mohd Mokhtar kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini, hari ini.

Mohammad Nizar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang itu mempersoalkan bidaan nombor pendaftaran itu dengan bayaran RM520,000.

Dua pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara telah mengambil keterangan Mohammad Nizar di Pejabat Pas Perak, di Ipoh pada 6 Jun lepas, dalam menjalankan siasatan mengikut Akta Hasutan. – BERNAMA

UiTM bekerjasama dengan pemenang Nobel

Posted:

UiTM bekerjasama dengan pemenang Nobel

UiTM bekerjasama dengan pemenang Nobel

12/06/2012 7:27pm

SHAH ALAM – Universiti Teknologi Mara (UiTM) bersedia untuk bekerjasama dengan pemenang Hadiah Nobel 1998 kategori Fisiologi dan Perubatan, Prof Ferid Murad terutama dalam bidang berkaitan kajian perubatan.

Naib Canselor UiTM, Datuk Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar berkata, kepakaran Murad telah diiktiraf di peringkat tertinggi dan kunjungannya pada hari ini merupakan penghormatan kepada universiti itu.

"Warga UiTM berbangga kerana menjadi institusi pengajian tinggi pertama di negara ini yang menerima kehadiran Prof Murad, lebih-lebih lagi beliau turut menyampaikan syarahan pagi ini dan berkongsi pengalamannya dengan hadirin.

"Prof Murad juga akan mengadakan pertemuan dengan penuntut perubatan UiTM esok untuk berkongsi kepakaran dan pengalaman beliau dalam bidang perubatan, sekali gus memberikan motivasi terbaik kepada penuntut untuk menjadi penyelidik yang berwibawa," katanya dalam sidang media selepas Syarahan Nobel Journey of a Laureate Prof Ferid Murad di sini hari ini.

Sahol Hamid berkata, pengalaman yang dikongsikan oleh Murad juga diharapkan menjadi suntikan semangat dalam usaha melahirkan pemenang Hadiah Nobel Malaysia yang dilahirkan dari UiTM. – BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan