Selasa, 12 Jun 2012

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


Pekerja kilang mati ditikam di Tumpat

Posted: 12 Jun 2012 03:16 AM PDT

TUMPAT: Seorang pekerja kilang yang pulang bercuti di kampungnya sejak dua minggu lepas, mati ditikam di Kampung Belian, Palekbang, di sini malam tadi.

Mohd Al-Serenadi Mat Rahim, 26, mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Tumpat.

Terdapat satu kesan tikaman senjata tajam pada dada kiri mangsa, kata Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata, dalam kejadian pada jam 9.15 malam itu, mangsa dikatakan ke tempat kejadian bersama lima rakan termasuk seorang adiknya dengan menaiki tiga motosikal untuk mendapatkan penjelasan mengenai satu pergaduhan.


"Mangsa dikatakan cuba menemui suspek yang berada di rumahnya (rumah suspek) untuk mendapat penjelasan mengapa suspek menampar adiknya yang didakwa menunggang motosikal dalam keadaan laju," katanya. - Bernama




Imigresen Kelantan tahan 15 rakyat Myanmar, rampas dokumen perjalanan palsu

Posted: 12 Jun 2012 02:41 AM PDT

KOTA BAHARU: Jabatan Imigresen Kelantan menahan 15 rakyat Myanmar dan merampas beberapa peralatan percetakan dipercayai digunakan dalam pemalsuan dokumen perjalanan dan wang palsu di sebuah premis perniagaan di sini hari ini.

Pengarahnya, Mahasan Mustopa berkata, mereka yang berusia antara sembilan dan 30 tahun itu ditahan bersama sebuah komputer riba, komputer peribadi, mesin pengimbas dan pencetak yang dipercayai digunakan dalam pemalsuan itu.

"Turut dirampas wang tunai Malaysia RM9,084, wang palsu Myanmar dan wang palsu Bangladesh," katanya kepada pemberita ketika
ditemui di tempat kejadian, hari ini.

Serbuan ke atas premis tersebut melibatkan anggota penguat kuasa daripada Jabatan Imigresen Kelantan, Majlis Perbandaran Kota Baharu dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Premis itu dipercayai dijadikan pusat aktiviti harian rakyat Myanmar yang tinggal di Kelantan untuk mendapatkan bekalan makanan, ubat-ubatan dan minuman keras yang dijual secara haram di premis itu.- Bernama




Tiada ulasan:

Catat Ulasan