Selasa, 12 Jun 2012

Harian Metro: Setempat

Harian Metro: Setempat


Anak jiran buta hati

Posted: 11 Jun 2012 01:09 PM PDT

ALOR SETAR: Seorang penyamun hanya sempat melarikan gelang bernilai RM3,000 yang direntap daripada tangan kiri nenek berusia 89 tahun bagi tempoh 10 minit saja, sebelum dia dibelasah orang ramai yang terdengar jeritan warga emas di Flat Seri Gemilang, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 8 malam itu, mangsa, Fatimah Md Salleh dikatakan bersendirian di rumahnya apabila didatangi seorang wanita dipercayai isteri suspek berusia 20-an, yang berpura-pura mahu mengurut kerana baru lepas bersalin.

Difahamkan, suspek dipercayai anak jiran mangsa dan penagih dadah, malah ibu suspek dikatakan sering bermalam di rumah warga emas itu kerana takut tinggal seorang diri.

Fatimah berkata, dia dan wanita muda itu berbual seperti biasa sebelum suaminya tiba-tiba datang memegang sebilah pisau pemotong ikan di tangannya.


Menurutnya, suspek mengacu pisau di dadanya dan mengugut menikam mangsa jika tidak menyerahkan gelang emas di tangan kirinya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.




‘Kami terpaksa naikkan harga’

Posted: 11 Jun 2012 01:02 PM PDT

KUALA LUMPUR: "Sudah seminggu stok tiada. Hanya beberapa jenis masih mempunyai bekalan, itu pun cuma dua hingga tiga beg saja yang kami dapat. Harganya pun sudah naik RM1 hingga RM2 sekilogram," kata peniaga barang basah yang hanya dikenali sebagai Lan, 49, di Pasar Chow Kit, di sini.

Dia yang ditemui di pasar terbabit semalam mengakui terpaksa menaikkan harga bagi beberapa jenis ikan disebabkan dia membeli dengan harga lebih mahal daripada pembekal.


Menurut Lan, situasi yang berlarutan sejak lebih seminggu lalu itu tidak hanya membebankan pengguna yang menghadapi kenaikan harga, malah dia menerima impak sama apabila keuntungan semakin berkurang.

Katanya, kebanyakan stok yang bermasalah itu membabitkan barang basah yang diimport dan dia percaya keadaan cuaca mungkin faktor bekalan tidak mencukupi.


"Bekalan bagi kebanyakan ikan tempatan masih mampu menampung permintaan walaupun kuantitinya terhad. Lebih merisaukan ialah sekiranya bekalan ikan import ini berterusan dalam tempoh lama kerana ramai mengeluh terutama peniaga nasi campur yang juga pelanggan tetap kami.


"Contohnya, ikan kembung sebelum ini kami beli dengan harga RM6 hingga RM7 sekilogram, tapi sekarang kami membayar RM9 untuk kuantiti sama," katanya.

Bagi kerani, Anisah Salam, 39, kenaikan harga berkenaan bukan salah peniaga kerana mereka mengalami masalah lebih teruk namun dia juga tidak mahu situasi itu berterusan apatah lagi Ramadan semakin hampir.


"Ikan selar sudah seminggu tidak dijual dan saya diberitahu sebelum stoknya habis, harganya pun meningkat hampir sekali ganda.

"Pada masa sama harga ikan lain pun naik. Takkan kami nak makan ayam dan daging saja. Rasanya pihak berkuasa perlu buat sesuatu untuk tambah stok ikan ini secepat mungkin," katanya.


Tinjauan Harian Metro ke pasar terbabit mendapati kebanyakan ikan habis dijual, malah stok ikan seperti ikan tenggiri dan jenahak kehabisan di kebanyakan gerai di situ.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan