Ahad, 10 Jun 2012

Kosmo Online

Kosmo Online


Kehadiran pihak berkuasa di sekolah ditambah

Posted:

Kehadiran pihak berkuasa di sekolah ditambah

Kehadiran pihak berkuasa di sekolah ditambah

10/06/2012 8:19pm

SERDANG — Kehadiran pihak berkuasa di sekolah-sekolah di negara ini akan ditambah terutama pada waktu pelajar masuk dan keluar sekolah, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Kabinet minggu lepas, susulan kes penculikan kanak-kanak warga Belanda, Nayati Shamelin Moodliar, 12, yang diculik ketika berjalan kaki berseorangan ke sekolah berhampiran rumahnya.

"Kita akan cuba libatkan badan sukarela termasuk Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) kerana saya percaya dengan kehadiran lebih ramai mereka di kawasan tertentu pada masa tertentu akan mengubah persepsi bercanggah dengan kadar jenayah yang menurun yang telah diumum sebelum ini," katanya hari ini.

Beliau ditemui pemberita selepas melancarkan majlis Himpunan Skuad Muda Kementerian Dalam Negeri di Taman Pameran Pertanian Malaysia Serdang, di sini.

Mengenai kes penculikan di pusat membeli-belah, Hishammuddin berkata beliau akan berbincang dengan pihak berkaitan termasuk kementerian lain mengenai langkah mewajibkan pemasangan kamera litar tertutup di kompleks membeli-belah. — BERNAMA

Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia paling rasuah

Posted:

Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia paling rasuah

Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia paling rasuah

10/06/2012 6:56pm

JAKARTA — Kaji selidik yang dijalankan sebuah badan bebas di sini mendapati Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Indonesia sebagai institusi paling rasuah di negara itu.

Dalam kaji selidik oleh Soegeng Sarjadi Syndicate (SSS) itu, mendapati gejala rasuah di DPR lebih tinggi daripada yang berlaku di lembaga hasil dalam negeri, pasukan polis dan parti-parti politik.

Sebanyak 47 peratus daripada 2,192 responden di 33 negeri yang terlibat dalam kaji selidik itu menyatakan DPR paling tinggi terlibat dalam gejala rasuah, media tempatan melaporkan Ahad.

Pengurus SSS, Ari Nurcahyo berkata, amalan rasuah yang berleluasa di DPR sekaligus mengurangkan rasa kepercayaan masyarakat terhadap parti-parti politik Indonesia.

Bagi lembaga hasil dalam negeri, 21.4 peratus responden menyifatkan ia dicemari rasuah sementara pasukan polis berada di kedudukan ketiga apabila dipilih oleh 11.3 peratus responden.— BERNAMA

30,000 ikrar taat setia kepada Sultan Johor

Posted:

30,000 ikrar taat setia kepada Sultan Johor

30,000 ikrar taat setia kepada Sultan Johor

10/06/2012 6:18pm

JOHOR BAHRU — Kira-Kira 30,000 rakyat Johor pelbagai kaum dan agama berhimpun secara aman di pekarangan Istana Pasir Pelangi bagi menyatakan sokongan dan taat setia kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar.

Mereka membawa pelbagai sepanduk dan mula berhimpun sejak 10 pagi tadi di Sangkar Kristal, Taman Pelangi sebelum berarak sejauh 1 kilometer ke Istana Pasir Pelangi, yang merupakan kediaman rasmi Sultan Johor pada 2 petang.

Sultan Johor turut berangkat ke Himpunan Menjunjung Kasih dan Taat Setia Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Johor itu, yang dianjurkan Majlis Penyelaras Gabungan NGO Melayu Negeri Johor (Gabung).

Suasana di pekarangan istana yang penuh sesak bertukar menjadi emosional apabila baginda tiba-tiba menjadi sebak dan menitiskan air mata ketika menyampaikan ucapan ringkas kepada hadirin.

"Saya tidak akan melupakan hari yang amat bersejarah seperti hari ini," kata baginda sambil mengesatkan air mata dan laungan "Daulat Tuanku" rakyat yang menghadiri perhimpunan itu terus berkumandang.

Sultan Ibrahim yang berterima kasih kepada mereka yang menghadiri perhimpunan itu berkata adalah menjadi amanahnya sebagai Sultan Johor untuk menyayangi rakyat.

"Tidak ada rakyat, tiadalah raja. Raja dan rakyat berpisah tiada," katanya sambil mengingatkan seluruh rakyat negeri Johor, tanpa mengira kaum dan agama, supaya terus bersatu padu.

"Jika bersatu, kita akan kuat," titah baginda yang ditemani isteri, Raja Zarith Sofia dan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Idris serta kerabat diraja Johor lain.

Perhimpunan itu sebagai reaksi balas terhadap kenyataan bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin menerusi laman Twitter mengenai bidaan nombor pendaftaran kenderaan WWW 1 oleh Sultan Johor. — BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan