Selasa, 12 Jun 2012

Kosmo Online - Negara

Kosmo Online - Negara


Himpunan pertingkatkan hak artis

Posted:

Himpunan pertingkatkan hak artis

Himpunan pertingkatkan hak artis

Oleh YUSMAN AWANG
yusman.awang@kosmo.com.my

ISMAIL SABRI (belakang, tengah) bersama para penggiat seni yang memeriahkan Hari Himpunan Bintang MyIPO-Kosmo! 2011 di Kuala Lumpur pada 5 Julai tahun lalu.


KUALA LUMPUR – Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dengan kerjasama akhbar Kosmo! akan menganjurkan Hari Himpunan Bintang MyIPO-Kosmo! 2012 bertempat di Hotel Renaissance di sini pada 25 Jun ini.

Majlis tersebut diadakan buat kali kedua selepas kejayaan penganjuran Hari Himpunan Bintang MyIPO-Kosmo! 2011 pada 5 Julai tahun lalu yang berjaya menarik kehadiran lebih 500 tetamu termasuk kira-kira 300 orang artis tanah air bagi membincangkan pindaan Akta Hak Cipta 1987 sebelum ia dibentangkan di Parlimen pada Oktober tahun lalu.

Ketua Pengarah MyIPO, Datuk Azizan Mohamad Sidin berkata, Hari Himpunan Bintang MyIPO-Kosmo! 2012 adalah kesinambungan daripada kejayaan pertemuan sulung tahun lalu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Nizar mahu mohon ampun

Posted:

Nizar mahu mohon ampun

Nizar mahu mohon ampun


NIZAR


KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin semalam menyatakan kesediaan untuk menghadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bagi memohon maaf dan memberi penjelasan berhubung kenyataan menerusi Twitternya mengenai bidaan nombor pendaftaran WWW 1.

Mohammad Nizar berkata, pihaknya akan menghantar surat permohonan rasmi bagi menghadap Sultan Johor dalam masa terdekat bagi membolehkan beliau menerangkan kedudukan sebenar seterusnya menghentikan kontroversi yang melanda isu tersebut.

"Selepas Sultan Johor menyatakan bahawa elok saya memohon kemaafan kepada rakyat Johor, hari ini (semalam) saya ingin menyatakan seikhlas hati bahawa saya ingin sangat untuk mohon kemaafan kepada Sultan Johor sendiri.

"Tweet saya merupakan pandangan peribadi dan umum daripada seorang rakyat biasa tanpa ditujukan kepada mana-mana pihak... ini yang perlu diperjelas kepada Sultan Johor supaya tiada lagi spekulasi dan salah faham selepas ini," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kerajaan belum puas hati

Posted:

Kerajaan belum puas hati

Kerajaan belum puas hati


NAJIB beramah mesra dengan pendengar menerusi Sesi Sembang NSTLive di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Kerajaan masih belum membuat keputusan muktamad mengenai projek kilang memproses nadir bumi Lynas Advance Materials Plant sehingga kerajaan benar-benar berpuas hati yang projek itu selamat, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, ini bagi memastikan rakyat tidak berasakan yang perkara tidak diingini bakal menimpa mereka, termasuk untuk jangka masa panjang.

"Kami perlu menjalankan proses untuk meyakinkan rakyat bahawa kilang itu akan selamat," katanya pada sesi sembang dengan orang ramai menerusi Sesi Sembang NSTLive di laman web NST di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan